Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TINDAKAN TERBAIK, ATAU ADA MUSLIHAT ?

13 AJK pemuda PAS Shah Alam istihar meletak jawatan  AJK Pemuda dan bergerak sebagai ahli biasa PAS, mereka ini macam juga Mazlan Aliman kot ? Tapi janganlah nanti sebagai ahli PAS biasa yang bebas bergerak mereka pula mudah membuat tugas merikrut ahli PAS untuk parti PROGRASSIVE, harap tidak berlaku begitu, kita sebut demikian maklum sahaja didalam politik banyak muslihat, dalam perkara yang sama PAS Selangor perlu meninjau sebab dan musabab mereka berbuat demikian. 

Kepada yang cenderung menyertai parti PROGRASSIVE (Harapan Baharu) yang masih tinggal bersama PAS mereka mungkin akan menjadi dalang didalam PAS untuk merekrut  ahli PAS untuk menyertai parti PROGRASSIVE, kot mungkin begitu. Dalam masa yang sama PAS Selangor kena tinjau mengapa mereka meletak jawatan dan bertindak demikian - Pak Karamu                                                   

Lebih baik berundur dari sembunyi sebalik jawatan
Mohd Khairuddin Othman
SHAH ALAM – Tindakan 13 AJK Pemuda Pas Shah Alam meletak jawatan dihormati Pas Selangor malah disifatkan lebih berani berbanding pemimpin lain yang masih bersembunyi di sebalik jawatan dalam parti itu.
 
Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, pihaknya akan meminta agar Pemuda Pas negeri segera mengisi kekosongan tersebut.
 
“Susulan pengisytiharan peletakan jawatan beberapa ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda Pas Shah Alam, Pas Selangor menghormati pendirian mereka kerana perlembagaan parti membenarkan mereka berbuat demikian. Itu hak mereka, kita tahu arah tuju mereka.
 
“Kita ucap syabas. Itu lebih baik dan lebih berani berbanding mereka yang lantang bersama gerakan Harapan Baru tetapi masih bersembunyi di sebalik jawatan Pas. Pas Selangor akan meminta Pemuda Pas Selangor untuk mengisi kekosongan yang ada, menurut ketetapan perlembagaan parti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Hari ini, 13 AJK Pemuda Pas Shah Alam mengumumkan peletakan jawatan yang berkuat kuasa semalam susulan suasana politik semasa dan kerjasama dengan kepimpinan pemuda negeri dan pusat longgar.
 
[ARTIKEL BERKAITAN: Ketua Pemuda Pas Shah Alam letak jawatan]
 
Menurut Mohd Khairuddin, tindakan tersebut tidak menjejaskan pentadbiran Pas Selangor.
 
“Nasihat kita kepada ahli Pas agar terus beristiqamah bersama Pas yang telah menjadi parti Islam terbesar di Malaysia.
 
“Pas Selangor mengesahkan hanya dua Adun Pas di Selangor yang telah mengisytiharkan diri bersama Gerakan Harapan Baru dan kita menyerahkan nasib mereka kepada Pas Pusat,” katanya.
 
Dalam satu kenyataan mengisytiharkan peletakan jawatan itu, 13 bekas AJK Pemuda Pas Shah Alam itu berkata mereka setia bersama Pas dan akan bergerak sebagai ahli biasa.
 
“Tiada niat kami untuk memboikot atau dengan tindakan kami ini untuk memalukan mana-mana pihak. Peletakan jawatan kami ini boleh juga dianggap sebagai satu pengorbanan kami bagi melihat kesinambungan perjuangan Pemuda Pas selari dengan uslub yang dibawa oleh kepimpinan baru di peringkat pusat dan negeri.
 
“Keputusan yang telah kami ambil ini adalah dengan kerelaan sendiri tanpa paksaan atau ugutan dari mana-mana pihak sama ada di dalam parti atau di luar parti.
 
 
“Namun, sukacita kami maklumkan bahawa kami masih lagi ahli Pas dan akan bergerak sebagai ahli biasa mengikut Perlembagaan parti,” katanya.
 

2 orang berkata:

Anonymous said...

Ini tanda2 pas akan menewaskan umno dlm pru 14 nanti. Buktinya, ketika parti umno semakin lemah, ramai ahli parti lain termasuk umno, dap dan pkr menyertai pas. Di selangor shj lebih 3000 ahli parti lain sudah masuk pas kerana dasar pas yang relevan dengan era globalisasi serta selari dgn sebuah negara yg bermasyarakat majmuk. Dijangka pas akan menang mudah di semua kawasan dgn majoriti lebih 2/3. Dalam satu kajian profesor TukTuk, 89.7% mendapati umno bakal tumbang di Putarjaya serta menggantikan umnobn dalam pemwrintahan yg berpusat di putarjaya. Sumber oleh Al-Jerangkong

Anonymous said...

kah kah kah

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.