Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KENAIKAN YANG TERPAKSA AGAKNYA

Minyak naik: Kerajaan dera rakyat sebelum Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Kerajaan Umno BN disifatkan mendera rakyat khususnya umat Islam yang bakal menyambut 1 Syawal dengan hadiah kenaikan harga minyak berkuatkuasa 1 Julai (hari ini).

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Riduan Mohammad Nor berkata, kenaikan pada kali ini selepas kenaikan beberapa  bulan lalu adalah satu siri penderaan melampau oleh kerajaan yang tidak prihatin dengan masalah rakyat.

Bercakap kepada Harakah 30 Jun lalu, beliau berkata PAS kesal dengan keputusan kenaikan ini kerana rakyat sebenarnya sudah terlalu terbeban dengan himpitan kos hidup selepas 1 April dengan pelaksanaan GST.

"Kos hidup meningkat sedangkan kerajaan langsung tidak memberi apa apa bantuan khususnya kepada kakitangan awam. Bantuan raya RM500 hanya apa sangat yang boleh dibuat khasnya kepada mereka yang ramai anak.

"Selepas beri RM500 bantuan kakitangan awam beraya, kerajaan kutip semula dengan kenaikan harga minyak. Satu tangan memberi satu lagi tangan ambik semula," kata beliau lagi.

Sambil menyifatkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak terlalu boros dengan pembaziran dan projek yang gagal, Dr Riduan berkata kini semua kegagalan kerajaan mengurus kewangan negara dibebankan kepada rakyat dengan kenaikan harga minyak, GST dan pelbagai kenaikan caj perkhidmatan lain.

"Bayangkan sedang rakyat khasnya umat Islam berpuasa, tidak lama lagi sambut Aidilfitri tiba tiba kerajaan naikkan harga minyak. Terbantutlah kegembiraan rakyat mahu sambut Syawal," katanya lagi.

Pada 30 Jun kerajaan mengumumkan kenaikan harga Ron 95 dan Ron 97.

Kenaikan itu menjadikan harga minyak pilihan rakyat iaitu Ron 95 yang sebelum ini pada harga RM2.05 kini RM2.15.

Kenaikan ini mendapat kritikan umum dimedia sosial termasuk kecaman oleh Ketua Penerangan PAS yang baharu, Ustaz Nasruddin Hassan di twitter nya pada malam Rabu.
Masih gagal hasilkan keputusan isu PR Selangor

  •  Azmin Ali Azmin Ali - Foto Sinar Harian
1 / 2
SHAH ALAM - Perbincangan pemimpin DAP Selangor dengan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali hari ini tentang kemelut hubungan antara parti itu dengan Pas dalam kerajaan negeri tidak mencapai sebarang keputusan.

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata berikutan perjumpaan dengan Timbalan Presiden PKR selama hampir setengah jam itu, satu lagi perjumpaan akan diadakan selepas hari raya Aidilfitri.

Namun hasil daripada pertemuan itu, pihaknya kini lebih jelas mengenai kedudukan wakil-wakil daripada DAP, Pas dan PKR dalam pentadbiran kerajaan Selangor, katanya kepada pemberita di lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada pemimpin DAP menyokong pentadbiran Mohamed Azmin, Pua berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Adun Bukit Antarabangsa itu.

"Isunya bukan sebab kedudukan Azmin sebagai menteri besar. Kita ada bincang mengenai kedudukan Pas untuk kekalkan Selangor kepada PR namun tiada keputusan dicapai," katanya.

Sementara itu, Mohamed Azmin menafikan pentadbiran kerajaan Selangor dilanda kemelut seperti yang diuar-uarkan sebaliknya memberi jaminan akan terus membangunkan negeri ini.

Katanya pertemuan dengan DAP adalah perjumpaan berkala bagi membincangkan beberapa perkara dan menyifatkan ia berjalan dengan harmoni walaupun tidak mencapai sebarang keputusan.

Pada 16 Jun lepas, DAP mengisytiharkan PR yang terdiri daripada parti itu, PKR dan Pas tidak lagi wujud apabila Muktamar Pas baru-baru ini memutuskan hubungan dengan DAP dilihat 'membunuh' pakatan itu.

Namun, pada 21 Jun lepas, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail  berkata kerjasama dan semangat dalam menjalin hubungan kerja antara ketiga-tiga parti itu masih diteruskan.

Pas pula menerusi Majlis Syuranya setakat ini dijangka memuktamadkan cadangan memutuskan hubungan dengan DAP selepas Aidilfitri nanti. - Bernama

NAIK LAGI !

Harga runcit petrol RON95, RON97 naik

  • minyak
1 / 1
KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 naik 10 sen manakala RON97 sebanyak 20 sen seliter bagi Julai 2015 berkuat kuasa tengah malam ini.

"Namun harga diesel kekal pada RM2.05 seliter," kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia Datuk Zulkifli Mokti ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata harga baharu RON95 ialah RM2.15 seliter manakala RON97 sebanyak RM2.55 seliter selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Julai ini," katanya. - Bernama
Isu air: Hanya satu perkara belum selesai

  • Azmin Ali Azmin Ali
1 / 1
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor memberi jaminan proses penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri itu akan dapat dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat memandangkan hanya satu perkara lagi yang perlu diselesaikan.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu sedang cuba diselesaikan pihaknya dengan kerajaan Persekutuan setelah perbincangan lanjut dilakukan dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Kettha) minggu lepas.

"Saya sudah jumpa menteri (Datuk Seri Dr Maximus Ongkili) untuk bincangkan tiga perkara yang masih dipertikai dan ia dapat diselesaikan. Namun satu saja perkara lagi belum dipersetujui kedua-dua pihak. Saya sendiri sudah berjumpa dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk minta pandangan tentang pendekatan yang kita ambil dalam hal itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin enggan menyatakan perkara yang sedang cuba diselesaikan itu.

Pada 17 Jun lepas, kerajaan Persekutuan menggesa kerajaan Selangor meneruskan kerjasama bagi menjayakan penstrukturan dan pelaksanaan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) seperti yang telah dipersetujui kepimpinan negeri sebelum ini.

Menurut Ongkili, sekiranya perjanjian tersebut masih tidak menemui jalan penyelesaian, kerajaan Persekutuan boleh mengambil alih kawalan operasi pengagihan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mengikut Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

Tindakan itu adalah susulan daripada penangguhan beberapa kali yang dibuat Mohamed Azmin termasuk kemungkinan membatalkan perjanjian tersebut pada Mac lepas atas alasan Putrajaya melanggar terma Perjanjian Utama yang ditandatangani pada 12 Sept 2014.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Azmin berkata, pihaknya kini sedang bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan membina Projek Mitigasi 2 bagi mengalihkan bekalan air bersih dari kawasan utara Selangor ke selatan negeri itu.

Katanya, kerja tersebut yang dijangka siap pada September ini adalah bagi menampung permintaan tinggi bekalan air mentah di kawasan selatan Selangor selain mengelakkan daripada berlakunya catuan air.

"Kita alihkan air kerana kapasiti air di kawasan utara melebih permintaan dan menerusi projek ini, kita yakin dapat menangani masalah bekalan air pada masa depan.

"Cuma buat sementara waktu, bagi beberapa kawasan pada masa ini yang mengalami kekurangan bekalan, kita arahkan Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor) terus salurkan air bersih kepada pengguna," katanya.

Mohamed Azmin berkata, pihaknya turut membina tangki-tangki air di kawasan yang sering mengalami gangguan bekalan sebagai langkah jangka panjang menangani masalah tersebut.  - Bernama
Tanah TRX: TH masih buat penelitian

  • Datuk Seri Jamil Khir Baharom
1 / 1
KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) perlu melakukan penilaian teliti berhubung penjualan tanah milik lembaga itu di Tun Razak Exchange (TRX), di sini berikutan potensi tanah tersebut yang bernilai tinggi.
  
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata,‎ penilaian turut dilakukan bagi memastikan keterlibatan umat Islam secara berkumpulan dalam pembangunan ekonomi tanah berkenaan selepas penjualan itu.
  
"Tabung Haji telah menerima tawaran pembelian dan masih dalam peringkat perbincangan dengan pihak-pihak berkenaan," katanya semasa menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) di Dewan Negara di sini hari ini.
  
Berkenaan cadangan beberapa pihak yang meminta Tabung Haji mengkaji semula cadangan penjualan semula tanah itu, Jamil Khir berkata keputusan muktamad mengenai cadangan itu akan dirujuk kembali kepada anggota lembaga pengarah Tabung Haji.
  
Beliau menegaskan, Tabung Haji sentiasa berusaha memastikan setiap pelaburan syarikat itu patuh Syariah dan memperoleh keuntungan kompetitif demi kepentingan pendeposit.
  
Dalam pada itu, Jamil Khir berkata Tabung Haji dianggar membelanjakan sejumlah RM370 juta bagi pengurusan operasi ibadah haji seramai 22,320 jemaah bagi tahun ini.
  
Katanya, Tabung Haji juga turut mengekalkan kos bayaran haji sebanyak RM9,980 selama tujuh tahun berturut-turut sejak 2009 walaupun kos untuk menunaikan ibadat itu meningkat setiap tahun.
  
"Walaupun kos sebenar meningkat setiap tahun, di mana tahun ini kos sebenar yang sepatutnya ditanggung setiap jemaah ialah sebanyak RM17,270 tetapi perbezaan RM7,290 ditanggung oleh Tabung Haji," katanya.
  
Sementara itu, persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan usul RMK11 tanpa sebarang pindaan.
  
Usul itu yang mengandungi rancangan pembangunan lima tahun negara telah dibahaskan selama empat hari bermula 22 Jun lepas sebelum sesi penggulungan oleh kementerian berlangsung selama dua hari bermula semalam.
  
Usul RMK11, yang memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM260 bilion, merupakan langkah transformasi terakhir dalam menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020, dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21 Mei lepas.
  
Persidangan Dewan bersambung esok. - Bernama
Mara serah dokumen pembelian aset kepada SPRM

  • Annuar Musa Annuar Musa
1 / 1
KOTA BHARU - Dokumen berkaitan pembelian aset oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) di luar negara telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk proses siasatan, kata Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata dokumen tersebut termasuklah tiga hartanah yang didakwa dibeli secara meragukan di Melbourne, Australia.

"Jadi biarlah penyiasatan berjalan. Kita tak ada apa nak disembunyikan," katanya kepada pemberita selepas selepas majlis penyerahan zakat kepada 380 orang penerima dalam kawasan Parlimen Ketereh di sini, hari ini.

Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh menegaskan pihaknya tidak akan menyembunyikan apa-apa perkara berhubung pembelian aset Mara di luar negara dan akan bekerjasama dengan pelbagai pihak jika diminta berbuat demikian.

Akhbar Australia, The Age baru-baru ini melaporkan seorang pegawai tinggi Mara, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan berjuta-juta dana kerajaan untuk membeli satu blok apartmen di Melbourne dalam penipuan hartanah.  

Akhbar itu mendakwa 'sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya' terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok apartmen di bandar raya itu pada 2013.

Ketiga-tiga pegawai itu didakwa 'membida lebih tinggi' bagi bangunan itu dikenali 'Dudley International House', daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta), dengan wang perbezaan itu dijadikan sebagai rasuah di tanah air.

Dudley International House merupakan asrama pelajar, dibeli oleh Mara yang menyediakan biasiswa pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di luar negara.

Bangunan Dudley International House setinggi lima tingkat di subbandar East Caulfield menempatkan 115 pelajar Mara di Monash University. - Bernama

ANUAR IBRAHIM SAKIT SERIUS DALAM PENJARA ?

PM mahu Anwar diberi rawatan sewajarnya
  • Najib Najib Tun Razak
1 / 1
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyatakan bahawa beliau mengambil maklum mengenai perkembangan kesihatan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam penjara.

Katanya, beliau akan pastikan Anwar menerima rawatan sekiranya kesihatan Anwar terus-menerus merosot.

“Saya ambil maklum kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya mahu pihak berkenaan mempastikan beliau menerima rawatan sewajarnya,” katanya menerusi laman sosial Facebook rasminya.

Terdahulu memetik kenyataan akhbar peguamnya, Sivarasa Rasiah dan Jared Genser berkata, tahap kesihatan Anwar kini semakin teruk dan amat membimbangkan.

Sivarasa dan Genser berkata, Anwar kehilangan 6 kilogram sejak penahanannya pada 10 Februari dan mengalami tekanan darah yang tidak menentu serta ada ketumbuhan 4 sentimeter di buah pinggang, otot bahu yang terkoyak dan artritis kronik.

Anwar kini ditempatkan di penjara Sungai Buloh, selepas dijatuhkan hukuman selama lima tahun selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Syaiful Bukhari Azlan.

PAS SELANGOR WAJIB DIPERKOKOH, ADA ORANG NAK CILOK AHLI

Ahli-ahli PAS mesti 'terjun' ke dalam masyarakat


Ahli-ahli PAS adalah diingatkan agar tidak hanya menumpukan perhatian kepada program-program dalaman sahaja.

Walaupun program-program pembinaan dan pengukuhan ahli teramat penting tetapi jangan pula rakyat dilupakan.

Program-program yang khusus untuk rakyat perlu sentiasa dianjurkan. Atau program-program yang inklusif yang membolehkan masyarakat turut bersama.

Mereka tidak seharusnya "syok sendiri" jika program-program dihadiri oleh begitu ramai ahli tetapi kurang mendapat perhatian daripada masyarakat.

Ahli-ahli mesti "terjun" ke dalam masyarakat. Merasai keperitan yang dilalui mereka. Memahami hasrat dan keperluan mereka.

Tidak hanya sekadar menganjurkan program-program "touch and go" yang semata-mata bertujuan untuk mendapat "political mileage".

PAS adalah juga parti dakwah. Dakwah bukan hanya kepada ahli-ahli tetapi kepada seluruh rakyat.

Islam adalah rahmat untuk semua. PAS juga mesti menjadi rahmat untuk semua. Bukan sahaja untuk orang PAS dan orang Islam tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Terutamanya di dalam bulan Ramadhan di mana rahmat Islam mesti dirasai oleh semua. Sesuai dengan Ramadhan sebagai bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat.

Oleh itu, PAS mesti menjadi parti inklusif bukan parti eksklusif. Ia mesti memberi peluang kepada semua untuk beperanan. Mengambil kira pandangan semua dan bukan pandangan ahli-ahli dan kelompok tertentu sahaja.

Tidak hanya terpesona dengan pujian-pujian tetapi mengiktiraf realiti suasana politik masakini. Berusaha untuk menangani semua cabaran agar PAS terus unggul di dalam persada politik tanah air.

Dato' Iskandar A. SamadNaib Presiden PAS
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
30 Jun 2015

TALIAN HAYAT 18 BULAN ? LEPAS TU NO HAYAT

Presiden Umno tidak perlu talian hayat
  • Mustapha Yaakub Mustapha Yaakub
1 / 1
SHAH ALAM - Veteran Umno menegaskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu talian hayat untuk meneruskan kepimpinan beliau sebagai presiden dalam parti itu.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, pengumuman penangguhan pemilihan Umno bukan sesuatu yang luar kerana sebelum ini perlu berlaku.

“… Jadi kalau ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu maka bermakna mereka tidak faham dengan peruntukan dalam perlembagaan itu.



“Tuduhan mengatakan keputusan itu untuk melanjutkan kepimpinan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak juga tidak betul. Najib tidak perlu talian hayat untuk mengekalkan jawatan presiden. Sama ada pemilihan itu tahun ini atau tahun depan atau tahun 2018, tiada siapa yang mampu mengalahkan Najib,” katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Najib mengumumkan penangguhan 18 bulan bagi pemilihan jawatan Majlis Tertinggi (MT) di peringkat Bahagian dan Cawangan Umno, baru-baru ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib umum tangguh pemilihan Umno]

Najib, yang juga Perdana Menteri berkata, penangguhan tersebut selaras dengan fasal 10.16 Perlembagaan Parti yang memberi hak kepada MT untuk menangguhkan pemilihan tersebut.

Mengulas lanjut, Mustapha berkata veteran melihat keputusan menangguhkan pemilihan itu sebagai usaha untuk menguatkan 'solidariti' dalaman Umno yang sekarang goyah akibat isu-isu semasa dan serangan dari luar dan dalam parti.

“Oleh itu, Veteran Umno mengharapkan semua MT akan turun padang untuk bertemu ahli dan menjawab ketidakpuasan hati mereka terhadap kepimpinan tertinggi.

“Kita tidak mahu lagi melihat hanya beberapa kerat MT saja yang turun padang berdepan dengan kepimpinan bahagian dan cawangan mendengar masalah, rungutan dan rasa terkilan ahli terhadap pucuk pimpinan dan Kerajaan,” katanya.

Katanya, tempuh penangguhan ini hendaklah digunakan sepenuhnya di dalam pemulihan 'solidariti' di semua peringkat di seluruh negara.

PENANGGUHAN SEBAB RAKYAT SUDAH HILANG KEPERCAYAAN DENGAN UMNO

Tangguh pemilihan: Dua biro Umno adakan mesyuarat
  • Hishammuddin Tun Hussein Hishammuddin Tun Hussein. - Foto Sinar Harian oleh SHARUFUDIN
1 / 1
KUALA LUMPUR - Biro Perlembagaan dan Perundangan Umno‎ dijangka mengadakan mesyuarat dalam dua hari lagi bagi membincangkan penangguhan pemilihan Umno pada tahun hadapan selama 18 bulan oleh Majlis Tertinggi (MT) parti.
  
Naib Presiden Umno,  Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, selain itu mesyuarat berkenaan juga bakal membincangkan hala tuju serta bagaimana untuk memastikan proses perlembagaan dan pemilihan parti itu berjalan dengan lancar.
  
"Saya sebagai pengerusi biro agak lega kerana kita sekarang ni mempunyai masa untuk menambah baik pindaan perlembagaan Umno.
  
Rata-rata ramai yang mahukan ia ditangguh ... selain itu, kita juga dapat menerima maklum balas daripada ahli kita sehingga ke akar umbi," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
  
Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan Majlis Tertinggi Umno menangguhkan pemilihan bagi mengukuhkan parti dan memberi keutamaan kepada perkhidmatannya untuk rakyat.

Beliau yang juga Presiden Umnoberkata, penangguhan itu dibuat mengikut Fasal 10.16 perlembagaan parti yang memberi hak kepada MT untuk menangguhkan pemilihan di peringkat MT, bahagian dan cawangan. - Bernama
TMJ dapat hadiah jet sempena hari lahir
  • TMJ dapat hadiah jet sempena hari lahir Gambar yang dimuatnaik di laman Facebook Johor Sourthen Tigers.
1 / 1
TENGKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima sebuah jet daripada ayahandanya, Sultan Ibrahim sempena hari keputeraanya yang ke 31 hari ini.

Perkara tersebut dikongsi di laman Facebook Johor Southern Tigers dengan beberapa foto yang dimuatnaik menunjukkan TMJ bergambar bersama ayahandanya di hadapan jet tersebut.

"Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah mengucapkan selamat dan mendoakan saya sempena hari keputeraan saya," tulisnya di laman sosial Facebook itu.

Dalam pada itu, Tunku Ismail juga akan mengagihkan lembu di setiap daerah untuk berbuka puasa selain menghulurkan sedekah kepada anak-anak yatim dan golongan yang kurang berkemampuan di seluruh Johor.

"Demikianlah niat saya. Selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat," tulisnya lagi

Isnin 29 Jun 2015


CARA TERBAIK UNTUK AHLI ZIKRY DAN ZUHUD

Nik Aziz suruh kami balik lepas tarawih

  • Nik Aziz Nik Mat Nik Aziz
1 / 1
KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mengamalkan solat sunat tarawih sama seperti yang dilaksanakan di masjid atau surau di negara ini pada bulan Ramadan.

Menurut anak saudaranya, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, Allahyarham mengasingkan solat sunat tarawih dan solat sunat witir

"Mengimbas Ramadan, kalau nak sebut tentang rindu itu, saya rindu semasa solat tarawih dengan Allahyarham. Allahyarham mengajar kepada semua ahli keluarga, solat tarawih lapan rakaat tanpa ada witir di belakangnya.

"Setiap kali tarawih, Allahyarham akan sampaikan tazkirah selang empat rakaat dan selepas selesai empat rakaat lagi, beliau akan suruh baliklah," katanya kepada Sinar Online.

Ketika ditanya sebab Allahyarham mengasingkan solat sunat tarawih dan solat sunat witir, Ustaz Ahmad Dusuki berkata, ia bagi menggalakkan kita bangun malam untuk menunaikan solat sunat witir sebelum bersahur.

"Sudah menjadi satu budaya di mana beliau beritahu keluarga agar bangun pagi sebelum Subuh untuk solat sunat witir. Jadi, Allahyarham tidak solat sama seperti yang kita buat di masjid-masjid.

"Kerana beliau mahu galakkan supaya balik nanti jangan tidur sahaja..tidak bangun. Solat sunat witir itu ditunaikan pada waktu pagi sebelum sahur," ceritanya.

Ustaz Ahmad Dusuki yang juga menantu Nik Abdul Aziz akui merindu bacaan Allahyarham dan gaya pemimpin itu sepanjang hayatnya.

Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 13 Februari lalu d kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.

Jenazah Allahyarham disolatkan ribuan umat Islam yang datang dari seluruh negara di Masjid Pulau Melaka sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka.

tunggu le

Hubungan Pas-DAP, tunggu lepas Aidilfitri

  • DAP, Pas DAP, Pas
1 / 1
KUALA LUMPUR - Majlis Syura Pas dijangka memuktamadkan cadangan memutuskan hubungan dengan DAP selepas Aidilfitri nanti, kata Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamad.

Beliau berkata, ketika ini keanggotaan Majlis Syura masih belum lengkap.

"Sekarang ini hanya separuh daripada ahli Majlis Syura telah dilantik.

Mursyidul Am dan Timbalannya pun belum dilantik lagi selepas Muktamar Tahunan Pas 2015 baru-baru ini.

"Majlis Syura belum bermesyuarat. Mungkin selepas raya,” katanya kepada pemberita di perkarangan bangunan Majlis Amarah Rakyat (Mara) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status usul Dewan Ulama Pas Pusat yang disokong tanpa dibahaskan semasa muktamar lepas berkenaan cadangan memutuskan hubungan dengan DAP.

Mahfodz, yang juga anggota Majlis Syura sesi 2011-2015 berkata, Dewan Ulama akan akur dengan apa jua keputusan muktamad Majlis Syura itu nanti.

"Sekarang ini usul itu belum dilaksana kerana yang hendak memutuskan itu Majlis Syura," katanya.

Terdahulu, Mahfodz bersama anggota Dewan Ulama yang lain menyerahkan memorandum kepada pengurusan Mara supaya siasatan penuh dan telus dapat dilakukan berhubung kes pembelian hartanah di Melbourne, Australia oleh Mara Inc. - Bernama

Lahir Pakatan 2.0 pengikut dari mana ?

Pas tunggu Pakatan 2.0 lahir baru respons

  • Idris Ahmad
1 / 1
KUALA LUMPUR - Pas mengambil sikap untuk tidak memberi sebarang respons terhadap ura-ura yang menyebut tentang 'kemunculan' Pakatan 2.0 yang dikaitkan dengan pemimpin progresif Pas yang menggelar diri mereka G18 selepas hari raya nanti.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, sehingga hari ini cerita menubuhkan Pakatan 2.0 masih belum jelas.

"Kita tak boleh kata apa lagi sebab tak lahir lagi. Dah lahir nanti baru boleh respons. Setakat ini kita pun tak tahu sebab tidak ada lagi pertubuhan baharu itu. Kita pun tak tahu nak ukur bagaimana.

Kadang-kadang yang pergi dengar itu mungkin orang Pas lagi yang mahu tahu, macam Pasma dulu lah. Sebab itu kita tak boleh beri komen apa," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Selasa laluu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkongsi gambar sekitar majlis berbuka puasa bersama pimpinan DAP dan Pas menulis bahawa, "walaupun keputusan Muktamar Pas untuk putus hubungan dengan DAP telah mematikan PR, tetapi malam ini (23 Jun) nampaknya beri harapan kepada kelahiran Pakatan 2.0."

Sementara itu, bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dipetik sebuah portal mengesahkan pertemuan malam tadi sambil menyifatkan ia berjalan dengan baik serta dihadiri pemimpin kanan PKR dan DAP.

"Ia sangat berjaya dengan semua pemimpin kanan menyertainya," sambil menambah G18 akan membuat pengumuman rasmi mengenai masa depan politik mereka  selepas Ramadan ini.

Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu ketika ditanya, sama ada pertemuan tersebut membincangkan tentang 'pakatan baharu', beliau hanya menjawab, "tunggulah lepas raya nanti".

masya Allah


Bayi perempuan ditinggalkan dekat tangga masjid 

29/06/2015 9:55pm

GEORGE TOWN - Tangisan kecil seorang bayi perempuan telah mengejutkan sekumpulan jemaah yang baru selesai menunaikan solat Maghrib di Masjid Jamek Sungai Gelugor di sini sebentar tadi.

Bayi yang dipercayai berusia kurang seminggu itu ditemui dalam keadaan dibaluti dengan kain di atas lantai simen berdekatan tangga masjid kira-kira pukul 8.05 malam. - KOSMO!

Peragut, anak siapa mu ?

Mangsa nekad kejar peragut

  • Mangsa nekad kejar peragut Keadaan suspek yang ditangkap orang ramai.
1 / 1
LUBOK JONG - Seorang Pembantu Pemaju Masyarakat Tabika Kemas Lubok Jong nekad mengejar sambil menjerit ke arah seorang pemuda, yang meragut dompetnya dekat simpang tiga Pondok Polis Repek, jam 2 petang semalam.

Mazrina Mazlan, 26, berkata, dia baru sahaja mengambil adik sepupunya yang berusia sembilan tahun di Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang dengan menunggang motosikal.

Menurutnya, setibanya di tempat kejadian, dia terkejut apabila lelaki berkenaan mengambil beg yang diletakkan di dalam raga motosikalnya.

"Saya terlalu terkejut dan geram dengan tindakannya sehingga saya menunggang motosikal dalam keadaan merbahaya dan hampir dilanggar kereta dari arah bertentangan.

"Ketika itu sebuah kereta Unit Pencegah Penyeludupan mendengar jeritan saya, turut mengekori suspek sehingga ke Kampung Tali Sauh, Lubok Jong berdekatan Taman Tengku Anis," katanya.

Namun Mazrina berkata, mereka mendapati motosikal yang digunakan oleh suspek terbalik di kawasan semak manakala suspek berjaya melarikan diri.

Tidak lama kemudian, Mazrina berkata, atas bantuan penduduk kampung, suspek berjaya ditahan dan mendapat semula dompet berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, seorang pemuda ditahan penduduk kampung dalam keadaan berlumuran darah di kepala.

Menurutnya, suspek berada dalam keadaan stabil selepas mendapatkan rawatan di Hospital  Pasir Mas sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

"Suspek yang panik selepas mendapati diekori pihak berkuasa, disyaki  terjatuh dari motosikal, mengalami patah tangan kiri, patah pergelangan tangan kanan  cedera di bahagian atas kepala dan luka pada betis kaki kanan.

"Kes ini disiasatan mengikut sekyen 392 Kanun Keseksaan kerana menyamun," katanya.
Dewan Ulama gesa siasatan telus terhadap Mara Inc
  • Dewan Ulama gesa siasatan telus terhadap Mara Inc Suhaimi (kiri) menerima memorandum daripada Mahfodz (dua dari kanan) di hadapan bangunan Mara di sini, hari ini.
1 / 1
KUALA LUMPUR - Dewan Ulama Pas Pusat hari ini menggesa agar siasatan segera dijalankan dengan telus dan jujur berkaitan tuduhan rasuah terhadap syarikat subsidiari Majlis Amanah Rakyat (Mara), Mara Incorporate Sdn Bhd (Mara Inc).

Ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohammad berkata, laporan akhbar Australia, The Age itu menunjukkan rakyat telah disembunyikan maklumat oleh kerajaan selama ini sedangkan kes itu berlaku pada 2013.

"Dewan Ulama Pas Pusat amat menyesali perkara ini sekiranya benar sebagaimana dilaporkan The Age dan ini menunjukkan rakyat disembunyikan fakta sebenar oleh kerajaan dan Mara. Rakyat sepatutnya berhak untuk mengetahui hal seumpama ini terutamanya apabila melibatkan dana awam serta kepentingan negara.

"Oleh itu, Dewan Ulama menuntut siasatan yang telus dan jujur terhadap dakwaan rasuah itu," katanya padda sidang media di hadapan bangunan Mara selepas menyerahkan memorandum kepada Mara, hari ini.

Memorandum tersebut diterima oleh Setiausaha Majlis Mara, Suhaimi Zainuddin untuk diserahkan kepada pihak pengurusan Mara.

Dalam memorandum itu menggariskan beberapa kewajaran siasatan itu dijalankan secara telus dan jujur termasuk kerana ia melibatkan integriti pegawai-pegawai yang telah diberi amanah.

"...negara tidak sunyi dari isu penyelewengan pengurusan wang negara menyebabkan usaha Malaysia untuk menjadi negara maju mungkin hhanya mimpi indah sahaja.

"Siasatan dan tindakan seterusnya amat penting untuk memastikan tindakan yang tegas oleh kerajaan bagi menghentikan salahlaku dan penyelewengan beberapa institusi kewangan gergasi yang melibatkan dana rakyat dan awam," katanya.

Beliau turut berharap agar pesalah dikenakan hukuman seadil dan sewajarnya agar ia menjadi pengajaran dan tidak berulang lagi.

Namun, beliau sempat memberi amaran bahawa pihaknya tidak akan berdiam diri sekiranya pihak Mara dan kerajaan hanya berpeluk tubuh terhadap isu tersebut.

Sebelum ini, ahkbar Australia, The Age melaporkan seorang pegawai tinggi Mara, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan berjuta-juta dana kerajaan untuk membeli satu blok pangsapuri di Melbourne, Australia dalam penipuan
hartanah.

Akhbar itu mendakwa 'sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya' terlebih bayar sebanyak RM13.8 juta bagi blok pangsapuri di bandaraya itu pada 2013.

Ketiga-tiga individu itu didakwa membida lebih tinggi bagi bangunan yang dikenali 'Dudley International House' daripada A$17.8 juta kepada A$22.5d juta dengan wang perbezaan itu dijadikan sebagai rasuah di tanah air.

Dudley International House merupakan asrama pelajar dibeli oleh Mara yang menyediakan biasiswa pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di luar negara.

OOOOO EKAU YANG BAWA USUL, UMNO NOGORI DAH LUMPUH KOOO ! PADAN MUKOOOO !

Saya yang cadang tangguh pemilihan

  • Mohamad Hasan
1 / 1
SEREMBAN - Bukan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang membawa usul menangguhkan pemilihan parti, sebaliknya ia adalah suara yang dipersetujui oleh ahli Majlis Tertinggi parti yang telah dibincangkan bersama.

Malah Pengerusi Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengaku bahawa beliau yang mengetengahkan usul tersebut.

"Usul itu bukan Presiden Datuk Najib yang bawa, tapi saya yang bawa perkara itu, biarlah saya yang bertanggungjawab.

"Tidak sesuai diadakan pemilihan kerana saya percaya bila adanya pemilihan akan wujud perpecahan, ada pasukan...jangan sesiapa pun menafikan.

"Bila ada yang tak dapat tempat atau kalah, akan mengajuk atau menyimpan dendam pada parti yang akhirnya akan beri kesan pada kita," katanya.

Menurutnya, perkara paling penting ketika ini adalah usaha mengukuhkan parti sekaligus memastikan Umno dan BN menang pada PRU14 nanti.
 
[ARTIKEL BERKAITAN: Najib umum tangguh pemilihan Umno]
 
Jumaat lalu, Najib mengumumkan  penangguhan 18 bulan bagi pemilihan jawatan selaras dengan fasal 10.16 Perlembagaan Parti yang memberi hak kepada MT untuk menangguhkan pemilihan tersebut.
 
Penangguhan pemilihan di kedua-dua peringkat ini tidak lebih dari 18 bulan dari tarikh sepatutnya pemilihan tersebut dilakukan.
 
MT mahu supaya kerajaan diberi masa menangani segala permasalahan dan cabaran sekaligus membuktikan komitmen Umno dan kerajaan kepada urus tadbir yang tulus dan telus‎.
 

SAMSENG JALAN RAYA MENINGKAT

Gaduh sampai bawa keluar kerambit

  • Gaduh sampai bawa keluar kerambit Sedutan video menunjukkan senjata yang didakwa sebuah kerambit (bulatan merah).
1 / 1
SHAH ALAM - Sebuah video yang dimuatnaik kurang 24 jam lepas menampilkan seorang lelaki berbaju belang menggertak dan memukul seorang pengguna jalan raya kini viral.
 
Dalam kejadian yang didakwa berlaku di USJ 1, Subang Jaya semalam, lelaki berkenaan juga dilihat membawa keluar sebuah senjata, disyaki sebuah kerambit.
 
Keadaan tersebut berterusan dengan pergaduhan mulut, sebelum lelaki berbaju belang berkenaan memukul kepala mangsa.
 
Seorang lagi lelaki yang berbaju merah kemudian dilihat cuba meleraikan pergaduhan dengan memegang lelaki berbaju belang terbabit.
 
Sementara itu, dua orang wanita juga keluar dari kereta yang dipandu lelaki berbaju belang berkenaan untuk membantu meleraikan pergaduhan.
 
Punca kejadian tersebut bagaimanapun gagal dipastikan.
 
Video tersebut kini sudah ditonton lebih 30,000 pelayar dan rata-rata mengecam tindakan samseng lelaki berbaju belang berkenaan.
 
"Walau apapun punca kejadian, anda tidak berhak untuk memukul pengguna jalanraya yang lain!" kata Muammar.
 
"Dah boleh dituduh (atas) menghalang lalu lintas, dituduh memukul orang. Fuh boleh tidur (dalam) lokap ni. Ajarkan sikit dan maklum 1 Malaysia biar orang tahu undang-undang. Bukan suka hati je nak pukul orang," kata Ahmad.
 
"Kelakar apabila isteri (lelaki berbaju belang) keluar untuk bantu suaminya tapi tidak keluar untuk menghalang suaminya memegang kepala mangsa," kata Lee.

Isnin, 29 Jun 2015

PEMIMPIN ISLAM DI HINA LAGI



PEMiMPi


MELAYU iSLAM 



DiHINA LAGi

Nilai hartanah Melbourne melambung, terdapat rasuah, dokumen bukti, kata The Age

Beberapa penilai hartanah bagi pangsapuri Dudley International House di Melbourne membuat perakuan bersumpah berhubung peningkatan nilai hartanah berkenaan sekali gus menepis dakwaan Majlis Amanah Rakyat (Mara), mereka membayar lebih rendah daripada harga pasaran, kata The Age.

Wartawan dan pengarang serantau akhbar Australia itu memberitahu The Malaysian Insider, berdasarkan bukti yang mereka perolehi dalam mendedahkan transaksi membuktikan "terdapat keraguan yang munasabah" ke atas kenaikan harga dan amalan rasuah melibatkan pegawai Malaysia.


"Dakwaan nilai hartanah tidak melambung adalah palsu. Penilai mengakui dalam perakuan bersumpah di mahkamah harganya meningkat daripada AS$17.8 juta kepada AS$22.5 juta," wartawan Nick McKenzie memberitahu The Malaysian Insider dalam emel yang dihantarnya semalam.

 McKenzie berkata, akhbar itu juga mempunyai "invois palsu" bagi membuktikan sememangnya terdapat amalan rasuah.

"Kertas kerja ini semua juga boleh diberikan kepada pihak berkuasa Malaysia. Ia sudah berada di tangan polis persekutuan Australia," katanya.

Pembongkaran itu susulan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang berjanji untuk mendedahkan lebih banyak bukti mengenai perjanjian berkenaan pada satu sidang media pagi ini.

The Age sebelum ini melaporkan, hartanah itu dibeli anak syarikat Mara, Mara Inc dengan harga RM63.5 juta, walaupun ia bernilai RM51 juta ketika pembelian dilakukan. Bakinya, kata akhbar itu, adalah sogokan kepada beberapa pegawai kanan Mara yang sudah dibawa pulang ke tanah air.

Pengerusi Mara Tan Sri Annuar Musa dalam satu temu bual baru-baru ini berkata, nilai hartanah itu sebenarnya bernilai RM71 juta ketika pembelian dilakukan.

Pada sidang media pertamanya selepas kontroversi pembelian hartanah di Melbourne yang didedahkan akhbar harian Australia itu, Annuar berkata pembelian berkenaan diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi kemudiannya menafikan dakwaan tersebut.

Najib kemudiannya berkata, pembelian itu diluluskan secara konsensus Majlis Ekonomi yang dipengerusikannya sendiri.

Dalam satu temu bual lain bersama RTM beberapa hari kemudian, Annuar berkata Mara tidak kehilangan apa-apa wang selepas pembelian hartanah itu kerana nilai pasarannya jauh lebih tinggi berbanding harga pembelian.

"Jika kita mengetahui yang hartanah itu bernilai RM51 juta seperti dilaporkan media, sudah tentu kita akan melakukan tawar-menawar untuk mendapatkan harga yang lebih rendah," katanya.

"Kita tidak kehilangan wang, kita buat wang," katanya.

Bagaimanapun dakwaan itu juga dinafikan Pengarang Asia Pasifik The Age dan Sydney Morning Herald John Garnaut.

KAH KAH KAH
woit
ini surat khabar kapir
mana boleh percaya
wartawan tak tutup urat
wartawan makan babi
wartawan usik anjing
ini hina dan fitnah pemimpin melayu
ini hina pemimpin islam
ini hina raja raja melayu
mana pahlawan melayu
mana pahlawan bugis
bila nak saman akhbar ni
PUNDAK MUNDAK



-------------

SUDAHLAH TAK FAHAM, JADI BATU API PULAAAAK !

ORANG MELAYU MEMANG TAK FAHAM TENTANG SYA'ER ARAB, LALU MEREKA GAGAH JUGA BUAT KOMEN YANG NEGATIF BAGI PEHAK PENENTANG HUKUM TUHAN, DEPA NI PUN SAMA MACAM PENENTANG HUKUM TUHAN JUGA, SIKITPUN TIADA BEZA, DALAM QURAN ALLAH ADA SEBUT "SEBURUK-BURUK BINATANG YANG MELATA DISISI ALLAH IALAH MANUSIA YANG TIDAK MAHU BERIMAN" ERTINYA JIKA SEBURUK-BURUK BINATANG ITU BUKAN ANJING ATAU SRIGALA AKAN TETAPI LEBEH BURUK DARI ANJING DAN SRIGALA, - Pak Karamu

Hadi tidak gelar orang lain anjing






  • Tuan Ibrahim Tuan Man Tuan Ibrahim
1 / 1


SHAH ALAM - Ucapan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi di Kepala Batas, Pulau Pinang kelmarin bukan bertujuan menggelar orang lain sebagai anjing. 

 

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebaliknya Abdul Hadi telah memetik sebuah syair Arab sebagai kiasan.

 

“Dalam syair itu menyebut biarlah serigala menyalak, tetapi kabilah akan teruskan perjalanan. Biasanya masyarakat Arab yang pergi berjalan di padang pasir akan berdepan dengan anjing atau serigala yang menyalak.

 

“Syair itu membawa maksud agar kabilah tidak takut dengan anjing dan serigala dan teruskan perjalanan. Jadi ia sebagai kiasan atau kata-kata semangat kepada kita agar jangat cepat menyerah dalam perjuangan walaupun ada banyak cabaran,” katanya.

 

Menurutnya, beliau turut berada dalam ceramah tersebut dan ucapan Abdul Hadi perlu dilihat dalam konteks menyeluruh.

 

“Saya harap semua faham, ucapan ini bukan mengejek atau gelar sesiapa sebagai anjing. 

 

“Ceramah Abdul Hadi berlangsung satu jam setengah, jadi tak boleh kita ambil satu patah perkataan saja lalu perbesarkannya. Sebab bidalan itu perlu dilihat konteks kiasan,” katanya.

 

Katanya, Abdul Hadi juga tidak menyebut mana-mana pihak dalam ucapannya itu.

 

“Ucapan beliau umum, tidak ditujukan atau menyebut mana-mana individu, kumpulan atau parti. Jadi, tidak perlu sesiapa terasa,” katanya.
Datuk Hamidah nafi hantar surat letak jawatan

  • Nafi hantar surat letak jawatan Status penafian yang dimuat naik oleh Hamidah dalam Facebook miliknya.
1 / 1
IPOH - Ketua Wanita Umno Gopeng, Datuk Hamidah Osman menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya beliau menghantar surat peletakan jawatan dalam Umno.

Beliau yang dihubungi Sinar Harian menegaskan tindakan itu sebagai fitnah terbaharu yang dilemparkan ke atasnya disebabkan kelantangannya terhadap isu syarikat 1MDB.

Menurutnya, mesej yang tersebar mengenai peletakan jawatannya itu diketahuinya malam kelmarin melalui rakan-rakan.

“Saya tak ambil serius sangat perkara ini. Ini lumrah dalam politik bila kita kritik pemimpin atasan, pasti ada yang tak senang dan langkah akhir mereka dengan fitnah saya.

“Memang tiada langsung kenyataan seperti itu dibuat malah berdasarkan nombor telefon dan gaya penulisan juga bukan dari saya,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai mesej mendakwa beliau dan adiknya, Hamizura Osman meletak jawatan dalam Umno yang menjadi viral dalam sosial.

Sementara itu, Hamizura berkata, beliau dan Hamidah sudah mengetahui tentang penyebaran mesej berkenaan lebih awal.

Katanya, setakat ini mereka berdua tidak merancang untuk mengambil tindakan terhadap penyebaran mesej itu.

“Saya yakin penyebaran mesej itu ada kaitan dengan kelantangan kami menyerang 1MDB dalam Facebook.

“Biarkan sahaja mereka. Kita tak nak buang masa cari dalang siapa yang sebarkan mesej itu tambahan bulan Ramadan yang mulia ini. Harap yang terlibat bertaubat,” katanya.

Sejak semalam, mesej yang menyatakan Hamidah dan Hamizura akan menghantar surat peletakan jawatan mereka kepada Setiausaha Agung Umno tersebar di laman sosial serta mengundang pelbagai reaksi.

Malah dalam satu status dimuat naik Hamidah dalam Facebook miliknya turut menafikan perkara itu berlaku dan menyifatkan ia sebagai perbuatan fitnah.

BONGKAAAAR !

Mara Inc didakwa ada 3 hartanah lain di Australia

  • Mara Inc didakwa ada 3 hartanah lain di Australia Rafizi (kiri) bersama Akmal Nasir menunjukkan bukti pembelian empat hartanah oleh Mara Inc di Australia pada sidang media di ibu pejabat NOW, Sungai Besi, Kuala Lumpur. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN.
1 / 1
KUALA LUMPUR - Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Nasional (NOW) hari ini mendedahkan tiga lagi hartanah yang didakwa dibeli oleh anak syarikat Majlis Amanah Raya (Mara), Mara Incorporated Sdn Bhd di Melbourne, Australia.
 
Pengarah Eksekutifnya, Rafizi Ramli mendakwa, dokumen dalaman Mara berbentuk taklimat kepada Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa menunjukkan Mara Inc mempunyai pegangan penuh tiga lagi hartanah lain iaitu 746 Swanston Street, 333 Exhibition Street dan 51 Queen Street.
 
"Saya berjaya mendapat satu dokumen dalaman Mara yang digunakan dalam satu taklimat kepada Annuar dan delegasi Mara mengenai pembelian hartanah itu.
 
"Taklimat itu diberikan pada 20 Mei 2014 di Melbourne, Australia dan selain dari Annuar sendiri, delegasi Mara itu turut disertai oleh Datuk Lam Allani iaitu individu yang dikaitkan bertanggungjawab dengan pembelian hartanah ini," katanya pada sidang media di ibu pejabat NOW, di sini, hari ini.
 
Terdahulu, akhbar Australia, The Age mendedahkan anak syarikat Mara itu membida harga lebih tinggi bagi memiliki blok apartmen Dudley International House AS$17.8 juta (RM51.5 juta) kepada A$22.5 juga (RM65 juta).
 
Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa dalam satu sidang media pada Rabu menjelaskan keputusan urus niaga itu dibuat pada Mac 2013 dan mengakui pembelian pangsapuri itu jauh lebih tinggi berbanding harga asal yang ditawarkan.
 
Mengulas lanjut, Rafizi juga berkata bagi tujuan mengaburi mata, Mara Inc didakwa menubuhkan beberapa syarikat untuk memiliki hartanah tersebut.
 
"Mara Inc menubuhkan satu syarikat milik penuh di luar pesisir pantai (Offshore company) yang didaftarkan di British Virgin Island (BVI) untuk memiliki dua hartanah itu (746 Swanston Street dan Dudley International House).
 
"Bagi dua lagi hartanah (333 Exhibition Street dan 51 Queen Street), Mara Inc menggunakan tiga lapisan syarikat di negara yang berbeza untuk memiliki hartanah itu," ujarnya.
 
Antara syarikat yang mempunyai pegangan hartanah dalam 333 Exhibition Street ialah Powerwell Holdings Limited di Labuan, Carlton Garden Pte Ltd di Singapura dan Quenville Pty Ltd di Australia.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.