Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SPEKULASI KENAPA BOS BERCUTI ?


Paul Low Seng Khuan
Paul Low Seng Khuan
PUTRAJAYA - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed bakal kembali menguruskan suruhanjaya itu selepas tamat tempoh cutinya selama seminggu.

Namun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Khuan akui tidak mengetahui sebab pesuruhjaya itu bercuti.


"‎Dia sedang mengambil cuti selama satu minggu. Terus terang, saya tidak mempunyai maklumat mengenai hal tersebut.


"Tetapi dia masih mengetuai SPRM. Apabila beliau kembali, beliau masih mengetuai SPRM dan kena pastikan SPRM menjalankan tugas mereka," katanya kepada pemberita, hari ini.


Sebelum ini, Abu Kassim dilaporkan 'hilang’ ketika isu skandal siasatan 1MDB sedang memuncak dek siasatan polis ke atas pegawainya.


Menurutnya, disebalik tugas sebagai pesurujaya SPRM, Abu Kassim tetap memerlukan cuti rehat.


"Tetapi kita kena adil dengan beliaulah. Kadang-kadang tekanan kerja...kadang-kadang beliau hanya ingin mengambil cuti.


"Saya rasa kita semua perlu hormat keputusan tersebut," katanya.
Malah katanya, meskipun Abu Kassim bercuti, badan bebas itu tetap beroperasi seperti biasa.

"SPRM sebuah institusi yang berdedikasi. Walaupun dia cuti seminggu, SPRM masih ‎beroperasi seperti biasa," katanya lagi.
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.