Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Ahli Pas terlibat GHB dikenal pasti
Ahmad Yakob
Ahmad Yakob
KOTA BHARU - Pas Kelantan sedang mengenal pasti anggotanya yang terlibat dalam Harapan Baharu yang didakwa bakal ditubuhkan pada September depan oleh sebilangan pemimpin kanan parti itu yang tewas dalam pemilihan Muktamar Tahunan Pas ke-61 baru-baru ini.
 
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata pihaknya mempunyai 'mata dan telinga' di setiap cawangan yang akan memberi laporan kepada Pas negeri sebelum aduan rasmi dikemukakan kepada Jawatankuasa Tatatertib Pas Pusat untuk  tindakan lanjut.
 
"Kami sedang memerhati (ahli nak sertai Harapan Baharu). Kalau ikut perlembagaan‎ parti, negeri atau dewan-dewan boleh melapor kepada Pas pusat apabila ada anggotanya telah melakukan sesuatu perlanggaran akhlak dengan parti dan Jawatankuasa Tatatertib akan buat keputusan," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Pas cawangan Kedai Mulong di sini, malam tadi.
 
Pada majlis berkenaan, kira-kira 100 ahli Pas cawangan yang diketuai‎ Ketua Pas cawangan Kedai Mulong, Mohamad Abdullah turut melafazkan ikrar taat setia untuk terus bersama-sama dan mengukuhkan perjuangan parti.
 
Khamis lepas, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipetik sebagai‎ berkata, Pas akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemimpin dan ahli parti itu yang menghadiri siri jelajah anjuran Harapan Baharu.‎ - Bernama
Harap Kabinet baharu percepat hudud
Mohd Amar Nik Abdullah
KOTA BHARU - Pas Kelantan berharap pelantikan Kabinet baharu memberi ruang perbincangan luas kepada pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015).
Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata,  memandangkan pelantikan tersebut masih baru, biarlah soal Kabinet diselesaikan terlebih dahulu sebelum membincangkan harapan rakyat Kelantan itu.
“Kita kena tengok dulu macam mana, kita bagi masa Kabinet baharu ini selesai dulu. Tapi harapan kita dengan pelantikan Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki itu akan boleh membuka ruang yang lebih kepada perbincangan kita melaksanakan hudud.
“Sebab beliau (Asyraf) ada menyebut yang mana usaha untuk melaksanakan hudud ini boleh jadi kenyataan. Saya harap kenyataan itu dapat dipertahankan beliau,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau diminta mengulas mengenai harapan Kelantan untuk melaksanakan hudud selepas rombakan Kabinet berlaku.
Terdahulu, Dr Asyraf dilaporkan pernah membuat kenyataan bahawa mungkin kerajaan Pas Kelantan boleh menjadi model negeri pertama melaksanakan hudud di Malaysia.
Ini disokong oleh alasan yang mengatakan kepakaran yang ada pada barisan ulama Pas mampu menjalankan undang-undang tersebut dengan jayanya, apatah lagi selepas lebih 20 tahun enakmen tersebut diluluskan di Dun Kelantan.
AKAN MENYUSUL.
PM rombak kabinet lepas dapat mandat


PM rombak kabinet lepas dapat mandat
Datuk Abdul Aziz Kaprawi (kanan) pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Lembah Pantai ke-21 di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan rombakan kabinet termasuk pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri hanya selepas mendapat sokongan daripada 154 Ketua Umno Bahagian, pada Ahad lalu.

Demikian kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang mendedahkan perkara tersebut, sambil menegaskan Presiden Umno itu tidak membuat keputusan tersebut secara bersendirian.

"Sebelum Datuk Seri Najib gugurkan Muhyiddin, semua ketua Umno bahagian berhubung dalam media sosial Telegram bagaimana hendak atasi kenyataan Muhyiddin itu di Cheras.

"Akhirnya selepas tujuh jam berbincang, seluruh ketua Umno bahagian (154 orang) berpakat dan berpandangan beri mandat kepada Presiden untuk rombak kabinet," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Lembah Pantai ke-21 di sini, hari ini.

Rombakan kabinet kali ini menyaksikan seramai enam menteri dan sembilan timbalan menteri baharu dilantik, manakala jawatan Timbalan Perdana Menteri yang dikosongkan Muhyiddin digantikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Antara menteri baharu itu ialah Datuk Wilfred Madius Tangau, Datuk Hamzah Zainudin, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku JaafaR, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Sri Azalina Othman Said, Datuk Seri Ong Ka Chuan; dan Datuk Seri Dr. Mohd. Salleh Tun Said Keruak.

Manakala timbalan menteri baharu itu ialah Datuk Mohd Johari Baharum, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Senator Tuan Chong Sin Woon; Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Datuk Ahmad Jazlan Yaakob, Masir anak Kujat dan Johari Abdul Ghani.
Pertemuan tertutup Najib dengan pemimpin Umno
Najib
Najib Tun Razak

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno petang tadi dilaporkan mengadakan pertemuan secara tertutup di kediaman rasminya di Seri Perdana.

Memetik laporan Astro Awani, pertemuan itu dipercayai melibatkan pimpinan Umno negeri termasuk menteri-menteri besar dan menteri.

“Beberapa kenderaan dengan nombor plat Menteri Besar kelihatan memasuki kediaman rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sejak 5 petang tadi,” katanya.

Semalam, media melaporkan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dijadualkan berlangsung di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini telah dibatalkan tanpa memberikan sebab pembatalan tersebut.

Pembatalan itu turut melibatkan Majlis Taklimat Tertutup Isu-Isu Semasa oleh YAB Presiden dan majlis sambutan Hari Raya yang dijadualkan diadakan pada hari yang sama.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim turut ditemui sebelum memasuki pintu kediaman Najib.

Ditanya pemberita apa yang bakal dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan, beliau hanya menjawab, “macam-macam.”

Difahamkan isu rombakan Kabinet yang menyaksikan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan dan pelantikan Peguam Negara yang baharu akan dibincangkan
.

HIDUPKU MATIKU KERANA UMNO

'Saya tetap setia dengan Umno'
Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin


MUAR - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata kesetiaannya kepada Umno tetap utuh dan sama sekali tidak akan meninggalkan parti keramat itu untuk menyertai parti lain. 


Sehubungan itu, timbalan presiden Umno memberi ingatan kepada parti lain terutama pembangkang, agar tidak mengambil kesempatan untuk memujuknya   menyertai parti mereka kerana kesetiaannya kepada Umno sama sekali tidak berbelah bahagi. 


"Tak payah datanglah untuk memujuk saya (menyertai mana-mana parti) kerana itu semua tak layan.


"Saya 'totok (jati) setotok totoknya' (dalam perjuangan Umno) orang Melayu yang berjiwa Umno dan saya sama sekali tidak akan pecah amanah dalam perjuangan
(Umno)," katanya ketika berucap selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Panchor di sini, hari ini.



Sebelum itu Muhyiddin turut menyertai hampir 1,000 jemaah melakukan solat hajat dan tahlil di masjid itu.


Ucapan lebih 40 minit itu adalah yang pertama oleh Muhyiddin selepas beliau digugurkan daripada senarai Kabinet terbaharu yang diumumkan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa lepas, dan digantikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.



Kepulangan Muhyiddin ke Parlimen Pagoh yang juga pertama kali selepas rombakan Kabinet itu sangat dinanti-nantikan oleh penyokong dan pengundi beliau yang ingin mengetahui hala tuju perjuangannya selepas ini.


Anggota Parlimen Pagoh itu berkata beliau masih mempunyai tugas besar untuk perjuangan bangsa, agama dan negara kerana masih mempunyai jawatan sebagai timbalan presiden Umno.


"Saya masih ada tugas. Saya masih timbalan presiden Umno dan timbalan pengerusi Barisan Nasional (BN). Ini amanah saya untuk bantu presiden Umno.


Apa yang dilakukan untuk memajukan negara dan mahu rakyat terus menyokong parti demi agama dan negara," katanya.


Beliau berkata tugas dan amanah itu perlu digalas dengan baik tanpa mengira siapa pun yang menjadi presiden Umno.


"Timbalan presiden Umno adalah untuk bantu presiden Umno, tidak kira siapa perdana menteri termasuk Najib. Saya kena bantu bekerja dan bantu Majlis Tertinggi kerana keadaan (politik) hari ini tidak seperti dahulu. 


"Saya takut dengan keadaan hari ini jika tidak ada langkah tegas untuk menanganinya rakyat tidak akan percaya dengan kita lagi," kata Muhyiddin. 


Sehubungan itu, katanya, beliau berhak untuk pergi ke mana-mana bahagian Umno untuk merasmikan mesyuarat perwakilan bahagian kerana itu adalah sebahagian tugasnya sebagai timbalan presiden Umno.


Kepada penduduk di Parlimen Pagoh, Muhyiddin juga memberi jaminan perancangan besarnya untuk merealisasikan Hab Pendidikan Tinggi Pagoh akan terlaksana  juga walaupun beliau bukan lagi menteri pendidikan.


"Ini projek untuk rakyat dan bukannya projek peribadi dan saya berharap menteri berkenaan meneruskan projek ini," katanya.


Kata Muhyiddin lagi, sepanjang kariernya sebagai wakil rakyat di bahagian Pagoh selama 37 tahun, beliau telah melakukan tugas sebaik mungkin untuk memajukan kawasan itu.


"Yang penting rakyat boleh menilai apa yang saya buat selama ini," katanya.


Beliau kemudian mengulangi kenyataannya yang menerima dengan baik apa yang telah ditakdirkan terhadap dirinya kerana beliau yakin ada rahmat di sebalik penggugurannya daripada Kabinet itu.   


Sebelum itu, Muhyiddin mengadakan pertemuan tertutup dengan semua pemimpin Umno bahagian itu di Kompleks Seri Pekembar di sini.


Beliau turut melambai tangan kepada jurugambar yang hadir untuk merakamkan kehadirannya bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. - Bernama

ISHH TAK CAYE LA UMNO NAK BRONTAK, NANTI NAJIB PUJUK AMCAM ?

Friday, July 31, 2015


UMNO Johor Mula Memberontak!!


Pemberontakan akar umbi Umno bermula di Selatan tanah air pada ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang ke Pagoh hari ini selepas tiga pemimpin sayap bahagian di Johor mengumumkan peletakan jawatan mereka.


Dua ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda Umno Bahagian Tenggara hari ini meletakkan jawatan mereka susulan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Presiden Datuk Seri Najib Razak selepas tindakan drastiknya memecat Muhyiddin daripada Kabinet pada Selasa lalu.

"Peletakan jawatan ini kerana saya melihat perjuangan kepimpinan tertinggi pada hari ini terpesong jauh daripada perjuangan asal pemimpin-pemimpin terdahulu.

"Kes pemecatan Muhyiddin daripada Kabinet juga menyaksikan yang bercakap benar itu dicantas, yang membela rakyat akan dipecat," kata AJK Pemuda Umno Bahagian Tenggara Asrul Esreen Mohd Salleh dalam satu kenyataan menerusi Whatsapp hari ini.

Dalam kenyataan bersama itu, seorang lagi AJK daripada bahagian sama, Saiful Zakry Ripin juga mengumumkan peletakan jawatan daripada sayap parti tersebut.

Asrul membidas tindakan ke atas Muhyiddin sebagai pengkhianatan kepada perjuangan Umno yang sepatutnya mendengar keluhan rakyat.

"Perkara yang berlaku ini sangat ketara untuk rakyat seperti saya berasa pengkhianatan kepada bangsa saya, agama dan parti saya.

"Ini tidak sehaluan dengan perjuangan saya dan perjuangan pemimpin terdahulu, kepimpinan sekarang tidak banyak mendengar keluhan rakyat," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pemimpin sayap, Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Tebrau Suriyani Subar juga sudah meletakan jawatan pada 13 Julai lalu.

Surat peletakan tersebut sudah dihantar kepada Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Sementara itu, sumber memberitahu bakal terdapat lagi pemimpin akar umbi dari Johor khususnya daripada sayap parti yang bakal mengikut jejak sama.

Difahamkan, mereka tidak berpuas hati dengan cara layanan presiden terhadap Muhyiddin, pemimpin nombor 2 parti yang berasal dari Johor itu.

"Ini maruah orang Johor, bagaimana boleh seorang pemimpin nombor dua diberikan layanan begitu.

"Ramai lagi yang akan meletak jawatan, terutamanya daripada Johor," kata sumber Umno Johor itu.

Terdahulu sebelum kontroversi pemecatan Muhyiddin daripada Kabinet, penganjur kontroversi Nothing 2 Hide Datuk Khairul Anuar Rahmat juga sudah meletak jawatan selaku naib ketua Pemuda Umno Johor dan ketua Pemuda Umno Bahagian Kluang.

Selasa lalu, Najib mengumumkan barisan Kabinet baharunya tanpa Muhyiddin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal yang disingkirkan kerana tidak selari pandangan dalam isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin itu masih belum dipecat daripada Umno dan masih mengekalkan jawatan masing-masing.

Kedua-dua pemimpin difahamkan juga tidak berpuas hati dengan keputusan penyingkiran itu.

Muhyiddin ketika ini sedang berada di kawasan parlimennya, Pagoh, lawatan pertama selepas disingkir lapor The Malaysian Insider
Polis siasat Sarawak Report kerana sebar fitnah

Khalid Abu Bakar
Khalid Abu Bakar






































KUALA LUMPUR - Polis kini menjalankan siasatan terhadap portal berita Sarawak Report kerana disyaki menyebarkan fitnah dengan mendakwa kononnya wujud draf pertuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan dijalankan  kerana portal berita itu cuba menganggu gugat sistem demokrasi berparlimen di negara ini, mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan.
"Beberapa laporan polis mula diterima sejak semalam dan polis akan menjalankan siasatan terhadap fitnah dan dakwaan tidak berasas itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri dan turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Khalid menegaskan penafian terhadap laporan Sarawak Report telah dilakukan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan tidak perlu untuk polis memanggil beliau ataupun bekas Peguam Negara lain bagi mengambil keterangan berhubung perkara tersebut.

Peguam Negara hari ini menafikan kewujudan dokumen pertuduhan terhadap Najib dan tuduhan oleh Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dalam blog politik berita itu adalah palsu. - Bernama 

YANG PERCAYA TANPA PERIKSA BERITA TU MEMANG KAKI FITNAH

Pas nafi Hadi larang ahli sokong undi tak percaya
Pas


SHAH ALAM - Setiausaha Politik Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini tampil menafikan laporan sebuah akhbar tempatan yang memetik kononnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu melarang ahlinya menyokong undi tidak percaya di Parlimen nanti.

Menurut Dr Ahmad Samsuri, tajuk akhbar itu yang bertarikh hari ini salah dan mengelirukan.

“Presiden Pas menyebut bahawa undi tidak percaya di Parlimen adalah salah satu proses demokrasi.

Bagaimana pula ia telah di spin sedemikian rupa dengan tajuk dan isi yang bercanggahan dengan apa yang disebut oleh Presiden Pas. Pas akan menelitinya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, laporan itu disifatkan berniat jahat dan mempunyai agenda buruk.

“Melainkan akhbar itu berniat jahat dan mempunyai agenda pecah perintah. Kami mendesak pihak akhbar itu meminta maaf dan membuat pembetulan dalam masa 24 jam.

“Sekiranya enggan berbuat demikian, pihak kami akan mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.

Dalam kenyataan itu juga disertakan pautan sesi sidang media yang berlangsung di mana Abdul Hadi diminta memberi respons soal kemungkinan berlakunya undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen.

“Itu salah satu proses demokrasi. Biasa dalam amalan demokrasi, boleh dibuat undi kepercayaan dalam Parlimen, melalui Dun. Boleh dibuat dan melalui pilihan raya (juga) boleh dibuat. Itu proses demokrasi,” katanya
.

MENILAI KABINET BN YANG TERLALU AWAL

Masih terlalu awal, beri ruang Kabinet baharu
Masih awal, beri ruang Kabinet baharu Najib
Abdul Hadi (tengah) ketika menyempurnakan Ihtifal Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman di Tok Jiring, Kuala Nerus, semalam
KUALA NERUS – Pas ingin memberi ruang terlebih dahulu kepada barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melaksanakan tanggungjawab, sebelum memutuskan sebarang tindakan lanjut termasuk membuat undi tidak percaya terhadap pemimpin utama negara itu.


Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, masih terlalu awal untuk menghukum Kabinet baharu.


Mengenai pengguguran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula,  beliau berkata, ia merupakan masalah dalaman dan terpulang kepada parti itu sendiri.


“Pas mengikuti perubahan ini (rombakan Kabinet).. soal tukar orang (Muhyiddin) itu hal dalaman Umno dan terpulang kepada dia (PM).


“Masih terlalu awal untuk kita hukum (Kabinet baharu).. kita perlu beri ruang kepada mereka untuk menjalankan tugas dengan betul.. selesaikan masalah 1MDB.. masalah ekonomi negara.. masih banyak masalah yang perlu diselesaikan," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir menyempurnakan Ihtifal Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah (MTT) Darul Iman di Tok Jiring, di sini, semalam.


Jelas Abdul Hadi lagi, Pas bukan sebuah parti yang ingin merebut kuasa, sebaliknya ingin melaksanakan amanah rakyat dengan sebaiknya.


Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyifatkan beliau lebih cenderung terhadap Umno, Abdul Hadi menafikan dakwaan itu dan menurutnya beliau ingin menyelesaikan masalah rakyat.


“Saya tetap konsisten dengan pandangan saya (ingin membela rakyat),” katanya.


Turut ditanya sama ada Pas bersedia memberi ruang kepada Muhyiddin untuk sertai parti itu, Abdul Hadi menyerahkan kepada bekas timbalan perdana menteri itu untuk membuat keputusan. 


“Terpulang kepada Muhyiddin sendiri sama untuk membuat keputusan ingin bertindak seperti Tengku Razaleigh Hamzah atau Datuk Seri Anwar Ibrahim (keluar Umno) atau ingin kekal dalam Umno... itu terpulang kepada dia sendiri,” katanya.
Wang zakat: Aras buat laporan polis

Aras buat laporan polis
Sebahagian ahli Aras selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
 
SHAH ALAM - Satu laporan polis dibuat Angkatan Rakyat Sedar (Aras) berhubung isu pengagihan wang zakat bernilai RM5 juta oleh Kerajaan Selangor yang didakwa meragukan. 
 
Ahli Jawatankuasa Aras, Nasiruddin Mohamed berkata, isu tersebut perlu disiasat segera kerana melibatkan integriti sebuah anak syarikat kerajaan negeri iaitu Darul Ehsan Investment Group (DEIG).

Menurutnya, tindakan kerajaan negeri mengagihkan dana zakat RM5 juta melalui DEIG melalui jentera parti politik melibatkan pimpinan utama dan ketua-ketua cabang PKR dan bukannya menerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS) menimbulkan keraguan.

“Kita mempersoalkan senarai penerima yang disediakan DEIG. Adakah mereka benar-benar golongan asnaf yang layak terima zakat,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Nasiruddin berkata, pihaknya membuat laporan polis atas rasa keprihatinan mereka bahawa sepatutnya LZS yang menyelaras semua penerimaan dan pengagihan zakat, bukannya pihak yang tidak berkenaan kerana nilai RM5 juta adalah satu nilai yang besar.

Katanya lagi, pihaknya menuntut kerajaan negeri supaya menyenaraikan nama-nama penerima untuk kesemua wang zakat berjumlah RM5 juta tersebut jika benar mereka mengamalkan prinsip tadbir urus yang baik merangkumi ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti.

“Apa yang kita tahu sebanyak RM157,000 disalurkan di Pahang sebagaimana laporan sebuah akhbar tempatan pada 23 Julai lalu. 

“Soalnya, mana baki selebihnya disalurkan? Kita melihat pemberian zakat menjurus kepada rasuah untuk mengambil hati pemimpin PKR peringkat cabang," katanya.

Sehubungan itu, katanya lagi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat perkara ini bagi memastikan tiada elemen rasuah yang boleh mempengaruhi pemilihan PKR tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Soffan Affendi Aminudin berkata,  Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) dan anak-anak syarikatnya menguruskan aset-aset kerajaan negeri berlandaskan hukum syarak termasuk membuat pembayaran zakat perniagaan berdasarkan kepada keuntungan syarikat.

Sambil menegaskan perkara itu, katanya, segala proses-proses yang terlibat dalam hal-ehwal zakat sentiasa mematuhi kehendak syariah Islam dan mengamalkan tadbir urus korporat yang terbaik.

“Seperti sedia maklum, DEIG baru saja ditubuhkan pada bulan Mei lalu,  justeru tidak tertakluk kepada kehendak syarak untuk membayar zakat bagi tahun ini,” katanya.

CINA DAP MEMANG SELALU MEMULAKAN PERMUSUHAN

DAP YANG MULA-MULA MEMULAKAN PERMUSUHAN DENGAN PAS KERANA PAS MEMPERJUANGKAN DASAR TUHAN (AGAMA) KERANA PAS SEMEMANGNYA MENGAMBIL DASAR AGAMA UNTUK DIJADIKAN DASAR PERJUANGANNYA, MENCAMPURI URUSAN DASAR PAS SAMA SEKALI TIDAK BOLEH DITERIMA DAN IA ADALAH SEBAGAI MENGHINA PENGANUT ISLAM NAMUN UMAT ISLAM DI NEGARA INI KEBAL DAYUS, BAGI PAK KARAMU JIKA DAP NAK NAK BUAT KOMEN APA SAHAJA ITU TERSERAH KEPADANYA AKAN TETAPI JIKA DAP MEMUSUHI DASAP AGAMA YANG DIBAWA OLEH PAS MAKA ITU TIADA TOLAK ANSUR, SEKALI GUS DIA TELAH ISTIHARKAN DIRINYA SEBAGAI KAFIR HARBI DAN WAJIB DIPERANGI.
 
DAP TIADA ADAB, SIKAPNYA YANG SUKA MENCARI MUSUH TETAP MENJADI DENDAM YANG WAJIB DITERUSKAN, MEREKA SELALU MAIN SENTIMEN DAN SUKA MELAKUKAN PROVOKASI TERHADAP KAWAN DAN LAWAN MACAM MANUSIA YANG TIDAK ADA TAMADUN, DIA HANYA NAMPAK SALAH ORANG TAPI TIDAK NAMPAK SALAH SENDIRI. INGAT !!! BILA DAP MENUNJUKKAN SIKAP HARBI MAKA ITU MENUNJUKKAN IA SEBAGAI MUSUH YANG BERPANJANGAN  - Pak Karamu
 
 'Pas kini lebih suka kritik DAP'
Guan Eng melancarkan Kempen Larangan Menghidangkan Makanan Berasaskan Sirip Ikan Yu Dalam Semua Majlis Rasmi Kerajaan Pulau Pinang di pejabatnya, semalam
 
 
GEORGETOWN - Pas kini dilihat lebih berminat mengkritik DAP berbanding menumpukan pada isu lain yang melanda negara.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kenyataan yang dikeluarkan beberapa pemimpin tertinggi parti Islam itu menggambarkan mereka lebih condong kepada BN dan Umno.

“Ingin saya tegaskan, saya akan terus bersuara demi rakyat. Saya akan terus bersuara dalam mempertahankan dan membela prinsip dan kebenaran.

“Sekiranya tindakan saya ini (mengeluarkan kenyataan) menyebabkan saya akan kalah dalam pilihan raya umum nanti, saya terima. Saya akan terus perjuangkan keadilan dan memerangi rasuah,” katanya kepada media di pejabatnya, semalam.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian ketika mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menyifatkan beliau sebagai seorang yang terlalu banyak bercakap.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu dilaporkan berkata, Guan Eng dan DAP perlu belajar menyimpan kenyataan supaya tidak menyusahkan diri.

Guan Eng berkata, kenyataan itu menggambarkan seolah-olah Pas hanya tahu mengkritik DAP berbanding Umno dan BN.

“Kenyataan beliau (Mohd Amar) menggambarkan Pas sekarang hanya tahu nak kritik DAP sahaja, bukan (kritik) Perdana Menteri, isu 1MDB, BN atau Umno.

“Kenyataan itu selaras dengan kenyataan Hadi (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) yang langsung tidak kritik tindakan menggugurkan Timbalan Perdana Menteri sebaliknya hanya mahu menunggu prestasi barisan Kabinet yang baru dilantik,” katanya.

Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan itu jelas menggambarkan Pas kini berdiri seiring dengan Perdana Menteri dan skandal 1MDB.

“Saya percaya, rakyat kini mula nampak Pas semakin condong ke arah Umno. Biar rakyat yang tentukan untuk pilih alternatif lain bagi menggantikan kerajaan sedia ada,” katanya.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.