Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SRGALA RAHSIA MUSLIHAT AKAN TERBURAI

Terlalu lambat lantik ahli PAC baharu
Mahfuz Omar
Mahfuz Omar
 
SHAH ALAM - Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan tindakan kerajaan menetapkan Oktober depan untuk melantik Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu sebagai terlalu lewat.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, proses pelantikan itu boleh diselesaikan dalam tempoh yang singkat sekiranya Kabinet sedia mengadakan sidang khas Parlimen untuk tujuan itu.

“Terlalu lewat (pemilihan bulan Oktober). Prosesnya mudah, panggil sidang khas untuk satu hari sahaja, tidak memakan masa yang lama pun.

“Kita boleh adakan sidang khas untuk tujuan lain, kenapa tidak kita adakan bagi melantik ahli PAC? Isu yang sedang disiasat PAC juga melibatkan kepentingan awam,” katanya.

Beliau berkata, siasatan dilakukan PAC sudah pun berjalan, malah mendahului pembentangan Laporan Interim mengenai syarikat 1MDB oleh Jabatan Audit Negara.

Kelmarin, Kabinet memutuskan untuk melakukan pertukaran Jawatankuasa Pemilih dan pelantikan Pengerusi serta Ahli Jawatankuasa PAC pada hari pertama persidangan Dewan Rakyat, iaitu pada 19 Oktober depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan mengambil kira beberapa faktor utama termasuk masa diperlukan untuk nama-nama baru dicadangkan bagi menggantikan beberapa Ahli Jawatankuasa Pemilih yang sedia ada.
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.