Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Video Demo GST: SAMM dan Unit Amal PAS Bergaduh


Video Demo GST: SAMM dan Unit Amal PAS Bergaduh


Himpunan Rakyat Bantah GST 1 MEI 2014


Suami isteri didakwa pukul amah dengan besi, rotan

  • kes mahkamah
1 / 1
KUALA LUMPUR - Majikan kepada seorang pembantu rumah yang didera dan ditinggalkan di dalam hutan sendirian dua minggu lepas, hari ini diheret ke mahkamah untuk berdepan empat pertuduhan.
  
Bagi pertuduhan pertama, pasangan suami isteri itu, Shahrul Azyrin Ahmad, 30, dan Zulaikha Nordin, 26, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang di sini terhadap pertuduhan mendatangkan cedera parah terhadap pembantu rumah mereka menggunakan batang besi dan rotan.
  
Shahrul Azyrin, pegawai Imigresen dan isterinya suri rumah didakwa bersama-sama dengan sengaja mendatangkan cedera parah kepada wanita warga Indonesia berusia 22 tahun itu di rumah mereka di No. G28-08, Simfoni Heights Condo, Jalan Medan Selayang 2, Gombak di sini pada 7.30 malam 18 April lepas.
  
Pasangan yang mempunyai dua anak perempuan berusia tiga tahun dan enam bulan itu didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
  
Mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memperdagangkan wanita itu dengan mengunakan kekerasan iaitu memukulnya menggunakan alat sama (batang besi dan rotan) di tempat dan masa yang sama.
 
Mereka didakwa mengikut Seksyen 13(b) Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007  yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
  
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Zulia Balqish Syed Agil tidak menawarkan jaminan atas alasan kesalahan itu tidak boleh dijamin kerana ia serius melibatkan penjara maksimum 20 tahun.
  
Peguam Mohamad Zahid Ahmad dan M. Sivam yang mewakili kedua-dua tertuduh pula berhujah jaminan hanya syarat kehadiran tertuduh ke mahkamah dan tiada alasan untuk anak guamnya melarikan kerana dia merupakan seorang penjawat awam.
 
"Isterinya juga masih menyusukan anak mereka yang berumur enam bulan," katanya.
  
Hakim Tasnim Abu Bakar membenarkan Shahril Azyrin dan Zulaikha masing-masing diikat jamin RM14,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan itu serta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran dua kali sebulan dan pasport perlu diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 18 Mei depan untuk sebutan semula kes itu.
  
Selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, pasangan itu dibawa ke Mahkamah Majistret untuk berdepan dengan dua lagi pertuduhan dan mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.
  
Bagi pertuduhan pertama mereka didakwa bersama-sama mengambil pekerja yang tidak memiliki permit sah mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963 yang membawa hukuman penjara maksimum 12 bulan atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya.
  
Pasangan itu juga dituduh menyimpan pasport wanita itu tanpa milik sah mengikut Seksyen 12 Akta Pasport yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM50,000.
 
Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki membenarkan Shahrul Azyrin dan Zulaikha masing-masing diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan itu berserta syarat tambahan yang sama dan menetapkan tarikh sama untuk sebutan.
  
Sepanjang prosiding, pasangan itu yang ditangkap pada 21 April lepas, sehari selepas mangsa dijumpai, kelihatan mendiamkan diri dan hanya menggelengkan kepala selepas ditanya pengakuan mereka.
  
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang pembantu rumah didera dan ditinggalkan di dalam hutan sendirian tanpa makan dan minum berhampiran perkampungan Orang Asli di Ulu Yam, Hulu Selangor. - Bernama

RAKYAT NAK TAHU APA YANG MEREKA BELUM TAHU

Tak perlu persoal Najib
  • Tan Sri Abdul Aziz Rahman Tan Sri Abdul Aziz Rahman
1 / 1
KUALA LUMPUR - Rakyat tidak perlu mempersoalkan gaya hidup Datuk Seri Najib Tun Razak yang dikatakan mewah dan melebihi kedudukannya sebagai perdana menteri.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Tan Sri Abdul Aziz Rahman bagaimanapun enggan mengulas lanjut soal peribadi perdana menteri termasuk keluarganya kerana ia kurang beretika.

“Saya tidak mahu sentuh hal peribadi beliau. Saya tidak rasa perdana menteri kita ini menjalani  kehidupan mewah melebihi kedudukannya sebagai perdana menteri.

“Sebagai anak kepada (Tun) Abdul Razak Hussein (bekas perdana menteri), dan berlatar belakang keturunan golongan bangsawan, semua orang tahu beliau berasal dari keluarga berada,” katanya pada sidang media Faedah-Faedah Persaraan Bekas Wakil Rakyat,
semalam.

Menurut Abdul Aziz, sesiapapun boleh mempersoalkan dan mengkiritik kerana Najib seorang yang dikenali.

Beliau berkata demikian berikutan kritikan berterusan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad terhadap Najib.

“Najib sudah melakukan tugasnya dengan baik dari setiap sudut. Berikan beliau ruang untuk melaksanakan tugas sebagai perdana menteri.

“Najib tidak gagal (ketika memerintah). Jika perdana menteri tertakluk kepada komen seorang individu, dan diarahkan untuk melakukan apa yang patut dan tidak, ini baru dianggap gagal,” katanya.

Mengenai isu 1MDB, Abdul Aziz berkata, Jabatan Akauntan Negara telah diarahkan untuk mengaudit akaun 1MDB sebelum laporan itu diserahkan untuk diperiksa secara telus oleh  Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Mubarak tidak yakin kemampuan Wan Azizah

Selain itu Abdul Aziz kurang yakin Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Azizah mampu menjalankan tugas dengan baik sekiranya memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Menurutnya, Wan Azizah yang juga Adun Kajang diketahui tidak terkenal dalam menjalankan tugas dengan baik di peringkat kawasan.

“Beliau memenangi kerusi (Dun Kajang) kerana statusnya sebagai isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya berpendapat pemilihan dan sokongan ke atas Wan Azizah sebagai calon PKR di Permatang Pauh kerana emosi bukannya atas kapasiti calon tersebut,” katanya.

Katanya, pemilihan Wan Azizah yang juga calon kitar semula, dilihat lebih kepada penglibatan politik keluarga.

“Jika bukan Anwar yang bertanding, Wan Azizah akan ganti, begitulah sebaliknya. Kerusi itu seolah-olah tidak boleh di isi calon lain, melainkan dari keluarga Anwar.

“Cukup-cukuplah (mencalonkan Anwar dan Azizah). Ini dah jadi parti politik keluarga, dan rakyat terus membiarkan perkara ini berlaku di depan mata,” katanya.
 
Guan Eng: Ini semua fitnah!

  • Lim Guan Eng Lim Guan Eng
1 / 1
GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan tuduhan beberapa pihak bahawa tiada pembangunan di Parlimen Permatang Pauh di bawah PKR sejak 17 tahun lalu.
Menurutnya, tuduhan itu disifatkan berniat jahat berikutan ia dibuat tanpa fakta yang sahih.

“Tuduhan itu adalah tuduhan liar kerana mereka buat tanpa fakta, hanya fitnah dan berbaur perkauman sahaja. Mereka buat begitu sebab tiada isu lain untuk serang.

“Jika dilihat, sejak 2009 hingga tahun ini, Kerajaan Pulau Pinang membelanjakan RM8.2 juta dalam Program I-Sejahtera untuk Permatang Pauh sahaja. Oleh demikian, di mana yang dikatakan tiada pembangunan di kawasan itu?,” katanya.

Setiausaha Agung DAP itu juga berkata, antara program yang dilaksanakan di kawasan itu adalah Rakan Anti Kemiskinan dengan perbelanjaan RM1.6 juta.

“Selain daripada program itu, kita juga menjalankan program lain antaranya Penghargaan Warga Emas dengan kos RM2.2 juta, Sumbangan Jenazah Waris Warga Emas (RM1.48 juta) dan Pelajar Emas (RM1.44 juta).

“Dengan jumlah ini, jelas sumbangan Kerajaan Pulau Pinang amat besar dan bermanfaat kepada pengundi di Permatang Pauh. Jika sebelum ini (sebelum PKR), pengundi di kawasan itu tidak pernah menerima sebarang sumbangan seperti ini,” katanya.
Kematian gempa bumi mencecah 7,624 orang
  • Saintis sudah ramal gempa bumi Nepal Mangsa gempa bumi Nepal.
1 / 1
KATHMANDU - NEPAL . Jumlah kematian dalam gempa bumi 25 April di Nepal meningkat ke 5,020 dan ia dijangka terus meningkat ketika pekerja menyelamat masih berusaha mengeluarkan mayat dari kawasan runtuhan.
  
Menurut jurucakap kementerian dalam negeri Balbhadra Giri, jumlah itu adalah bagi mayat yang dikeluarkan setakat Rabu petang sementara bilangan yang cedera mencecah 7,624.
  
Ketika kerajaan menumpukan usaha mencari dan menyelamat, mangsa-mangsa menuduh kerajaan kurang memberi perhatian terhadap kerja pemulihan.
  
Mereka menunjuk perasaan pada Rabu di Kathmandu atas sikap sambil lewa kerajaan dalam operasi menyelamat dan melakukan pemulihan.
  
Mereka mendakwa Perdana Menteri, Sushil Koirala sendiri bertanggungjawab atas prestasi yang lembab. - Bernama
 

Friday, May 1, 2015

Pemuda UMNO kutuk KP Kastam FMT Reporters

 
Kastam menangguhkan keputusan kad isian semula telefon prabayar tidak dikenakan GST. 

Sehubungan itu, semua kad isian semula dikenakan GST sama seperti selepas 1 April.

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar mengutuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) kerana membuat pusingan-u berhubung harga kad isian semula telefon prabayar.

Beliau berkata, apa yang telah dilakukan oleh Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad itu amat memalukan.

Dia berkata, adalah lebih baik jika Khazali diam dan tidak membuat apa-apa kenyataan yang boleh mendatangkan malu.

“KP Kastam… Semalam cakap lain, Hari ini cakap lain.. Lepas ni jangan lagi cakap apa apa… Berhenti terus… Bikin Malu…” tulisnya di Facebook.

Dalam kenyataan media pada Rabu, Khazali berkata pengumuman bahawa harga kad isian semula tidak dikenakan GST yang diumumkan pada Rabu, telah ditangguhkan.

Sehubungan itu, harga kad isian semula prabayar sama seperti harga jualan selepas 1 April.

Ini bermakna, kad isian semula berharga RM10 djual pada harga RM10.60 termasuk enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Khazali menyatakan arahan penangguhan itu selepas mengambil kira pengumuman Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bahawa kajian mengenai layanan cukai GST ke atas perkhidmatan kad prabayar masih dijalankan oleh syarikat komunikasi.
Pengganti Anwar dilantik 18 Mei depan
  • Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
1 / 1
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang baharu akan dilantik oleh Pakatan Rakyat pada 18 Mei depan, kata  Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Menurut Anthony Loke, ia bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim‎ yang merupakan Ketua Pembangkang sebelum ini.

"Kita akan pilih pengganti Anwar selepas Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh nanti. Ia akan berlaku pada persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei nanti," katanya ketika berucap dalam Ceramah Grand Finale Kita Lawan GST di Kelab Sultan Sulaiman, di sini, malam ini.‎

Beliau dalam pada itu menyifatkan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang lantang menentang pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan kerajaan sebagai tindakan adil yang memihak ke hati rakyat.

"Sekarang ini sejak Anwar tiada (ke penjara), beliau (Tun Mahathir) sudah jadi macam Ketua Pembangkang. Buat masa sekarang dia seperti Ketua Pembangkang tak (tidak) rasmi kita," katanya lagi.
Pas umpama dinoda rakan sendiri
  • Pas umpama dinoda rakan sendiri Gambar hiasan
1 / 1
KOTA BHARU - Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menyifatkan Pas kini seperti sudah hilang arah dan tidak mempunyai prinsip perjuangan sendiri.
"Apabila satu keputusan kita buat, kita perlu kekal dengan keputusan itu. Kita jadi pemimpin parti politik kena yakin dan selalu berpegang kepada keputusan yang telah dibuat.

"Pas seperti telah dinodai oleh rakan mereka sendiri, apabila mereka ingin hudud dibawa ke Parlimen, yang lantang menentang adalah rakan kongsi mereka sendiri," kata Ahmad Jazlan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Pemuda Pas Pulau Pinang dan Pas Permatang Pauh yang membatalkan hasrat memboikot PRK Parlimen Permatang Pauh dan menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Semalam, Dewan Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang membatalkan hasrat memboikot PRK Parlimen Permatang Pauh namun bertegas mahu Angkatan Muda Keadilan negeri memohon maaf berhubung kenyataan mereka memfitnah pimpinan Pas berhubung hukum hudud.

Pada 25 April lepas, Pas Permatang Pauh yang turut melahirkan hasrat memboikot PRK itu, menarik balik keputusannya selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR pada malam sebelumnya.

PRK Parlimen Permatang Pauh 7 Mei depan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Dr Wan Azizah (PKR), Suhaimi Sabudin (Barisan Nasional), Azman Shah Othman (PKR) dan Salleh Isahak (Bebas). - Bernama

MAKLUMAT ORANG RAMAI


Khamis, 30 April 2015


SOALAN MASIH BELUM DIJAWAB


KOMETAR
apa yang sedang berlaku amat baik
baik untuk orang ramai
baik untuk rakyat jelata
baik untuk pakatan rakyat

lagi lama perang ini berjalan
lagi baik
lagi banyak keroskan terjadi
lagi cun

penerangan mahathir ini
pasti akan mempengaruhi orang melayu
pasti akan mempengaruhi 
ahli parti ketuanan melayu
pasti akan membuka mata orang ramai

najib  yang dikatakan 
terlibat kes bunuh altanytuya
rosmah mansor yang boros 
semua ini adalah peluru
untuk menggasak bukan sahaja najib
tetapi parti ketuanan melayu sendiri

NOTA
wahai yang mulia TUN

teruskan kerja baik ini





Mahathir jumpa akar umbi jelaskan serangan terhadap Najib


Mahathir Mohamad berkata hari ini akan menemui ahli Umno di peringkat akar umbi bagi menerangkan kritikan beliau terhadap  Najib Razak memandangkan beberapa pihak menganggap tindakannya merosakkan parti.

Dalam entri terbaru di blognya, bekas perdana menteri itu berkata, untuk membuat keputusan atau menghukum secara bijak dan adil, rakyat perlu dengar kedua-dua belah pihak.

"Saya harap saya diberi peluang berjumpa dengan ahli Umno biasa untuk menerang akan masalah kehilangan berbilion ringgit oleh Najib.



"Lepas mendengar kedua-dua pihak, adililah terhadap 'serangan' saya. Apakah saya sedang merosakkan parti atau mencuba menyelamatkannya?" katanya dalam blog popularnya chedet.cc hari ini.

Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu mutakhir ini dikecam pemimpin dan penyokong Umno kerana terus-terusan secara terbuka mengkritik Najib dan meminta beliau berundur.

Mahathir menerangkan, serangan beliau mungkin tidak menyenangkan Najib dan sebahagian ahli Umno, tetapi niatnya ialah untuk menyelamatkan Umno, "parti keramat yang dahulu disokong sehingga menang dua pertiga majoriti setiap pilihan raya umum (PRU)."
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-mahathir-jumpa-akar-umbi-jelaskan-serangan-terhadap-najib#sthash.iVxqD4yv.dpuf


KAH KAH KAH
woit 
mat mongol ini

betul sewel

tanya lain jawab lain
APA PUNYA TUUUR

ESOK PETANG

DATARAN MERDEKA

#PRKPermatangPauh - Temubual Eksklusif Bersama Calon Barisan Nasional


INI APA PUNYA KEMPEN NIH !


Thursday, April 30, 2015

Calon BN Permatang Pauh akui BN tak akan tunai janji kalau kalah.. (Video Inside)


Barisan Nasional (BN) tidak akan menunaikan janji yang dibuat kepada kaum India di Permatang Pauh sekiranya kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen itu, pada 7 Mei ini.

Ingatan itu diberikan oleh calon BN, Suhaimi Sabudin dalam temubual eksklusif bersama KLXpress yang dimuat turun di Youtube.

Suhaimi berkata, pengundi India di Permatang Pauh telah berjanji untuk memberi 60 peratus undi kepadanya.

“Sekiranya tiada apa-apa keputusan yang memenangkan saya, mungkin janji-janji yang diminta itu tak perlulah ditunaikan,” katanya.

Dia berkata, terdapat kira-kira 4,500 pengundi India di Permatang Pauh, 16,000 pengundi Cina dan 51,000 pengundi Melayu.

Suhaimi berkata, dia seorang yang boleh dipercayai kerana tidak pernah menukar nombor telefon sejak 1998.

“Orang yang selalu tukar nombor telefon mungkin ada alasannya,” katanya sambil menambah kemungkinan orang itu cuba melarikan diri daripada pengutip hutang.

Dia berkata, perkara ini (kekal nombor telefon) penting kepada peniaga-peniaga Cina kerana ia membuktikan orang itu tidak membuat salah dan boleh dipercayai.

Suhaimi berkata, jika menang PRK ini, beliau akan membawa pulang peruntukkan pembangunan daripada Kerajaan Persekutuan ke Permatang Pauh walaupun tempoh mandat hanya tiga tahun.

PRK Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Suhaimi, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Azman Shah Othman (PRM) dan Isahak Salleh (Bebas) lapor Free Malaysia Today
SPR gembira peratusan pengundian awal tinggi

  • SPR
1 / 1
ROMPIN - Sebanyak 464 orang atau 85.1 peratus daripada 545 pengundi awal menunaikan tanggungjawab mereka pada PRK Parlimen Rompin hari ini.
  
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, beliau gembira dengan peratusan keluar mengundi itu yang disifatkannya sebagai antara yang paling baik dicatatkan pada pengundian awal sesebuah PRK.
  
"Saya juga bersyukur kerana proses pengundian hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
  
Beliau juga berharap peratusan yang tinggi juga dapat dicapai pada hari pengundian biasa pada Selasa ini, melibatkan 52,744 pemilih berdaftar.
  
"Kerajaan negeri Pahang juga mengisytiharkan 5 Mei ini sebagai cuti peristiwa untuk memudahkan pengundi Rompin keluar mengundi. Jadi saya berharap mereka akan keluar beramai-ramai melaksanakan tanggungjawab mereka," katanya.  
  
Empat pusat pengundian awal ialah Dewan Seri Ibam, Skuadron 322 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Bukit Ibam, bilik rehat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, bilik maklumat Balai Polis Muadzam Shah dan bilik maklumat Balai Polis Tekek, Pulau Tioman.
  
Semua pusat pengundian dibuka pada 8 pagi, sebelum pusat pengundian di Balai Polis Muadzam Shah dan Balai Polis Tekek ditutup pada 2 petang kerana jumlah pengundi yang kecil di situ.
  
Pusat pengundian di Skuadron 322 TUDM Bukit Ibam dan IPD Rompin pula ditutup pada 5 petang.
  
Proses pengundian awal itu disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding pada PRK berkenaan, selain pemerhati tempatan yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik yang dilantik oleh SPR dengan kebenaran daripada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
  
Peti undi itu akan disimpan di lokap IPD Rompin dan proses pengiraan akan bermula 4 petang pada hari pengundian Selasa ini.
  
PRK Rompin menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Datuk Hasan Arifin dan calon Pas, Nazri Ahmad bagi mengisi kekosongan kerusi itu ekoran kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu. - Bernama
Anwar fail semakan ketepi sabitan liwat
  • Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim
1 / 1
PUTRAJAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, hari ini memfailkan permohonan semakan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara itu atas alasan wujud ketidakadilan.

Notis usul itu yang dilampirkan bersama-sama afidavit sokongan Anwar setebal sembilan muka surat difailkan di pusat sehenti Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan di sini hari ini oleh peguam belanya N. Surendran.

Dalam pemohonan itu, Anwar, 67, meminta Mahkamah Persekutuan membatalkan Peraturan 137, Peraturan-Peraturan Mahkamah Persekutuan 1995 untuk mengetepikan keputusan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan bagi kesalahan meliwat dan hukuman lima tahun penjara diputuskan terhadap Anwar oleh Mahkamah Rayuan.

Sebagai pilihan, beliau memohon Mahkamah Persekutuan mendengar semula rayuannya atas meritnya sendiri.

Dalam afidavit itu, Anwar berkata, penghakiman disampaikan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari tahun ini wajar disemak semula untuk mencegah ketidakadilan.

Beliau mendakwa kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada hari penghakiman Mahkamah Persekutuan dan tatalaku ketua pendakwa raya telah menyebabkan penghakiman Mahkamah Persekutuan itu tidak selamat dari segi objektifnya.

Dalam afidavitnya bagi menyokong permohonan semakan itu, Anwar mendakwa PMO telah mengeluarkan kenyataan mengulas sabitannya sebelum Mahkamah Persekutuan mendengar hujahnya terhadap hukumannya pada hari penghakiman itu disampaikan.

Beliau mendakwa waktu dan masa kenyataan itu dikeluarkan dan isi kandungannya memberikan tanggapan kepada orang awam bahawa PMO telah tahu keputusan kes itu malah sebelum ia diumumkan.

Katanya, bukan menjadi amalan PMO untuk mengeluarkan kenyataan seumpama itu dalam mana-mana rayuan kes jenayah lain dan tidak pernah berlaku dalam mana-mana kes pada masa lalu, dan menurutnya ia adalah tindakan luar biasa di pihak PMO yang telah menimbulkan prejudis serius terhadap dirinya.

Anwar juga menjadikan satu lagi alasan bagi permohonan semakan itu adalah tentang tatalaku Ketua Pendakwa Raya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang didakwa telah mengadakan jerayawara untuk menjelaskan kes 'liwat II' dan telah menyerang peribadinya, dengan itu telah mencemarkan keadilan perbicaraannya.

Beliau juga berkata, sabitan dan hukuman penjaranya patut diketepikan kerana Mahkamah Persekutuan telah gagal mengendalikan isu penting dan membuat inferens terhadap permaidani, kononnya tempat kejadian itu didakwa berlaku,  yang telah dipindahkan ke unit lain di kondominium itu.

Anwar, dalam afidavit itu, antara lain turut mendakwa Mahkamah Persekutuan tidak memberi perhatian terhadap keterangan berhubung konspirasi politik dan mahkamah juga tidak memberikan pertimbangan sewajarnya berhubung isu kredibiliti Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pada 10 Februari tahun ini, panel Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menolak rayuan terakhir Anwar terhadap sabitannya bagi kesalahan meliwat Mohd Saiful, 30, dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun diputuskan Mahkamah Rayuan terhadapnya.

Anwar didakwa melakukan kesalahan itu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Pada 7 Mac tahun lepas, Mahkamah Tinggi mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar selepas dipanggil membela diri.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh.

Turut hadir semasa memfailkan permohonan itu ialah anak Anwar yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah. - Bernama
Minyak naik, KPDNKK kata tunggu malam ini
  • minyak
1 / 1
SHAH ALAM -‎ "Tunggu malam inilah, lagi dua jam saja, harga yang baru kita tidak boleh cakap sekarang, tunggulah".

Demikian respon Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad ketika ditanya mengenai khabar angin kenaikan harga minyak RON95 yang dikatakan akan mengalami kenaikan sehingga RM0.20 iaitu dari RM1.95 seliter ke RM2.15 seliter sepertimana yang tersebar di media sosial.

Mengulas lanjut Alias berkata, untuk mengetahui sama ada khabar angin itu benar atau tidak beliau tegaskan bahawa semua pihak harus menunggu kenyataan rasmi daripada KPDNKK malam ini.

"Hendak tahu benar tidak benar kamu (Sinar Online) tunggu malam ini, ada perutusan, tunggu kita akan sampaikan," katanya ketika dihubungi Sinar Online.,

Sementara ketika ditanya mengenai laporan sebuah portal yang mengatakan harga minyak RON95 akan naik, beliau menafikan perkara tersebut.

"Tiada siapa (dari pihak KPDNKK) yang cakap, dia cuba buat  provoktif, " katanya.

Harga minyak negara akan disemak berdasarkan harga minyak dunia, kerajaan mulai 1 Disember 2014 telah memansuhkan subsidi untuk petrol RON95 dan diesel, mulai tarikh itu juga penetapan harga minyak runcit RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal.
Pemuda Pas beralah demi PRK
  • Pemuda Pas beralah demi PRK Yusni bersama pimpinan Pemuda Pas negeri dan Pusat menunjukkan kenyataan media yang dikeluarkan selepas persetujuan bersama di Markas Pas Pongsu Seribu.
1 / 1
KEPALA BATAS - Akhirnya Pemuda Pas Pulau Pinang mengalah dan menggerakkan semula jenteranya membantu kempen PRK Permatang Pauh dengan alasan bagi memastikan kerusi parlimen itu tidak jatuh kepada musuh PR. 
 
Sungguhpun begitu, ia masih mengekalkan desakan meminta AMK Pulau Pinang meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan biadab dan memfitnah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dua bulan lalu.  
 
Ketuanya, Mohd Yusni Md Piah berkata, keputusan bersama ahli jawatankuasa Pemuda negeri dicapai selepas menghadiri mesyuarat tergempar dengan Pemuda Pas Pusat yang disertai timbalan ketua, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan naib ketua, Ir Khairil Nizam Khirudin lewat malam kelmarin.
 
Beliau berkata, semua jentera yang direhatkan sebelum ini akan digerakkan semula untuk berkempen seperti biasa bagi menjamin kemenangan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 
 
“Pemuda Pas Pulau Pinang sebulat suara memutuskan untuk akur kepada arahan Pas Pusat bagi membantu gerak kerja PRK Permatang Pauh,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Pas Pulau Pinang di Pongsu Seribu, di sini, pagi semalam.
 
Turut hadir, Muhammad Khalil, Khairil Nizam, Timbalan Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd Hafiz Kasim dan setiausaha, Afnan Hamimi Taib Azamudden.
 
Pada 26 April lalu, Mohd Yusni berkata, Pemuda Pas Pulau Pinang kekal dengan pendirian merehatkan jentera untuk PRK Permatang Pauh berikutan kegagalan AMK Pulau Pinang memenuhi tuntutannya hingga hari penamaan calon.  
 
Ini kerana AMK Pulau Pinang gagal meminta maaf secara terbuka kepada Presiden Pas yang didakwa menjalinkan kerjasama dengan Umno dan meminta beliau meletak jawatan. 
 
Berikutan itu, semua jentera Pemuda Pas Pulau Pinang direhatkan dan tidak terlibat dalam urusan PRK Permatang Pauh walaupun masih menjalin kerjasama dengan rakan PR.   
 
Sehingga saat ini, AMK Pulau Pinang belum mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada untuk menarik balik kenyataan atau memohon maaf.
 
Mohd Yusni berkata, tindakan membantu jentera PR di Permatang Pauh tidak bermakna mereka akur dengan kenyataan AMK itu sebaliknya mematuhi arahan Majlis Syura Ulama yang menetapkan Pas masih lagi kekal dalam PR. 
 
“Kami tetap dengan pendirian sebelum ini tetapi pada masa sama tetap mahu mempertahankan kerusi Permatang Pauh. Tidak mahu kerusi terlepas dari PKR dan PR," katanya.
 
Ditanya sama ada tindakan itu disebabkan desakan pelbagai pihak dari dalam parti dan tangan ghaib, beliau menafikannya sebaliknya berkata, ia lebih kepada akur kepada arahan Pas Pusat.
Pas jadi bahan jenaka akibat u-turn
  • Pas
1 / 1
PRK Permatang Pauh mencatatkan sejarah tersendiri apabila Pas, parti yang tidak bertanding menjadi sebutan ramai dan lebih popular berbanding PKR. 
 
Dua kali Pas membuat kejutan dan menjadi tajuk muka depan kebanyakan media dalam tempoh seminggu ini. 
 
Pas Kawasan Permatang Pauh memecah kesunyian dan tembok halangan apabila membuat pusingan U dengan kembali menyokong PKR dalam pilihan raya ini walaupun sebelum ini bertegas dengan usul yang dibentangkan oleh Dewan Pemuda Pas Kawasan Permatang Pauh.
Sengketa itu selesai pada malam pengumuman nama calon PKR apabila kedua-dua belah pihak bertemu dan bersetuju berdamai melibatkan Yang Dipertua Pas Kawasan Permatang Pauh, Omar Hassan, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man Mat Aji.
 
Manakala PKR diwakili Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman. 
 
Omar berkata, pihaknya menerima persetujuan PKR iaitu semua pemimpin dan ahlinya yang beragama Islam akan menyokong pelaksanaan hudud yang dicadangkan Pas, manakala pemimpinnya yang bukan Islam tidak menyokong hukum itu.
Penduduk Kajang protes kehilangan Wan Azizah

  • Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Wan Azizah Wan Ismail
1 / 1
KAJANG - Ketika Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sibuk berkempen untuk bertanding PRK Parlimen Permatang Pauh, puluhan penduduk Taman Delima di sini pula berkumpul mempersoalkan khidmat wakil rakyat mereka itu.
  
Sambil mempertikaikan keupayaan Presiden PKR itu melaksanakan amanah, Bahtiar Mohd Annuar, 44, yang mengetuai piket tersebut berkata 'kehilangan' Dr Wan Azizah ketika mereka dilanda musibah merupakan perkara yang amat menyedihkan dan sukar untuk dimaaf.
  
"Selasa lepas berlaku ribut, 60 rumah penduduk rosak dengan atap diterbangkan angin dan semalam Kampung Sungai Kantan pula dilanda banjir, tetapi Wan Azizah langsung tidak muncul.
  
"Ketika penduduk sedang bersedih dengan apa yang berlaku, wakil rakyat yang diharap pula sibuk berceramah dan berkempen untuk dirinya di Permatang Pauh...ini yang kami kesalkan," katanya.
  
Bercakap bagi pihak 60 keluarga itu, Bahtiar berkata, beliau dan penduduk taman itu berharap Wan Azizah memikirkan kembali sumbangan yang diberikannya selepas memenangi kerusi itu pada Mac tahun lepas.  
  
Katanya, mereka juga mahu Dr Wan Azizah supaya tidak lagi menjadi 'orang yang menurut' perintah parti dan suami semata-mata sedangkan beliau turut mempunyai tanggungjawab besar menjaga kebajikan penduduk Kajang.
  
PRK Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Dr Wan Azizah, Suhaimi Sabudin daripada BN, Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas). - Bernama

BACAAN MAHADHI SEBENARNYA DIA SURUH PR KERJA LEBIH KUAT

PRK Permatang Pauh, Dr M kata BN menang
  • Tun Dr Mahathir Mohamad Tun Dr Mahathir Mohamad
1 / 1
KAJANG - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin PRK Permatang Pauh akan memihak kepada Umno-BN.

Namun katanya, punca kejayaan itu bukan disebabkan kekuatan BN, tetapi disebabkan kelemahan pihak lawan.

"Saya ingat Umno ada banyak peluang, saya ini orang Umno bukan hendak bagi Umno kalah, dan saya nampak ada peluang di Permatang Pauh pun kerana parti lawan berpecah, bukan kerana Umno-BN kuat.

"Kerana parti lawan bergaduh, sebab itu mereka kalah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan perdana di Institut Jerman-Malaysia di Kajang, hari ini.

Sementara mengulas mengenai peluang BN di PRK Rompin beliau juga yakin keputusan PRK di kawasan itu akan memihak kepada BN.

"Rompin kita ada peluang menang sebab nampak Pas lemah,‎" katanya.

PRK Rompin akan diadakan pada 5 Mei ini sementara PRK Permatang Pauh akan diadakan pada 7 Mei ini.

Warta Perdana, 29 April: Orang tak tahu apa Ahmad Maslan cakap, kata Dr M


SAYA CUMA BERTANYA


Wednesday, 29 April 2015

Dr M: Saya cuma tanya tentang Rosmah


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan beliau menyerang isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam salah satu tulisan dalam blognya.


Menurut bekas perdana itu, apa yang dibangkitkannya dalam tulisan itu hanya mengenai gaya hidup Datin Seri Rosmah Mansor yang kelihatan "mewah."

"Ada khabar angin mengatakan beliau (Rosmah) membelanjakan RM3 juta hanya untuk hiasan bunga-buangan (ketika majlis perkahwinan anaknya).

"Masalahnya ialah, orang bercerita. Ia mungkin salah atau betul. Itu jadi masalah," katanya.

Dr Mahathir bercakap kepada media selepas menyampaikan ucapan di Institut German - Malaysia di Kajang.
Wajar minta maaf kepada Abdul Hadi
  • Ahmad Yakob Ahmad Yakob
1 / 1
KOTA BHARU - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang wajar memohon maaf kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana menuduh Pas menjalin persahabatan dengan BN berhubung isu hudud, kata Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob.
  
Menteri Besar Kelantan itu berkata, Pas tidak mempunyai sebarang hubungan dengan BN dan kerjasama yang berlangsung pada ketika ini adalah melibatkan kerajaan negeri Kelantan dan kerajaan pusat.
  
"Sebenarnya tidak ada apa-apa hubungan (Pas) dengan Umno (dan BN). Pihak kerajaan negeri (Kelantan) dan (kerajaan) Persekutuan bersetuju mengadakan jawatankuasa teknikal (di peringkat pusat) bagi melihat bagaimana Akta 355 (bidang kuasa Mahkamah Syariah) boleh dibuat pindaan di peringkat Parlimen, itu sahaja.
  
"Mungkin bagi Pemuda (Pemuda Pas Pulau Pinang) itu satu tuduhan kepada presiden ... itu mungkin sebabnya (AMK perlu) minta maaf. (Ia) wajarlah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri Kelantan di Kota Darul Naim di sini, hari ini.
  
Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah sebelum ini berkata, sayap itu tidak akan turun berkempen membantu PKR dalam PRK Parlimen Permatang Pauh selepas AMK Pulau Pinang enggan memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan yang didakwa memfitnah Abdul Hadi.

Bagaimanapun, hari ini Mohd Yusni berkata, mereka membatalkan hasrat memboikot PRK Parlimen Permatang Pauh namun bertegas mahu AMK memohon maaf berhubung kenyataan mereka memfitnah pimpinan Pas.
  
Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihaknya akan terus menggesa AMK Pulau Pinang menarik balik tuduhan yang dilontarkan kepada Abdul Hadi serta meminta maaf kepada Presiden Pas itu.
  
"Dalam hal ini kami juga berpendirian bahawa pihak yang menyerang atau pihak yang mengeluarkan kenyataan awal kononnya Presiden Pas ini melakukan kerjasama dengan Umno perlu dan wajib meminta maaf dan menarik balik kenyataan mereka," katanya.
  
PRK Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Suhaimi Sabudin (BN), Azman Shah Othman (PRK) dan Salleh Isahak (Bebas).
      
PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Ahli Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekaligus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.
      
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat. - Bernama

Wednesday, April 29, 2015

Raja Bomoh Bakal Diwarta Sesat - Mufti Perak


Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan dalam mesyuaratnya semalam untuk mewartakan bomoh kontroversi Ibrahim Mat Zin, dikenali juga sebagai Raja Bomoh, sebagai sesat dan haram, lapor Berita Harian.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata keputusan itu dicapai setelah melihat amalan dan ajaran yang dibawa oleh bomoh tersebut yang didapati terpesong daripada ajaran Islam sebenar.

"Amalan dan ajaran Raja Bomoh itu bakal diwartakan haram dan sesat kerana terpesong daripada agama," beliau dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, menurut akhbar itu hari ini, jawatankuasa itu tidak dapat menjangkakan tarikh sebenar pewartaan tersebut kerana ia perlu melalui pelbagai proses.

Harussani berkata, antara proses tersebut ialah, jawatankuasa mufti perlu mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah dan ia perlu dibawa ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Raja Bomoh yang berpengalaman selama 50 tahun itu menjadi popular apabila terlibat memberi perkhidmatannya dalam beberapa kes bencana negara termasuk kejadian Highland Tower runtuh, kes pencarian mayat semasa banjir di Kuala Dipang, Kampar, Perak dan kes pembunuhan seorang ahli politik oleh Mona Fendy.

Terbaru, beliau mencetuskan kontroversi apabila menawarkan diri membantu mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang hilang tahun lalu.

Raja Bomoh itu mendakwa dijemput seorang pegawai tertinggi negara bagi menggunakan kaedah ilmu tradisional dan solat hajat.

Bagaimanapun, kehadiran beliau di KLIA, dengan melakukan ritual seperti yang digambarkan dalam filem P Ramlee 'Laksmana Do Re Mi' mengejutkan orang ramai hingga mengundang kritikan banyak pihak.

Ibrahim dan pembantunya datang ke KLIA pada hari pertama dengan sangkar dan teropong buluh untuk mencari pesawat itu, manakala pada hari kedua datang dengan buah kelapa dan “tikar terbang”.

Meskipun menerima kecaman, Ibrahim yang didakwa bomoh terkenal di kalangan pemimpin Umno, mempertahankan tindakannya dengan menegaskan upacara yang dilakukannya di KLIA itu menggunakan ayat suci Al-Quran dan berlandaskan syariat Islam. – The Malaysian Insider/29 April, 2015.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.