Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

OH ADA ORANGNYA ?

Guling kerajaan: Zahid serah bukti kepada polis
Guling kerajaan: Zahid serah bukti kepada polis
Ahmad Zahid (tengah) pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin, hari ini. Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN.
 
PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan beliau telah menyerahkan bukti dalang yang terlibat dalam komplot untuk menggulingkan kerajaan kepada pihak polis.

Beliau berkata maklumat itu penting bagi membantu siasatan pihak polis sebelum ia diserahkan kepada Peguam Negara untuk membuka kertas pertuduhan.

"Kertas siasatan telah dibuka, saya juga telah menyerahkan seluruh maklumat itu kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.

"Selepas itu kertas siasatan itu akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk membuka kertas pertuduhan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA-Pati) Bangunan Perdana Putra, di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ada usaha guling kerajaan guna ‘pintu belakang’]

Beliau mengulas tindakan beberapa NGO yang membuat laporan polis terhadap cubaan menggulingkan kerajaan dan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya satu siasatan segera dijalankan.

Antaranya Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao semalam yang meminta Ahmad Zahid mengemukakan bukti wujudnya komplot tersebut.

Ramesh berkata Naib Presiden Umno itu perlu memberikan kerjasama dengan pihak polis dengan memberikan keterangan supaya tindakan dapat diambil ke atas dalang yang terbabit.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengakui mempunyai bukti kukuh tentang tindakan seorang tokoh besar Umno yang didakwa mengatur gerakan menggulingkan kerajaan melalui cara undi tidak percaya di Parlimen dengan sokongan Ahli Parlimen pembangkang.

Dalam pada itu, beliau juga enggan mendedahkan jumlah individu terbabit dalam komplot tersebut, sambil menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasatnya.

"Tidak boleh didedahkan (nama terlibat), sebab kalau didedahkan ia akan membantutkan proses siasatan," ujarnya.

Ahmad Zahid turut menafikan pendedahan sebuah blog yang memaparkan 20 nama Ahli Parlimen BN yang didakwa terlibat dalam pakatan untuk menjatuhkan kerajaan.

"Tidak ada seorang pun daripada 20 nama Ahli Parlimen BN, sebagaimana yang terpapar dalam blog tertentu yang telah didekati untuk dibeli menandatangani akuan bersumpah (SD) itu.

"Oleh sebab itu, bersihkanlah nama mereka," tegasnya.

Ketika ditanya tentang salah seorangnya adalah Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), beliau bagaimanapun menyerahkan perkara itu kepada pihak polis.

"Saya serahkan kepada pihak polis, untuk mengenal pasti dan melakukan siasatan (KuLi terlibat)," katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.