Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ISLAM HANYA ADA SATU FAHAMAN

DEBAT PERLU DIBUAT CARA TERBUKA, JIKA DEBAT TERTUTUP LEBIH BAIK JANGAN ADAKAN DAN MEMBUANG MASA, DI NEGARA INI RAMAI YANG TAK FAHAM ISLAM, SEBAB KEBANYAKANNYA ISLAM BAKA YANG TAK TAHUPUN MENGAPA ISLAM ITU PENTING DAN MENGAPA MEREKA ITU MENGANUT ISLAM

INI DUA ORANG PENDEBAT PERLU FAHAM, MEREKA JANGAN JADI BUAH CATUR KEPADA YANG BERKEPENTINGAN, MEREKA PERLU TUNJUKKAN ISLAM YANG SATU, BUKA ISLAM YANG BERMACAM-MACAM, TUHAN TIDAK TURUNKAN ISLAM YANG BERMACAM-MACAM, MEREKA MESTI BAGITAHU MENGAPA UMAT ISLAM PERLU BERBAGAI SIKAP ATAU DISEBALIKNYA

MEREKA PERLU TERANGKAN ZAMAN SALAF JUGA BANYAK SAMSENG, DEMIKIAN JUGA ZAMAN KHALAF, NAMUN AKIDAH DAN AKHLAK PERLU SENTIASA TERJAGA, JANGAN JADI TALI BARUT KEPADA MANA-MANA PEHAK SEPERTI GOLONGAN  YANG BERADA DIBAWAH TAPAK KAKI ORANG KAFIR SAMA ADA HARBI ATAU ZIMMI - Pak Karamu

Debat Dr Asri-Zamihan lebih baik secara tertutup


0

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Dr Asyraf


SHAH ALAM – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berpendapat program debat melibatkan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja),  Zamihan Mat Zin dengan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin perlu diadakan secara tertutup. 
Menurutnya menerusi kenyataan hari ini, ia bagi mengelakkan fitnah dan mudarat melibatkan orang awam yang mungkin sukar memahami dan menerima perbezaan antara dua fahaman yang ditegakkan oleh dua pemimpin agama itu.


Menurutnya lagi, kehadiran peserta pada program itu tidak perlu dibuka kepada orang ramai, sebaliknya hanya perlu dibuka kepada golongan ulama dan cendekiawan sahaja.


“Pandangan saya lebih molek program ini diadakan secara muzakarah mahabbah atau perbincangan harmoni secara tertutup.


“Polemik yang tercetus seolah-olah program ini bagaikan suatu pentas perdebatan untuk menentukan siapa juara hujah juga hanya akan mengelirukan bahkan memberikan gambaran tidak baik terhadap ulama dan Islam secara umumnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.




Beliau berkata, perbezaan ideologi dan fikrah tidak akan mungkin dapat diselesaikan dalam satu majlis apatah lagi jika dilaksanakan secara terbuka.


“Lebih membimbangkan jika kalangan pengikut yang taksub, tidak mampu menerima pandangan berbeza atau bersetuju untuk tidak bersetuju.


“Sebab itulah bagi saya adalah lebih wajar forum seperti ini diadakan secara tertutup dengan dihadiri golongan ulama, ahli ilmu dan cendekiawan dengan harmoni dan penuh berlapang dada,” katanya lagi.


Dr Asri dan Zamihan dikatakan bakal berdepan antara satu sama lain menerusi satu wacana yang dianjurkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.


Asyraf Wajdi dalam kenyataannya turut menekankan matlamat penganjuran program tersebut.


Menurutnya lagi, program wacana yang dirancang mestilah bersifat mendidik umat dan masyarakat untuk belajar memahami perbezaan yang ada dan bersedia bertoleransi menerima pandangan berbeza.


“Saya rasa tak sihat apa yang dah tersebar dalam media sosial seolah-olah  satu debat antara Dr Asri yang mewakili satu fahaman dengan Zamihan satu lagi fahaman,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.