Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AIR NEGARA BERADA DALAM KRITIKAL ?

Paras air di tujuh empangan semakin kritikal
Wan Junaidi
Wan Junaidi

KUCHING - Cuaca panas dan kering akibat fenomena El Nino menyebabkan paras air di tujuh empangan di seluruh negara semakin kritikal dengan baki air berada pada paras di bawah 50 peratus, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Tujuh empangan berkenaan ialah Empangan Bukit Kwong, Kelantan (6.9 peratus), Empangan Labong, Johor (12.4 peratus), Empangan Bukit Merah, Perak (20.2 peratus), Empangan Beris, Kedah (25.9 peratus), Empangan Timah Tasoh, Perlis (27.6 peratus), Empangan Muda, Kedah (30.4 peratus) dan Empangan Padang Saga, Kedah (33.9 peratus).

Beliau berkata Empangan Bukit Merah di Perak hanya mampu menampung bekalan air orang ramai kurang daripada sebulan sekiranya tiada hujan.

Selain itu, Empangan Timah Tasoh dan Empangan Padang Saga masing-masing mampu bertahan sebulan tanpa hujan manakala Empangan Labong dan Empangan Beris masing-masing mampu bertahan tiga bulan tanpa hujan.

Wan Junaidi berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Projek Pengawalan Hakisan Pantai dan Pemuliharaan Muara Sungai Buntal di Kampung Sungai Buntal, Santubong, kira-kira 25 kilometer dari sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid serta calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dun Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi.

Bagaimanapun, Wan Junaidi tidak menyatakan tempoh Empangan Bukit Kwong dan Empangan Muda dapat bertahan tanpa hujan, bagi membekalkan air kepada pengguna.

Justeru itu, beliau menggesa rakyat supaya berjimat dalam penggunaan air khususnya pada musim panas ketika ini.

Menurutnya penurunan paras air di empangan-empangan utama itu bukan sahaja menjejaskan permintaan bekalan bagi pengguna domestik malah kepada sektor pertanian dan industri.

Ditanya sama ada proses pengepaman air bawah tanah dapat dibuat bagi menampung permintaan bagi sektor pertanian, beliau berkata, buat masa ini ia sukar dilakukan dan boleh mendatangkan implikasi lebih besar terhadap alam sekitar termasuk kekurangan air dalam tasik.

Mengenai Projek Pengawalan Hakisan Pantai Kampung Buntal, katanya ia merangkumi pembinaan struktur kawalan hakisan pantai melibatkan pembinaan lapisan lindung batu sepanjang satu kilometer.

Bagi Projek Pengorekan Muara Sungai Buntal pula, ia melibatkan kerja-kerja pengorekan muara bagi mendalam dan melebar saluran terusan di muara itu.

Projek itu akan membolehkan bot-bot penumpang dan nelayan dikemudi dengan lebih selamat dan secara tidak langsung membantu mengurangkan masalah banjir di kawasan hulu Sungai Buntal, katanya.

Wan Junaidi percaya kedua-dua projek itu, yang dijangka siap akhir tahun ini, dapat mengurangkan beban dihadapi penduduk sekitar kawasan berdekatan setiap kali ombak, banjir dan air masin berlaku.

"Masalah berkaitan hakisan ombak, banjir, air masin perlu diselesaikan segera. Projek ini akan dilaksanakan secara berperingkat oleh pihak berwajib seperti Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS)," katanya. –Bernama
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.