Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEBAB TIADA ISTIQAMAH, BAI'AH KEKAL

Bekas wakil rakyat Pas gesa bai'ah dikekalkan
Pas
 
 
KOTA BHARU - Persatuan Bekas Wakil Rakyat Pas Kelantan (Wira) menggesa bai'ah yang melibatkan ahli parti yang dipilih menjadi ahli Parlimen ataupun Adun, perlu dikekalkan bagi memastikan ahlinya terus istiqamah dalam perjuangan.

Timbalan Pengerusinya Zainuddin Ag Hamat berkata, selain itu bai'ah juga perlu dilihat dalam aspek positif kerana ia bukan sahaja melibatkan janji seseorang kepada seseorang yang lain, malah melibatkan ikatan seorang ahli parti itu dengan ALLAH SWT.

"Kalau haiwan berpegang kepada tali, maka manusia ini berpegang kepada janji. Kalau manusia tidak memegang pada janji bermakna kita lebih teruk daripada binatang," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Kutipan Dana Pemuda Pas Kelantan di sini, hari ini.

Zainuddin yang juga bekas Adun Limbongan berkata, walaupun Pas tidak memaksa mana-mana ahlinya untuk menerima bai'ah itu, namun lazaf itu perlu dikekalkan bagi kelangsungan parti.

"Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memandang jauh ke depan kenapa bai'ah berlaku dalam rumah tangga (parti) sebab bagi negeri yang ada pengalaman, (kita) berasa bimbang sebab manusia tidak (selamanya) istiqamah selama dia hidup, sebab itu bai'ah ini sebagai pengukuhan kepada kerajaan," katanya.

Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sebelum ini dilaporkan berkata lafaz bai'ah telah lama diamalkan di Kelantan iaitu sejak 2004, terhadap mana-mana wakil rakyat negeri itu yang mahu meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan sukarela.

Antara kandungan bai'ah tersebut termasuklah perlu melafazkan cerai talak tiga terhadap isteri masing-masing. – Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.