Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sunday, February 1, 2015

1MDB mungkin gagal bayar satu lagi hutang jangka pendek RM3.6 bilion, kata Rafizi

1Malaysia Development Bhd (1MDB) dilaporkan baru-baru ini terpaksa mengambil hutang baru dari hartawan T. Ananda Krishnan untuk membayar hutang RM2 bilion Malayan Banking Bhd (Maybank) dan RHB Bank Bhd.

1Malaysia Development Bhd (1MDB) dilaporkan baru-baru ini terpaksa mengambil hutang baru dari hartawan T. Ananda Krishnan untuk membayar hutang RM2 bilion Malayan Banking Bhd (Maybank) dan RHB Bank Bhd.

1Malaysia Development Bhd (1MDB) dijangka berdepan satu lagi masalah kewangan selepas dilaporkan mengambil hutang AS$1 bilion (bersamaan RM3.6 bilion) dari konsortium 6 bank pada Oktober tahun lalu, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini.

Selepas 1MDB dilaporkan baru-baru ini terpaksa mengambil hutang baru dari hartawan T. Ananda Krishnan untuk membayar hutang RM2 bilion Malayan Banking Bhd (Maybank) dan RHB Bank Bhd, Rafizi mendedahkan laporan terbaru majalah kewangan antarabangsa International Financing Review (IFR) mengenai syarikat itu.

"Kolumnis (IFR) Jonathan Rogers mengesahkan 1MDB mengambil satu lagi hutang jangka pendek berjumlah AS$1 bilion dari konsortium 6 bank yang diketuai Deutsche Bank yang perlu dibayar balik menjelang September 2015.

"Hutang AS$1 bilion ini dilaporkan diambil 1MDB dalam bulan Oktober 2014 iaitu di tengah-tengah kemelut hutang 1MDB mula mendapat perhatian umum," kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan.

Katanya, masalah aliran tunai yang dihadapi syarikat pelaburan negara itu akan menjadi lebih parah tahun ini kerana 1MDB mengambil beberapa hutang jangka pendek bagi memenuhi komitmen bayaran hutang-hutang lain.

"Lebih membimbangkan, hutang AS$1 bilion (yang nilai dalam ringgit akan terus meningkat akibat kejatuhan matawang ringgit) ini diambil dengan syarat ia akan dibayar dalam bulan September 2015 menggunakan dana yang dikumpul dari penyenaraian aset penjana bebas (IPP) 1MDB yang sehingga sekarang terus bermasalah," kata Rafizi.


Naib Presiden PKR itu berkata, proses penyenaraian tersebut kini terus tertangguh dan dijangka akan menghadapi masalah berterusan kerana kelewatan projek IPP Jimah Timur dan kredibiliti kewangan 1MDB yang terus merudum.

"Tanpa projek IPP Jimah Timur dan dengan masalah keberhutangan 1MDB, dijangka sebarang penyenaraian melibatkan 1MDB tidak akan menarik minat pelabur," katanya.

Jika hutang RM2 bilion kepada Maybank dan RHB menyebabkan 1MDB terpaksa menjual aset dan kepentingan kepada Ananda, Rafizi bertanya aset mana pula yang akan dijual 1MDB bagi membayar hutang AS$1 bilion itu kelak.

Beliau mengatakan pendedahan itu juga menimbulkan persoalan, jika benar dana dari Pulau Cayman sudah dibawa pulang ke Malaysia, kenapa 1MDB tidak mempunyai dana untuk membayar hutang-hutang itu.

Dalam satu kenyataan pada 13 Januari, 1MDB mengatakan ia sudah menebus kembali sepenuhnya sejumlah AS$2.318 bilion (RM8.42 bilion) yang dilaburkan di sebuah dana berdaftar di Kepulauan Cayman.

Ananda semalam dilaporkan bersetuju meminjamkan sehingga RM2 bilion kepada 1MDB sebagai bantuan menyelesaikan hutang syarikat itu kepada Maybank dan RHB yang perlu dijelaskan akhir bulan ini.

Ia merupakan pinjaman yang dikatakan bersifat sementara, iaitu lebih kepada membantu 1MDB meleraikan masalah yang dihadapi bagi tempoh jangka pendek sambil kedua-dua Ananda dan 1MDB masih mencari penyelesaian terbaik.

Kedua-dua mereka sebelum ini dalam keadaan buntu hendak menyelesaikan hutang yang dijamin usahawan jutawan itu dan perlu dibayar balik pada November tahun lepas, ketika syarikat pelaburan strategik itu mengambil alih aset tenaga beliau pada Mac 2012.

1MDB sudah 2 kali diberi tempoh lanjutan selama sebulan bagi menyelesaikan hutang itu yang merupakan sebahagian usaha mengemaskini hutangnya berjumlah RM6.17 bilion yang perlu dilangsaikan tahun lalu.

Mengulas isu itu, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata terdahulu hari ini, Putrajaya patut berasa malu kerana 1MDB terpaksa mengambil langkah 'terdesak' dengan meminjam dari Ananda.

"Berita itu sangat memalukan bagi 1MDB dan kerajaan Malaysia, kerana 'dana kekayaan negara' terpaksa jatuh begitu rendah dan bergantung kepada jasa baik jutawan tempatan bagi menyelesaikan pinjamannya untuk sementara waktu," katanya. – 31 Januari, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

MINYAK TURUN

Harga RON95, RON97 dan diesel turun mulai 1 Feb

  • minyak
1 / 1
KUALA LUMPUR - Harga runcit bagi petrol RON95 diturunkan 21 sen seliter kepada RM1.70 seliter manakala harga RON97 diturunkan sebanyak 11 sen seliter kepada RM2 seliter berkuat kuasa 1 Februari 2015.
  
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, harga runcit bagi diesel pula diturunkan sebanyak 23 sen seliter kepada RM1.70 seliter.
  
Beliau berkata, kerajaan pada 21 November 2014 memutuskan bahawa penetapan harga runcit RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal bermula 1 Disember 2014.
  
"Harga baharu bagi petrol dan diesel dibuat berdasarkan kepada purata harga kos produk sepanjang bulan Januari 2015 dan kadar pertukaran matawang," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.
  
Beliau berkata, kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.
  
"Semua syarikat minyak serta pengusaha stesen minyak diingatkan agar mematuhi penetapan harga baharu ini dan tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang melanggar peraturan harga baharu yang ditetapkan kerajaan ini," katanya. - Bernama

KEMPEN SAVE YOUR DARA


[GAMBAR] Pemain Bola Sepak Jerman Danny Blum, Peluk Islam


Seperti ada sesuatu tolak saya masuk masjid’

PEMAIN bola sepak dari Jerman Danny Blum, 24, telah mengisytiharkan dirinya memeluk agama Islam selepas ‘menemui sesuatu yang baharu’.

Memetik laporan OnIslam.net, Danny berkata, agama baharu anutannya itu (Islam) memberi harapan dan kekuatan terhadapnnya.

“Kadangkala hati dan perasaan tidak menentu dan saya pun tidak faham dengan diri saya ketika itu…hingga saya kenal Islam. Islam beri harapan dan kekuatan, solat menenangkan jiwa saya,” katanya.

Jelas Danny, antara keinginannya untuk memeluk Islam tercetus apabila beliau terfikir akan hidup di dunia ini yang tiada arah tujuan.

“Tinggal dalam kemewahan, setiap hujung minggu boleh bercuti, tiada tanggungjawab untuk apa pun dan apa yang akan terjadi ?,” katanya.

Danny menyertai FC Nürnberg Bavaria pada Julai lalu.

Pasukan itu bermain di Divisyen Dua bola sepak profesional di Jerman, Bundesliga.

Tidak lama selepas menyertai pasukan itu, dia mengalami kecederaan lutut dan terpaksa berehat selama enam bulan.

Jelas Danny, ketika melawat masjid, ada sesuatu yang menolaknya untuk mengetahui tentang isinya.

"Saya telah melawat masjid, dan saya terus berdebar-debar. Saya rasa ada sesuatu yang ingin saya tahu,” ujarnya.

Semenjak itu, dia berdoa lima kali sehari dan makan makanan halal. Lantas memberitahu ibu bapanya tentang keputusannya untuk memeluk Islam.

"Mereka adalah orang Kristian yang taat. Tetapi tidak lama lagi mereka berkata yang saya perlu berbuat demikian jika saya percaya bahawa ia adalah betul," katanya.

"Islam adalah agama yang aman. Iman saya mengatakan: tidak pernah memaksa sesiapa untuk melakukan apa yang dia tidak mahu. Jika anda berfikir, ia perlu datang secara sukarela dari hati! "
ujarnya

Jerman dianggarkan terdapat hampir 4 juta umat Islam, termasuk 220,000 di Berlin. -SH






deutchland player converted to islam


Danny Blum joueur allemand converti à l'islam // deutchland player converted to islam


JANGAN TANYA SOALAN TU

Guan Eng hentikan sidang media kerana soalan debat



  • Lim Guan Eng Lim Guan Eng
1 / 1


BUTTERWORTH - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini terus menamatkan sidang akhbar apabila para pemberita mendesaknya memberi respons sebagai setiausaha agung DAP terhadap cabaran Pas agar beliau berdebat tentang isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sidang akhbar itu diadakan selepas beliau melancarkan Cafe Sains Pulau Pinang di sini.

Pemberita beberapa kali meminta Guan Eng memberi responsnya terhadap cabaran setiausaha agung Pas Datuk Mustafa Ali untuk berdebat tentang isu pilihan raya PBT, tetapi Guan Eng mengulangi kata-kata 'ada soalan lain tak?'

Apabila pemberita terus bertanya tentang perkara itu, Guan Eng menamatkan sidang akhbar itu dengan ucapan 'terima kasih'.

Sebelum itu, beliau menyentuh tentang beberapa perkara lain, termasuk kesan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Mustafa dilaporkan mencabar Guan Eng berdebat tentang isu pilihan raya PBT. Rabu lepas, pemimpin Pas itu menyelar Guan Eng kerana didakwa berkata beliau (Mustafa) bersetuju pilihan raya PBT diadakan, sedangkan beliau tidak berkata demikian.

Sebelum itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP boleh melebarkan lagi jurang ekonomi antara golongan berada dan tidak berada serta boleh mencetuskan pergaduhan kaum seperti Peristiwa 13 Mei 1969.

Pada khamis, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke mengeluarkan kenyataan yang mempersoal sama ada Mustafa cuba membakar jambatan yang menghubungkan Pas dan DAP apabila beliau mencabar Guan Eng untuk berdebat.

Beliau berkata, cabaran Mustafa itu sama seperti melayan DAP sebagai musuh politik dan mendakwa Mustafa tidak pernah bertindak demikian terhadap Umno yang menjadi musuh politik Pas.

Pada Ogos tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Kerajaan Pulau Pinang tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan pilihan raya PBT. - Bernama

Danny Blum talk about Islam ● Muslim Player | HD


DEPA NAK TAHU JUMLAH PENGUNDI CINA SAHAJA ? MALAYSIA NEGARA APA ?

Pas ulangi pendirian tidak setuju dengan DAP

  • Hadi Awang Hadi Awang
1 / 1
KUALA NERUS - Pas mengulangi pendirian untuk tidak bersetuju dengan cadangan Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk mengadakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (PBT).                            

[ARTIKEL BERKAITAN: DAP ulangi kesilapan 13 Mei, kata Hadi]

Perkara itu ditegaskan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berpandangan ia perlu menyeluruh dengan melibatkan semua lapisan masyarakat termasuk di kawasan bandar dan luar bandar.

 
Nik Abduh kecewa sikap Guan Eng

  • Nik Abduh Nik Abdul Aziz Nik Abduh Nik Abdul Aziz
1 / 1
KOTA BHARU - Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menempelak kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang anggap Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob tidak pandai buat kerja berkaitan dengan musibah banjir terburuk, bulan lalu.

Sebaliknya, Nik Abduh bersyukur kerana menteri besar Kelantan meneruskan watak rendah diri sebagaimana ayahandanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menerajui Kelantan sebelum ini.

Nik Abduh berkata, hasil daripada sikap teladan mulia tersebut, membolehkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak sendiri mengumumkan akan membina semula lebih 2,000 rumah yang ranap akibat banjir di Kelantan.

“Bayangkan jika Kelantan ditadbir oleh MB (menteri besar) kaya dan bongkak. Adakah ALLAH SWT akan gerakkan hati seluruh rakyat Malaysia untuk habiskan wang untuk membantu?,” kata Nik Abduh dalam Facebooknya, semalam.

Dalam masa sama, Nik Abduh berkata, kerana tauladan mulia kepimpinan di Kelantan, telah menyebabkan puluhan juta ringgit berbentuk bantuan banjir dari seluruh rakyat Malaysia sampai ke negeri ini.

“Pastinya ia rekod baru negara, jalan raya Kelantan penuh dengan kenderaan sukarelawan dari seluruh negara.

“Definisi baru demokrasi tegar ketua menteri Pulau Pinang kini ialah kalau gagal hadapi banjir besar, tiada nilai mentadbir bersih rasuah, you are fired (awak dipecat)!” katanya.

MAHKAMAH TOLAK LAGI !

Permohonan Felda ditolak

  • Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman (tiga, kiri), Presiden Anak, Mazlan Aliman (empat, kiri) turut hadir memberikan sokongan kepada Sivarasa dan Razali (dua, kiri). Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman (tiga, kiri), Presiden Anak, Mazlan Aliman (empat, kiri) turut hadir memberikan sokongan kepada Sivarasa dan Razali (dua, kiri).
1 / 1
KUANTAN - Mahkamah Tinggi Kuantan semalam menolak permohonan Felda terhadap prosiding ke atas Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan Ketua PKR Cabang Jerantut, Razali Ithnin berhubung ceramah mereka yang didakwa menghina mahkamah.

Hakim Datuk Seri Mariana Yahya menolak permohonan itu dengan kos yang akan ditaksirkan.

Dalam hujahnya, Mariana berkata, mahkamah mendapati, ucapan dalam ceramah berhubung kes saman peneroka terhadap Felda di Markas Pas, Jengka 18, 27 Ogos tahun lalu bersifat umum dan tiada elemen yang boleh dikaitkan sebagai menghina mahkamah.

Berikutan keputusan itu, kedua-dua mereka dilepaskan daripada sebarang tindakan termasuk hukuman penjara seperti dipohon pihak Felda.

Sivarasa dan Razali yang diwakili dua peguam termasuk Datuk Bastian Vendargon hadir ke mahkamah bersama lebih 300 penyokong daripada kalangan warga peneroka Felda dan barisan kepimpinan serta ahli Pakatan Rakyat.

Dengan keputusan itu juga, mahkamah akan menetapkan tarikh untuk meneruskan semula perbicaraan kes saman peneroka terhadap Felda sebelum ini.

Sementara itu, Razali ketika ditemui berkata, dari awal lagi dia mendapati kes itu tiada isu yang boleh mengheret mereka ke penjara atas dakwaan cuba menghina mahkamah.

Menurutnya, dia sifatkan tindakan tersebut hanya satu proses pihak terbabit untuk menekan dan menutup mulut peneroka terhadap saman yang difailkan sebelum ini.

“Selain itu, saya juga merupakan saksi utama pihak peneroka dalam kes-kes saman yang difailkan sebelum ini jadi tindakan ini mungkin juga satu tekanan.

“Saya kira, keputusan hari ini (semalam) bukan sahaja amat bererti kepada kami berdua, sebaliknya ia satu kejayaan kepada peneroka,” katanya.

POKOKNYA APA DAN MENGAPA BELAKU PEMBUNUHAN ?


Saturday, January 31, 2015

Kami Semua Mangsa Permainan Politik – Razak Baginda


PETALING JAYA: “Kami semua mangsa permainan politik,” kata bekas penganalisis politik, Abdul Razak Baginda mengenai insiden pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan isu pembelian kapal selam buatan Perancis.

Beliau menjelaskan, Altantuya tidak mempunyai kaitan dengan pembelian kapal selam Scorpene seperti yang didakwa dan dipercayai oleh orang ramai, dan menambah, dakwaan adanya wang komisen AS$500,000 adalah tidak benar.

Menurut beliau, Altantuya hanya meminta wang sebanyak AS$5,000 dan RM8,000 dan menyifatkan dakwaan wang komisen AS$500,000 sebagai “sesuatu yang baru”.

Katanya, wanita Mongolia itu bukan penterjemah kerana dia tidak tahu langsung berbahasa Perancis dan “seluruh episod bahawa dia seorang penterjemah adalah lawak.”

“Kami semua jatuh ke dalamnya (permainan politik). Ia adalah naratif sejak mula – pembunuhan, Najib (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak), Razak (Abdul Razak Baginda) dan urusan jual beli kapal selam,” jelasnya dalam temuramah dengan portal berita The Malaysian Insider.

Beliau menambah, “Naratif ini disuapkan kepada rakyat Malaysia sejak hari pertama dan setiap orang seperti sekawan kerbau, mengikut.”

Mengenai dakwaan Altantuya seorang penterjemah, Razak menjelaskan, orang Perancis adalah sofistikated dan boleh berbahasa Inggeris dengan sangat baik.

Sehubungan itu beliau bertanya kenapa tidak ada pihak yang mahu mempersoalkan keperluan untuk mendapat seorang penterjemah bahasa Perancis keturunan Mongolia.

“Fikirkan ini. Jika saya mahukan seorang penterjemah, saya akan dapatkan penterjemah Perancis atau penterjemah British-Perancis. Kenapa perlu saya mahukan seorang Mongolia?

“Adakah dia pernah datang ke Perancis serta tinggal dan belajar bahasa Perancis? Tetapi semua orang percaya dia penterjemah bahasa Perancis dan dia dibayar. Tidak ada orang mempersoalkannya,” ujarnya.

Beliau mengakui kedatangan Altantuya menemuinya dengan tujuan memeras ugut atas perkara yang bersifat peribadi dan hubungan mereka.

Katanya, pada peringkat awal beliau membayar wanita Mongolia itu sejumlah wang tetapi bertindak tidak mahu tunduk pada tekanan peras ugut sehingga menyebabkan Altantuya marah terhadapnya. - FMT

HIDAYAH DARI TUHAN

“Seperti ada sesuatu tolak saya masuk masjid’

  • Danny bergambar dengan latar belakang sebuah masjid. Danny bergambar dengan latar belakang sebuah masjid.
1 / 1
PEMAIN bola sepak dari Jerman Danny Blum, 24, telah mengisytiharkan dirinya memeluk agama Islam selepas ‘menemui sesuatu yang baharu’.

Memetik laporan OnIslam.net, Danny berkata, agama baharu anutannya itu (Islam) memberi harapan dan kekuatan terhadapnnya.

“Kadangkala hati dan perasaan tidak menentu dan saya pun tidak faham dengan diri saya ketika itu…hingga saya kenal Islam. Islam beri harapan dan kekuatan, solat menenangkan jiwa saya,” katanya.

Jelas Danny, antara keinginannya untuk memeluk Islam tercetus apabila beliau terfikir akan hidup di dunia ini yang tiada arah tujuan.

“Tinggal dalam kemewahan, setiap hujung minggu boleh bercuti, tiada tanggungjawab untuk apa pun dan apa yang akan terjadi ?,” katanya.

Danny  menyertai FC Nürnberg Bavaria pada Julai lalu.

Pasukan itu bermain di Bahagian Kedua bola sepak profesional di Jerman, Bundesliga.

Tidak lama selepas menyertai pasukan itu, dia mengalami kecederaan lutut dan terpaksa berehat selama enam bulan.

Jelas Danny, ketika melawat masjid, ada sesuatu yang menolaknya untuk mengetahui tentang isinya.

"Saya telah melawat masjid, dan saya terus berdebar-debar. Saya rasa ada sesuatu yang ingin saya tahu,” ujarnya.

Semenjak itu, dia berdoa lima kali sehari dan makan makanan halal. Lantas memberitahu ibu bapanya tentang keputusannya untuk memeluk Islam.

"Mereka adalah orang Kristian yang taat. Tetapi tidak lama lagi mereka berkata yang saya perlu berbuat demikian jika saya percaya bahawa ia adalah betul," katanya.

"Islam adalah agama yang aman. Iman saya mengatakan: tidak pernah memaksa sesiapa untuk melakukan apa yang dia tidak mahu. Jika anda berfikir, ia perlu datang secara sukarela dari hati! " ujarnya

Jerman dianggarkan terdapat hampir 4 juta umat Islam, termasuk 220,000 di Berlin.

GUAN ENG TIDAK LAYAK ?

Guan Eng tak layak duduki Majlis Pimpinan PR

  • Mustafa Ali Mustafa Ali
1 / 1
SHAH ALAM - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak layak duduk dalam Majlis Pimpinan PR jika beliau juga dituduh berbohong berhubung isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menegaskan jika perkara itu berterusan, sudah tentu integritinya juga tercabar dan boleh dipertikai.

"Kalau isu ini tidak diselesaikan, dalam keadaan intergritinya tercabar sebagaimana saya dituduh tidak jujur, saya tidak layak duduk dalam pimpinan tertinggi PR.

"Begitu juga Guan Eng dalam dia dituduh berbohong, maka dia tidak layak duduk dalam majlis pimpinan tertinggi PR," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke semalam yang menggesa Mustafa memastikan pimpinan tertinggi Pas termasuk presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghadiri mesyuarat Majlis PR untuk membincangkan isu tersebut daripada debat terbuka.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata lagi, Loke tidak perlu mengalihkan isu sebenar dan membabitkan pihak lain dalam isu itu.

"Kepada Loke, dia tidak payah berbelit. Saya tidak perlu cabar orang lain atau Umno kerana mereka tidak ada kena-mengena dalam isu ini.

"Oleh itu, carilah masa yang sesuai dengan ada penyaksian. Saya akan buktikan dia berbohong," ujarnya sambil menyifatkan Loke sebagai tidak faham isu sebenar.

Dalam perkembangan sama, Mustafa juga memuji ahli parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang memahami cabaran beliau.

"Beliau faham isu ini adalah antara saya dengan Guan Eng dan tidak ada kena mengena dengan orang lain sama ada Pas atau DAP malah beliau cadangkan pertemuan diadakan untuk menyelesaikannya," katanya lagi.

Mahkamah tolak saman kerajaan terhadap BERSIH


Polis juga dapat nama busuk


Friday, January 30, 2015

Polis Jahat Bunuh Altantuya - Respon IGP Kepada Razak Baginda - TIDAK SIUMAN !

Nampaknya Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut menyertai barisan panjang mereka yang masih tercari-cari motif di sebalik pembunuhan ngeri Altantuya Shaariibuu.

Beliau menyentuh isu itu dalam respon kepada penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang semalam menyifatkan pembunuhan bekas kekasihnya itu sebagai kerja "anggota polis jahat".

Razak Baginda (kiri), yang dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya, menyokong hujahnya dengan memetik kes-kes kematian dalam tahanan polis dalam temu bual eksklusif dengan The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, Khalid menegaskan bahawa walaupun "elemen jahat" wujud dalam semua organisasi, tetapi tidak semua kes kematian dalam tahanan disebabkan oleh keganasan polis.

"Hanya satu atau dua kes (di mana polis menyebabkan kematian itu). Ini berlaku di mana-mana. Jadi kenyataannya secara menyeluruh itu tidak boleh diterima," katanya kepada Malaysiakini.

Khalid merujuk kepada banyak kes di mana laporan bedah siasat mendedahkan tahanan meninggal dunia akibat penyakit.

Bagi kes pembunuhan Altantuya, Khalid berkata, proses perbicaraan mahkamah yang panjang, berakhir dengan keputusan itu bahawa wanita itu telah dibunuh oleh dua anggota polis, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri, yang telah pun dipecat dari pasukan itu.

"Tetapi ramai pemerhati berkata, mahkamah tidak menentukan motif dalam kes berkaitan Altantuya itu.

"Oleh itu, saya rasa kita tidak akan tahu mengapa 'polis jahat' itu bertindak seperti itu," katanya.
Dalam keputusan 2012, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa motif pembunuhan itu adalah "tidak penting" dengan kes tersebut.

Bagaimanapun, Khalid menegaskan bahawa kenyataan beliau itu bukan untuk mempertahankan anggotanya yang melanggar undang-undang, kerana kata beliau, pihaknya tidak akan bertolak ansur mengenainya.


- mkini

Persenda insiden MH370

Persenda insiden MH370: KPN arah kesan Fazel
  • Twitter Ketua Polis Negara Twitter Ketua Polis Negara
1 / 1
SHAH ALAM - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengarahkan pasukan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC), PDRM menyiasat seorang pemilik akaun Twitter dengan nama Fazel ekoran tindakannya mengaitkan insiden MH370 sebagai satu konspirasi. 
 
Fazel memberi respons kepada catatan Twitter Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersimpati dengan tragedi yang menimpa ke atas pesawat MAS itu.
 
Bagaimanapun catatan Najib yang berbunyi, "hari ini (malam tadi) ingatan saya adalah bersama keluarga MH370, pencarian akan diteruskan. Malaysia Australia dan China akan komited untuk meneruskan pencarian pesawat tersebut" dibalas dengan catatan Fazel yang mendakwa ia "ia bukan kemalangan tapi satu konspirasi".
 
Ekoran itu, Khalid menerusi laman mikro Twitter miliknya mengarahkan unit PCIRC untuk mengesan dan menyiasat individu yang menggelarkan dirinya sebagai Fazel itu.
 
"PCIRC, PDRM sila kesan dan siasat ‘Fazel’ di bawah ini,” tulisnya.
 
Semalam, kerajaan menerusi Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengumumkan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang, secara rasmi diisytiharkan sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa, dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat malang itu dianggap telah terkorban.
 
Pesawat malang itu hilang pada 8 Mac, 2014, ketika dalam penerbangan ke Beijing setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang.

APA TUJUAN TURUN ?

Rakyat Hakim Negara, Takde Duit Nak Turun Berdemo Demi Anwar Ibrahim, Maaf, AMK!



Aku membaca disini.

Katanya la kan ;


Point AMK ;

1. Anak muda perlu turun kerana tarikh 10 Feb penting bagi menentukan hala tuju politik.

2. Kehadiran anak muda adalah simbolik kita tidak rela sistem kehakiman dipengaruhi konspirasi pihak tertentu.

3. Oleh kerana kita mengidamkan sistem kehakiman yang adil maka kehadiran kita sangat penting pada hari tersebut.

Hakikatnya pula bagaimana? 

Dari pengamatan aku, ini bukan mengenai menentukan hala tuju politik atau apa sebaliknya ;

- Kehadiran yang ramai akan membolehkan PKR membuat persepsi bahawa Anwar ramai penyokong.

- Kehadiran itu kemudiannya akan dimanipulasikan bagi memberikan tekanan ke atas kerajaan. Mereka lihat ramai orang hadir untuk sokong Anwar. So risau la juga nak buat apa2 keputusan sebarangan.

- Peranan anak muda akan digunakan sebaik mungkin bagi memanipulasikan keadaan yang memenangkan PKR samada Anwar dipenjara atau dibebaskan. Jika Anwar dibebaskan, kehadiran yang ramai akan di interepsikan sebagai SOKONGAN ke atas Anwar. Jika Anwar ditahan pula, kehadiran yang ramai akan ditukarkan kepada bentuk tekanan ke atas pihak yang memenjarakan Anwar.

So. Ini yang aku fikirkan. Aku sejujurnya tiada masalah mempertahankan Anwar sebab aku menyakini bahawa kes liwat adalah kes fitnah. 

Tetapi aku ada masalah dengan cara PKR mempergunakan peranan anak muda. Perhubungan PKR dengan anak muda adalah berat sebelah dan PKR lebih banyak mendapatkan manfaat berbanding anak muda dan rakyat Malaysia sedangkan peranan yang dicurahkan oleh anak muda ke anak tua ke apa ke sebenarnya melebihi dari apa yang PKR lakukan.

1. Yang undi wakil rakyat PKR anak muda anak tua

2. Yang tak henti2 kempen dan bawa mesej2 PKR anak muda anak tua

3. Yang sentiasa penuhkan ceramah PKR untuk dengar bebelan2 pemimpin PKR anak muda anak tua

4. Yang bayar gaji wakil2 rakyat PKR anak muda anak tua

5. Yang nak kena berdemo sana sini demi PKR anak muda anak tua

Tetapi anak muda dan anak tua ini masih lagi berhadapan dengan masalah-masalah yang diwujudkan oleh pentadbiran lama dan baru, kenapa?

Tidak hanya BN bahkan PR juga tercemar dengan skandal, penyelewengan dan penipuan.

Tidak hanya BN bahkan PR juga gagal menyediakan rumah mampu milik kepada rakyatnya.

Tidak hanya BN bahkan PR juga gagal mewujudkan suasana pentadbiran tanpa karenah biokrasi.

Tidak hanya BN bahkan PR juga gagal membuktikan mereka cekap dalam menyelesaikan masalah berbangkit di negeri-negeri seliaan mereka.

Macam mana anak muda nak turun menyokong jika sokongan anak muda tidak diterjemahkan dalam bentuk bahawa PR mestila MEMPUNYAI PENTADBIRAN YANG BAIK, TELUS, BERINTERGRITI DAN ADIL sedangkan krisis pemilihan parti PKR sendiri pun bergolak dan penuh dengan macam-macam cerita baling kerusi sana sini.

Apa kesnya?

Mahkamah persekutuan ditekankan perlu adil dan bebas dari sebarang unsur2 favoritism dan konspirasi.

Mahkamah 'PKR' pula bagaimana?

Adil? Bebas dari nepotisme dan kronisme ataupun favoritisme?

Jika kita tak buat, maka agak pelik untuk kita harapkan orang berbuat demikian.

Lagipun. Anak muda sekarang sakit otak pecah kepala. Anak muda tengah tension fikir masalah hidup.

1. Mana nak bayar hutang PTPTN.
2. Mana nak cari duit lebih bantu mak bapak.
3. Mana nak cari duit untuk beli rumah dan kahwin.
4. Mana nak cari duit untuk sara anak2.
5. Kerja plak gaji tak setimpal dengan apa yang ditawarkan.
6. Kos sara hidup makin tinggi melangit.
7. GST lagi on the way.
8. Kalau anak muda sakit nak p merawat pun mahal.
9. Nak bayar ansurans bulanan kenderaan pun mahal.
10. So anak muda perlu habiskan masa bekerja sampai mati disebabkan sistem yang diwujudkan oleh BN menguntungkan kapitalisma. Dan sistem yang sama juga PR tekankan pada anak muda. Sudahnya jika BN bertukar PR ibarat dari pro kapitalisma A kepada pro kapitalisma B. Macam mana anak muda tak terus-terusan sakit kepala pecah otak fikir masalah hidup?

Sebaiknya. PKR perlu bertenang dan tak perlu kerah atau seru sesiapa turun. Sentiasa steady dan cool menghadapi apa sahaja hukuman. Jika Anwar dibebaskan, minta tolong teruskan focus untuk bantu rakyat tertindas dan berhenti bercakaran sesama sendiri.

Jika Anwar tidak dibebaskan, minta tolong gunakan masa di penjara mengkaji apa-apa perkara yang boleh menukar sistem kapitalisma secara berperingkat kepada sistem sosialis di Malaysia ini.

Kita demo. Kita pukul polis. Kita kena pukul balik. Polis tahan kita. Siasat. Dakwa dan hukum. Kita hilang kerja dan mata pencarian. Kena buang atau ditangguhkan pengajian. Apa yang kita dapat mengubah dengan cara sebegitu?

Aku tertarik dalam filem Nelson Mandela yang mana Nelson dimarahi oleh anak muda kerana hilang semangat perlawanan (memberontak) disebabkan dia sudah terlalu lama dipenjarakan.

Tapi Nelson jawab. Sikap memberontak dia sebenarnya satu kesilapan. Dia memberontak, lawan dasar apartheid, itu betul. Tapi cara melawan juga perlu disesuaikan dengan persekitaran agar kita punya matlamat dapat disampaikan dengan betul.

Anwar, PKR dan AMK.

Jangan seru rakyat memberontak secara sebarangan kerana akhirnya apabila anak muda ini dibelasah, dipukul, dipenjarakan, didakwa, hilang mata pencarian, hilang kerja, kena buang U, bukan korang semua nak tanggung risiko.

Time demo kita sama-sama demo. Time polis belasah aku, kau semua laju-laju lari.

Cerdik. Memang cerdik. 


Ameno World

TIDAK MENGIKUT PERLEMBAGAAN

Mahkamah tolak saman kerajaan terhadap Ambiga

  • mahkamah
1 / 1
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi menolak saman yang difailkan kerajaan Malaysia terhadap Pengerusi Bersama Perhimpunan Datuk S. Ambiga dan 14 yang lain berhubung dakwaan gagal mengawal perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April 2012.
 
Hakim Mahkamah Tinggi  Datuk John Louis O’Hara menolak saman itu kerana mendapati Seksyen 6 (2)(g) Akta Perhimpunan Aman tidak mengikut perlembagaan.
 
Tiada keperluan tahan pasport Anwar
  • Khai­rul Anwar Rahmat
1 / 1
SHAH ALAM –  Tiada keperluan untuk pihak berkuasa menahan pasport milik Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengelak kemungkinan Ketua Pembangkang itu melarikan diri ke luar negara sebelum keputusan rayuan akhir kes liwat membabitkan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dibacakan pada 10 Februari ini.

Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, pihaknya percaya Anwar juga menantikan saat ini untuk mendengar keputusan itu sama ada berpihak kepada beliau atau sebaliknya.

“Saya rasa tidak perlu untuk tahan pasport beliau, kerana saya percaya Anwar seorang pemimpin yang matang dan tidak akan lari pada hari keputusan itu dibacakan.

“Bukan beliau sahaja, seluruh dunia juga nantikan jawapan terhadap polemik yang  berlaku sejak bertahun lamanya. Anwar tahu akan tanggungjawab beliau untuk berdepan dengan tuduhan itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, Khairul berpendapat pihak berkuasa termasuk polis dan Imigresen perlu memantau pergerakan Ketua Pembangkang itu.

“Saya juga berharap mahkamah tidak membacakan keputusan tersebut selagi tertuduh tiada di ruang perbicaraan. Perkara ini menjadi amalan di negara-negara lain juga kerana ini melibatkan keputusan terakhir,” katanya.

Kelmarin, sebuah NGO menggesa pihak berkuasa menahan pasport milik Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengelak kemungkinan Ketua Pembangkang itu melarikan diri ke luar negara.

ITU PASAI CAKAP JANGAN IKUT SEDAP MULUT

Debat: DAP tolak cabaran Pas
  • Anthony Loke Anthony Loke
1 / 1
GEORGETOWN - DAP secara tidak langsung menolak cabaran pemimpin Pas untuk berdebat dengan Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng.
 
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata, tindakan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mencabar Guan Eng untuk berdebat melanggar protokol parti bersekutu dalam PR.
 
"Beliau (Mustafa) sendiri mengetahui jawatan Setiausaha Agung DAP adalah jawatan tertinggi dalam DAP manakala jawatan Setiausaha Agung Pas pula adalah lantikan Presiden Pas dan kedua-dua jawatan tersebut tidak setaraf dalam struktur pimpinan PR walaupun namanya sama," katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media, semalam.

Menurut Anthony, tindakan Mustafa itu amat mencabar DAP "kerana setahu saya, beliau tidak pernah mencabar Umno (untuk berdebat) sebaliknya mencabar DAP."

Beliau turut menyifatkan tindak-tanduk Mustafa seperti 'membakar jambatan'  yang menghubungkan kedua-dua parti itu dalam PR.

"Tindakan itu juga seolah-olah menganggap DAP sebagai musuh politik Pas dan bukannya rakan sekutu dalam pakatan. Adakah ini taktik permulaan untuk memecahkan PR dari dalam? Adakah cabaran beliau mewakili pendirian rasmi Pas?

"Dalam hal ini, DAP berpendirian adalah lebih wajar Mustafa memastikan pimpinan tertinggi Pas termasuk Presiden Pas menghadiri Majlis Pimpinan Tertinggi PR untuk membincangkan isu tersebut daripada mengadakan debat terbuka," katanya.

Menurutnya lagi, forum dalam Majlis Pimpinan Tertinggi PR adalah lebih sesuai berbanding debat memandangkan isu yang timbul melibatkan pendirian parti masing-masing dan bukannya soal individu.

"Perkara ini perlu diselesaikan dalam mesyuarat bersama kerana, DAP merasakan debat adalah pilihan terakhir untuk bincangkan isu itu,” katanya yang mengaku diminta oleh Guan Eng untuk membalas kenyataan dan cabaran Setiausaha Agung Pas itu.

Mustafa sebelum ini mencabar Guan Eng bersemuka selepas Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengeluarkan kenyataan yang menyerang Pas berhubung isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Mustafa meletakkan syarat pertemuan empat mata itu mestilah dilakukan secara terbuka dan disaksikan secara umum supaya orang ramai dapat menilai kejujuran mereka.

Siew Fook berkata, DAP tetap dengan pendiriannya iaitu mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan oleh Kerajaan Pulau Pinang kerana ia selari dengan Dasar Bersama PR yang dipersetujui ketiga-tiga parti itu.

“Pas perlu komited dan patuh kepada Dasar Bersama PR yang dimeterai oleh Presiden Pas sendiri. Adalah amat tidak bertanggungjawab sekiranya Setiausaha Agung Pas menggunakan isu pilihan raya kerajaan tempatan untuk menyerang DAP kononnya kami juga melaksanakan sesuatu yang bertentangan dengan Dasar Bersama PR,” katanya.

Beliau turut meminta Mustafa agar tidak menyamakan isu hudud dengan pilihan raya itu berikutan DAP tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan hukum itu sejak dahulu lagi.

“Jangan samakan isu hudud dengan isu pilihan raya PBT. DAP tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan hudud sejak hari pertama PR ditubuhkan dan tidak ada satu perkataan pun dalam Dasar Bersama PR yang menyentuh hukum hudud tetapi Pas secara prinsipnya telah bersetuju untuk mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan.

“Adakah Mustafa ingin memberikan gambaran Pas sebenarnya hanya bersetuju dengan pengukuhan demokrasi sebelum PRU13 untuk memenangi sokongan tetapi hakikatnya tidak bersedia untuk memberikan komitmen mengukuhkan demokrasi akar umbi?” katanya.

MAHU KASI KENA JUGAK

Mohammad Nizar didakwa semula

30/01/2015 9:39am

IPOH - Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendakwa semula bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas pertuduhan yang sama memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2012.
Mohammad Nizar bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Hayati Mat.
Mahkamah menetapkan jaminan ke atas beliau sebanyak RM2,000 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 6 Mac depan.
Mohammad Nizar sebelum ini dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 13 Januari lalu terhadap pertuduhan sama, selepas mahkamah menerima bantahan awal dikemukakan pihak pembelaan terhadap saman yang dikenakan ke atasnya.
Mohammad Nizar melalui peguam Datuk Mohd. Yusof Zainal Abidin mengemukakan bantahan awal dengan alasan aduan yang dibuat terhadapnya tidak mengikut aturan yang ditetapkan dan mahkamah tidak sepatutnya membuat keputusan meneruskan kes itu. - KOSMO!


Ibu 7 anak didakwa miliki dadah

  • Sabariah (kanan) dibawa keluar dari mahkamah selepas selesai sesi pendakwaan. Sabariah (kanan) dibawa keluar dari mahkamah selepas selesai sesi pendakwaan.
1 / 1
KOTA  BHARU - Seorang ibu tujuh anak dihadapkan ke mahkamah majistret di sini, semalam, atas tuduhan memiliki dadah jenis methaphetamine, Khamis lalu.

Sabariah Sa’ad ,34, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di hadapan majistret, Nik Habri Muhamad.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah kedai dekat Kubang Kerian dan dalam milikannya, terdapat dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat kasar 19.0 gram.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Alias menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili tertuduh meminta mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kerana tertuduh mempunyai tujuh anak, sementara suaminya sedang menjalani hukuman penjara. Nik Habri membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,500 dan menetapkan 5 Mei depan sebutan semula kes.

LAGI RAMAI PEMERHATI LAGI BAIK, BIAR SEMUA TAHU PERANGAI ORANG MALAYSIA

Kes liwat II: Mahu bawa pemerhati luar

  • Anwar Ibrahim - Saiful Bukhari Azlan Anwar Ibrahim - Saiful Bukhari Azlan
1 / 1
ALOR SETAR - ‘Inter-Parliamentary Union’ (IPU) melahirkan kebimbangan terhadap kes Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila berhasrat menghantar pemerhati antarabangsa ke Mahkamah Persekutuan, 10 Februari ini untuk keputusan rayuan terakhir Anwar terhadap sabitan liwat II.

Ketua Biro Antarabangsa PKR, Gooi Hsiao Leung berkata, keputusan IPU itu dibuat dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Ahli-Ahli Parlimen dua hari lalu, selepas mengkaji kes terbabit.

“Selepas mengkaji fakta-fakta, IPU berpendapat tuduhan liwat itu dikritik secara meluas sebagai satu usaha untuk menjejaskan kerjaya politik Anwar, selain turut membangkitkan kebimbangan serius,” katanya.


AKAN MENYUSUL.
‘Minta maaf atau tindakan undang-undang’
  • Abu Bakar (dua kanan) ketika bantahan bersama beberapa NGO lain mengenai projek Datum Jelatek baru-baru ini. Abu Bakar (dua kanan) ketika bantahan bersama beberapa NGO lain mengenai projek Datum Jelatek baru-baru ini.
1 / 1
SHAH ALAM - Perkasa Selangor menuntut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mengemukakan permohonan maaf secara terbuka ekoran kenyataannya yang didakwa keterlaluan.

Menurut Yang Dipertuanya, Abu Bakar Yahya, kenyataan Khalid yang mahu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Majlis Fatwa Selangor menyiasat bahawa idelogi Perkasa bercanggah dengan nilai dan ajaran Islam kerana terlibat dalam bantahan projek Datum Jelatek baru-baru ini.

“Kenyataan beliau (Khalid) menunjukkan kedangkalan ahli politik itu yang gagal memahami isu sebenar.

"Kehadiran Perkasa dalam perhimpunan itu adalah tanda sokongan dan solidariti terhadap nasib para penduduk Taman Keramat yang terhimpit di sebalik pembangunan tersebut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sabtu lalu, hampir 1,000 orang termasuk penduduk di Taman Keramat di Kuala Lumpur berhimpun mengadakan bantahan bagi mendesak projek pembangunan Datum Jelatek di taman itu dihentikan

[ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk terus bantah projek Datum Jelatek]

Mengulas lanjut, Abu Bakar menambah, sekiranya Khalid gagal berbuat demikian, Perkasa Selangor akan mengambil tindakan undang-undang.

MASYA ALLAH ! TERLINGKUP PAS !

[PENDEDAHAN MENGEJUTKAN]: Harakah & Parti Dalam Bahaya


Kuala Lumpur: Salah seorang pengasas lidah rasmi PAS, Harakah, Ishak Surin mendedahkan selama dua dekad Datuk Mustafa Ali memegang jawatan Pengerusi Harakah, sudah terlalu banyak pembaziran yang dilakukan Setiausaha Agong PAS itu.

“Sehinggakan perjuangan dan imej Islam yang dibawa oleh PAS sedikit sebanyak tercemar,” tambah beliau.

Secara terus terang, Ishak memberitahu, malah Mustafa juga menggunakan wang hasil jualan akhbar Harakah untuk kepentingan dirinya dan keselesaan dirinya sendiri.

“Terlalu banyak pembaziran yang dilakukan oleh Mustafa, sehingga melakukan apa yang tidak perlu dilakukan. Mustafa membazirkan wang hasil jualan akhbar Harakah untuk mengubahsuai biliknya menjadi bilik yang sangat mewah,”
katanya dalam satu forum pendedahan bertajuk Harakah Dalam Bahaya, di Gombak.

Ishak yang merupakan Yang Dipertua PAS kawasan Batu turut mempersoalkan apakah kepentingan bilik yang sebegitu mewah di Ibu Pejabat Harakah kepada pengarah urusan kerana menurutnya, permulaan wang jualan akhbar Harakah adalah daripada titik peluh rakyat (ahli) khususnya.

Bukan itu sahaja, Ishak turut melahirkan kekesalannya apabila melihat pihak pengurusan Harakah gagal untuk mengurus wang tersebut dengan baik.

Menurut beliau lagi, jika wang tersebut dikendalikan dengan cara betul, sudah banyak projek-projek yang boleh dilaksanakan untuk parti PAS, malangnya perkara tersebut tidak berlaku.

“Sekiranya wang daripada hasil jualan akhbar Harakah itu digunakan dan diurus secara baik, pastinya Harakah sudah setaraf dengan media rasmi kerajaan iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM), malah PAS sendiri juga pasti mampu untuk memiliki akademi wartawannya sendiri. Tetapi kini apa yang ada?”
ujar beliau.

Selain itu, veteren PAS itu juga turut kesal apabila mendapat tahu kebajikan kakitangan akhbar Harakah tidak dijaga sebaiknya.

“Gaji kakitangan Harakah tidak dicarum ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Bagaimana perkara ini boleh berlaku, kerana kita sering bercakap soal Islam, tetapi adakah ini gambaran sebuah parti yang membawa perjuangan Islam?

“Atas perkara itu, saya kini dalam usaha untuk menubuhkan satu kesatuan sekerja dalam kalangan kakitangan pekerja akhbar Harakah,” ujarnya lagi.

Ishak secara lantang menyuarakan dan mendesak agar Mustafa meletakkan jawatan sebagai orang nombor satu di dalam akhbar Harakah serta mengembalikan semula pentadbiran Harakah kepada pentadbiran asal.

“Saya mendesak supaya Mustafa Ali berundur dan saya juga yakin beliau akan berundur. Malah saya turut mengharapkan pentadbiran secara korporat dihentikan dan dikembalikan semula cara pentadbiran yang lama iaitu secara berjemaah.

“Sudah terlalu lama Mustafa berada di dalam Harakah, dan dia ingat akhbar Harakah adalah bapa dia yang punya,” ujar beliau lagi. Tidak terhenti di situ, Ishak turut menggesa agar kewangan akhbar Harakah diaudit kerana menurutnya, ia akan membolehkan akar umbi mengetahui pengaliran wang hasil jualan akhbar tersebut.

“Tetapi sehingga kini, kita tidak mengetahuinya. Macam mana nak tahu, kewangan Harakah tidak pernah diaudit walaupun perkara ini sering dibangkitkan dalam muktamar PAS,”
tambah beliau.

Menurutnya, walaupun persoalan itu dibangkitkan setiap kali muktamar berlangsung, ia hanya sampai di peringkat pertanyaan sahaja kerana tidak pernah terjawab.

Jelas Ishak lagi, beliau akan menegur mana-mana pemimpin PAS yang disifatkannya sudah lari daripada perjuangan asal PAS iaitu untuk memartabatkan Islam dan membentuk sebuah negara berkebajikan.

“Kalau Mustafa sanggup menjadi pemimpin, maka dia mesti sanggup kena tegur. Ini kerana, sebagai ahli PAS, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menegur pemimpin, “
tegasnya.

Beliau seterusnya mengingatkan ahli PAS mengenai dua perkara yang akan disoal dan dihitung iaitu sewaktu di dunia dan di akhirat kelak.

“Sewaktu di akhirat kelak, akan ditanya jika ahli-ahli PAS menegur pemimpinnya dan jika tidak ditegur, mengapakah tidak ditegur. Adakah takut jawatan akan diturunkan,” tegasnya.

Ishak yang pernah menjadi pengurus Harakah kira-kira dua tahun ketika akhbar itu mula diterbitkan pada tahun 1986 turut menyifatkan kemelut dalam pengurusan akhbar Harakah amat mencemaskan dan ia berpunca oleh perlakuan individu seperti Mustafa.

“Selagi Harakah tidak dibetulkan, kita akan terus menegur kerana kita sayang akhbar Harakah ini,” ujarnya.

Sebelum ini, pihak pengurusan Harakah telah meminta ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman meletakkan jawatan serta menamatkan kontrak dua pengarang kanannya iaitu Tarmizi Md Jam dan Roslan Hamid. -FMT


Masalah dalaman PAS punca (Jualan) Harakah jatuh

Bekas Pengarang Harakah, Datuk Tarmizi Md Jam mendakwa punca sebenar kejatuhan jualan akhbar Harakah adalah disebabkan masalah dalaman parti yang terlalu banyak.

“Masalah merudum penjualan akhbar Harakah bukan disebabkan akhbar tersebut tidak laku tetapi puncanya adalah disebabkan segelintir pemimpin PAS yang terlalu banyak krisis sehingga gagal menyelesaikanya,” katanya pada program ‘Harakah dalam bahaya’ dan pendedahan mengapa Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mesti berundur.

Menurut beliau, dakwaan penjualan Harakah yang merupakan lidah rasmi parti merudum berpunca daripada kegagalan Ketua Pengaranganya, Ahmad Lutfi Othman seperti yang didakwa Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan pihak majikan “adalah tidak benar sama sekali malah kami dijadikan kambing hitam.”

Sebaliknya Tarnizi mendakwa, punca sebenar masalah ialah ramai anak muda yang menolak PAS serta sikap permusuhan parti dengan PKR dan DAP.

“Kalau menguruskan Harakah berdasarkan pada Islam tidak ada masalah, kita selamat, tetapi apa yang berlaku sekarang walaupaun berada dalam organisasi Islam kami rasa tidak selamat.

“Malah ada pemimpin PAS yang ingin berbaik dengan UMNO cuba memburukkan Harakah, ini bukti bahawa mereka busuk hati dan menjadi penyebab jatuhnya jualan Harakah ,” katanya.


Pada masa sama Tarmizi menjelaskan, apabila berlakukan krisis antara PAS dengan rakan komponan dalam Pakatan Rakyat (PR) yang lain menyebab wartawan Harakah berada dalam tekanan dan dilanda dilemma untuk membuat laporan.

“Kami dalam editorial berada dalam dilemma untuk menyiarkan berita apa. Sebagai contoh kalau nak siarkan berita Presiden PAS bantah pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT), sedangkan kita tidak berpisah dengan PR dan bersama dalam misi memperkukuhkan PR.

“Apa kita nak lapor dalam Harakah, kalau salah lapor akan bertentangan dengan dasar PR,”
ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya pihak pengurusan Harakah lebih profesional dan membuat setiap keputusan berdasarkan perjuangan Islam seperti yang diperjuangkan parti dengan menjaga kebajikan pekerja, bukannya bertindak sesuka hati.

Tarmizi juga mendesak Mustafa mengundurkan diri sebagai Pengerusi Harakah agar akhbar tersebut terus maju ke hadapan demi memperkukuhkan PAS serta menguatkan lagi perjuangan PR.
-FMT




ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan pun berjalanlah... terdedah segala pekung yang tersimpan...

Pom pang pom pang nak debat isu LBT, serang rakan-rakan dalam Pakatan ... kini Allah dedahkan rupadirinya yang sebenar.

GB dah lama tahu tapi tak berapa berani nak mendedahkan. Almaklum GB ni ahli kerdil. Tak mampu nak lakukan macam Cikgu ishak Surin dan Dato Tarmizi Mohd Jam lakukan semalam.

GB pernah menulis untuk Harakah sewaktu Harakah berpejabat di Jalan Pahang lagi. Semasa itu belum wujud Harakahdaily. Sebagai seorang ahli PAS yang komited yang mahu berita-berita PAS tersebar luas ke seluruh negara, GB menulis berita-berita untuk membuat liputan aktiiti-aktiviti PAS di negeri yang GB tinggal. Ada juga berita-berita yang jadi Headline mukadepan Harakah waktu itu. Semasa itu GB menggunakan mesintaip buruk yang dibeli sendiri... hantar berita dan tulisan ke Harakah, walaupun lansung tidak dibayar sesen. Ketika itu GB hanya berbekalkan keyakinan Allah membantu GB. GB mencari duit dengan cara menjual Harakah dan kaset-kaset ceramah. Semuanya itu sudah menjadi sejarah.

Apabila dunia berubah dengan kehadiran internet GB beralih menjadi penulis maya... GB memulakan dengan nama pena "Mahazalim". Masa itu belum ada haraakahdaily, malaysiakini, Malaysian Insider, FMT dan sebagainya. Setelah setahun, tiba-tiba GB diuji Allah dengan sakit tenat yang menyebabkan Laman Reformasi kendalian Mahazalim ketika itu terpaksa diserahkan kepada orang lain. Pengendali mahazalim selepas GB berjaya menjadi seorang YB!

Ketua Pengarang harakah Sdra Ahmad Lutfi Othman, ketika itu Ketua Pengarang DETIK ada mewawancara GB melalui email. Boleh baca: Nostalgia : Wawancara DETIK Bersama "mahazalim"

Setelah pulih dari sakit tenat, rahmat Allah s.w.t. luas dan GB dapat menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Dan alhamdulillah kini GB berblog di sini...

Berbalik kepada cerita Harakah. Jualannya merudum. Malah ranking Harakahdaily juga turut merudum. Disebarkan kempen "Satu keluarga Satu Harakah"...namun bagi GB kempen itu akan menjadi sia-sia jika tidak ada perubahan bkan saja dalam pengurusan Harakah, malah di dalam parti sendiri. Seperti kata Cikgu ishak, “bukan Harakah sahaja dalam bahaya malah PAS lebih dalam bahaya”.

Mengurus & memimpin adalah tugas dan kerja orang profesyenal. Bila tak dipimpin dan tak diurus oleh mereka yang profesyenal, jadilah sepert Harakah, jadilah seperti kerajaan PAS di Terengganu dan Kedah yang sempat diperintah cuma sepenggal... Berbeza dengan kerajaan Kelantan dibawah TGNA, berkeupayaan untuk bertahan berpenggal-penggal, sekalipun TGNA bukan dari kalangan profesyenal tetapi TGNA sentiasa meyakini dan bekerjasama dengan golongan profesyenal, tidak angkuh dan sombong seperti yang ada sekarang. Renung-renungkanlah!

GB ada hujjah yang banyak untuk menyatakan begitu, akan bersambung di kesempatan yang lain.

Tentang Mustapha Ali ni, dah lama GB suruh tukarkan. Boleh baca: Tukarkan Mustapha Ali Untuk Perlengkapkan Pimpinan Ke Putrajaya Nanti
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.