Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Kamal Mokhtar berkata setakat pukul 6 pagi ini, tujuh pusat pemindahan dibuka iaitu lima di daerah Tampin dan masing-masing satu di daerah Rembau serta Port Dickson.

Di Tampin, sejumlah 598 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (F) Sungai Kelamah; Masjid Sungai Dua (22 orang); Balai Raya Parit Buloh, Air Kuning (17 orang); Balai Raya Sungai Kelamah (tujuh orang) dan Sekolah Kebangsaan Ladang, Gemas (empat orang).

Selain itu, di Lubok Cina, Rembau (14 orang) dan Surau Kampung Nerambai, Port Dickson (sembilan orang), katanya dalam kenyataannya di sini, hari ini.

Malam tadi sejumlah 511 mangsa banjir daripada 116 keluarga berada di enam pusat pemindahan. - Bernama