Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PRIHATIN

Ringgit Merudum, Jangan Ikat Perut Pelajar Di Luar Negara.

Walaupun ringgit merudum berbanding USD, jangan pula memberi kesan kepada pelajar-pelajar ijazah pertama atau ijazah lanjutan yang berada di luar negara sehingga terpaksa mengikat perut. Dalam apa keadaan sekali pun, soal pendidikan, kesihatan dan pertahanan tidak boleh berkompromi. Bajet lain boleh dikurangkan tetapi tiga sektor ini tidak boleh dikurangkan.

Pihak penaja seperti JPA, MARA, Kementerian Pengajian Tinggi, Bank Negara, Amanah Raya, Petronas, TNB, Telekom, Yayasan Negeri, Pejabat Zakat dan lain-lain lagi perlu berusaha untuk memastikan pelajar tajaan mereka tidak terjejas dan terganggu. Penaja perlu menambah biasiswa dan kos sara hidup sesuai dengan perbelanjaan semasa. Jangan masih terikat dengan kadar yang lama. 

Tidak perlu ambil langkah untuk memanggil mereka pulang ke universiti tempatan. Biarlah mereka menghabiskan ijazah mereka tanpa perlu mengganggu kosentrasi dan emosi mereka. Pelajar yang dihantar ini adalah mereka yang cerdik dan terpilih, malahan ada kursus yang ditawarkan tidak ada di Universiti tempatan.

Ustaz Idris Hj Ahmad
Naib Presiden Pas
17/8/15

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.