Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK PA MAT HANG TERUSKAN PERJUANGANMU .....

MENGAPA HANG TAK MENGENANG JASA, JIKA JASA PAS LEBIH BESAR DARI JASA HANG PADA PAS, TU TANDA HANG ORANG BERIMAN ? HANG BURU KEMENANGAN YANG BELUM TENTU PASTINYA, KAWAN-KAWAN HANG TENTUNYA NAMPAK JALAN KEMENANGAN YANG MUDAH, TAPI SEBENARNYA SANGAT SUKAR, GOPOH ITU SUATU YANG ALLAH TIDAK REDHA, BILA ALLAH TIDAK REDHA NANTI HANG AKAN RASAKAN, SEBAGAIMANA NABI ADAM YANG TERGESA-GESA MAHU BANGUN HAMPIR JATUH SETELAH ROHANI DITIUPKAN ALLAH DALAM JASADNYA, KALO HANG BACA AL QURAN HANG AKAN TAHU APA JAWAPAN ATAS PERBUATAN HANG DAN RAKAN-RAKAN, IA AKAN BERLAKU NANTI, UNTUK MUKADDIMAHNYA HANG SUDAH TAHU BAHAWA HANG SUDAH TIDAK MENGENANG JASA - Pak Karamu

Banyak jasa Pas kepada saya, luah Mat Sabu


Mohamad Sabu
Mohamad Sabu. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB 



SHAH ALAM - "Saya nampak jasa Pas lebih banyak daripada jasa saya pada Pas, itu saya terima kasih," demikian luahan Pengerusi Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru), Mohammad Sabu ketika diajukan mengenai kenangan beliau bersama Pas.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu turut mengakui meninggalkan Pas bukan satu keputusan yang mudah dalam hidupnya.


"Bagi saya Pas tinggalkan saya satu perjuangan yang besar... tetapi saya perlukan platform baharu untuk melakukan lonjakan baharu, sebab kita banyak ketinggalan dengan cara sekarang," katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian.


Sementara itu ketika ditanya adakah Pas tidak menyediakan platform seperti yang beliau kehendaki, Mat Sabu berkata, ruang itu tidak wujud.


"Saya nampak tidak boleh, saya nampak pelantikan Majlis Syura tidak ke arah untuk membuat pembaharuan," katanya.


Sementara itu mengulas mengenai masa depan Harapan Baru dalam arena politik tanah air, Mat Sabu yakin Harapan Baru akan menjadi satu parti yang kuat.

 
"Saya yakin seyakin-yakinnya," ujarnya.


Harapan Baru yang dilancarkan pada 13 Julai lalu dilihat bakal mewarnai kancah politik di negara ini.


Malahan, pertubuhan ini dikatakan mahu menggantikan Pas dalam pakatan pembangkang bersama DAP dan PKR bagi membentuk Pakatan Rakyat 2.0.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Ini cth manusia yg merendah diri. Walaupun telah dihina sedemikian rupa namun dia tidak lupa asal usul. Dia juga seorang insan yg tahu mengenang jasa walaupun telah jelas disisihkan. Dia seorang insan yg amat nerendah diri dan menganggap jasanya pd parti sebelumnya tidak seberapa walaupun ahli pas sendiri twrmasuk presiden mengetahui susur jalur perjuangannya pd pas. Dia juga lebih mulia verbanding dgn oendatang baru dlm pas yg bijaj membodek untuk mencapai matlamat peribadi sedangkan jasa pd parti dan rakyat tidak seberapa.

Dia seorang berdarah politik yg condong utk kepentingan rakyat. Dia telah disingkirkan oleh kumpulannya aendiri dgn cara paling kotor dlm sejarah pas. Kini biarlah dia mencari jalan sendiri demi perjuangannya kpd rakyat.

JIKA KAMU BENAR2 BERJUANG UNTUK AGAMA DAN RAKYAT, BIARKANLAH DIA MENJALANKAN PERANANNYA SEBAGAI PEJUANG. UNTUK APA KAMU MENGGANGGUNYA UNTUK SEKIAN KALI? ADAKAH TUJUAN KAMU SEBENARNYA HANYA UNTUK PANGKAT DAN KEDUDUKAN? JIKA ADA SEKELUMIT DI HATI KAMU PERKARA INI, KETAHUILAH ALLAH AMAT MELAKNATI KAMU.

Anonymous said...

yang berat nanang ego riak sombong pongoh...
nama dia hadi awe
manusia ni lah yg keluar amanat sampai abis suami isteri bercerai berai sembahyang dua imam ...
perlu kah walak kepada manusia mcm ni
org ganu anggap mamat ni maksum
hehe...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.