Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PILIHANRAYA PRU 14 DIJANGKA AWAL

Perkukuhkan Jentera Parti


Situasi negara hari ini di mana semua institusi berkuasa kini tidak dapat bergerak bebas, kejatuhan dahsyat nilai Ringgit dan kemelut 1MDB telah menjadi bom jangka yang akan menumbangkan kerajaan BN. Insya-Allah.

Dalam situasi yang tidak menentu ini pelbagai kemungkinan boleh berlaku, termasuk perletakan jawatan Perdana Menteri atau pilihanraya umum ke 14 lebih awal dari apa yang kita jangka.
Semua kemungkinan ini menuntut agar parti meningkatkan gerakerja, penyusunan jentera dengan memberi fokus kepada usaha menarik dan memberi kesedaran kepada pengundi agar bangkit melakukan perubahan.

Polemik dalaman parti perlu dikurangkan. Serangan dan perbalahan dalam media sosial yang tidak membantu perjuangan perlu ditamatkan. Awasi golongan yang sengaja melekakan dan menjerat kita dengan polemik yang tidak berkesudahan. Jaga akhlak dan sentiasa gunakan pendekatan dakwah.

Kerajaan yang hilang integriti dan bertindak di luar kotak sistem demokrasi dan salahguna undang-undang untuk menjustifikasi tindakan sumbangnya telah menyebabkan rakyat berasa meluat. Setiap perbualan di kalangan rakyat marhaen kini berkisar kegelisahan terhadap masa depan negara.

Setiap detik, ada sahaja peristiwa yang mengejutkan rakyat bagaikan usaha semata-mata melindungi penyelewengan dan salahguna kuasa. Yakinlah semua tindakan melampau ini akan mempercepatkan tumbangnya kerajaan BN.

Oleh itu, fokus wajib diberikan kepada usaha-usaha membantu perubahan negara. Saya sering kali menyatakan perlunya kita membesarkan isu rakyat, memberi perhatian khusus kepada bebanan hidup yang sedang ditanggung oleh rakyat dan penjawat awam, melawan dan mengkritik salahguna kuasa dan rasuah serta mengambil berat terhadap kejatuhan Ringgit dan hilangnya daya saing negara.

Setiap anggota parti perlu bertindak bagi melakukan sesuatu yang memberi nilai tambah kekuatan parti. Di saat rakyat melihat ketegasan PAS terhadap prinsip perjuangan dan gagalnya Umno membela nasib agama dan bangsa, di saat terhakisnya keyakinan kakitangan kerajaan terhadap parti pemerintah, Insya-Allah harapan rakyat untuk mendapatkan perubahan ini tidak disia-siakan.

Inilah masa kita kemukakan gagasan Islam sebagai rahmat dan sistem terbaik bagi negara ini. Bermula sekarang, jentera parti perlu fokus kepada persiapan luar biasa bagi menghadapi cabaran ini. Perkukuhkan aqidah perjuangan, tingkatkan mujahadah dan istiqamah dalam perjuangan.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
8 Ogos 2015

5 orang berkata:

Unknown said...

Ya betul. Rakyat dah meluat dgn najib. Tapi tuan presiden bela najib. Cam ner tu...

Unknown said...

Ya betul. Rakyat dah meluat dgn najib. Tapi tuan presiden bela najib. Cam ner tu...

Unknown said...

Sebenarnya tghh bukan bela najib tapi hampa yg dok komen tak faham maksud apa yg dikatakan tghh.

Unknown said...

Sebenarnya tghh bukan bela najib tapi hampa yg dok komen tak faham maksud apa yg dikatakan tghh.

Unknown said...

Sebenarnya tghh bukan bela najib tapi hampa yg dok komen tak faham maksud apa yg dikatakan tghh.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.