Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

undi tak percaya

M2.6b antara sebab Pas sokong undi tak percaya

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man
 
SHAH ALAM – Pas akan menyokong undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak jika usul itu dibentangkan di Parlimen. 
 
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pendirian parti itu adalah bersebab dengan jawapan yang diberikan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri melibatkan isu-isu yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meragukan dan tidak dapat diterima rakyat.
 
“Jika ada undi tidak percaya diusulkan terhadap Perdana Menteri di Parlimen, Pas akan turut bersama (menyokong) kerana tindakan-tindakan terhadap (berkaitan) 1MDB dan jawapan-jawapan terhadap (berkaitan) derma RM2.6 bilion jelas tidak dapat diterima rakyat,” katanya dalam satu kenyataan semalam, menyusul selepas pendirian yang sama disuarakan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali.
 
Menurut Tuan Ibrahim, apa yang bakal menggulingkan Najib ialah jawapan-jawapan tidak masuk akal yang dikemukakan oleh pemimpin BN sendiri mengenai derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun persendirian Perdana Menteri dan bukannya orang lain.
 
Beliau turut mempersoalkan mengapa polis tidak menyiasat 20 ahli Parlimen BN  dan ‘orang tua misteri’ yang didakwa terlibat dalam komplot menggulingkan Najib mengikut Seksyen 124 (b) Kanun Keseksaan.
 
“Mengapa masih tiada tindakan membeku para ahli Parlimen BN dan ‘orang tua misteri’ yang dituduh itu keluar negara seperti yang dikenakan terhadap beberapa ahli pembangkang dan pemimpin NGO sebelum ini?
 
“Mengapa tiada tangkapan, serbuan ke rumah dan sebagainya sebagaimana yang dialami pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara?,” soalnya.
 
Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa terdapat kumpulan dari dalam dan luar Umno terlibat dengan komplot menggulingkan kerajaan.
 
Beliau sebelum ini turut menyebut ‘orang tua misteri’ sebagai individu yang terlibat dalam usaha menggulingkan Perdana Menteri.
 
Menurut Tuan Ibrahim, satu Kongres Rakyat akan diadakan pada 15 September depan dan antara isu yang bakal hangat dalam kongres tersebut adalah mengenai derma RM2.6 bilion.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.