Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HASSAN LANGGAR UNDANG-UNDANG ?

DAP mahu Hasan dihukum
Hasan Arifin
Hasan

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng mendesak Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk tindakan sewajarnya, kerana menyunting laporan PAC berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Lip Eng berkata, pengakuan Hasan kerana menyunting laporan itu tanpa mendapat kelulusan keseluruhan ahli jawatankuasa itu yang bermesyuarat pada 4 April lalu perlu dipandang serius.

“Apa yang Hasan lakukan adalah sama seperti cuba menutup kes 1MDB dan mahu menipu rakyat dan Parlimen.

“Maklumat ini adalah amat penting kerana sesiapa yang terlibat dalam urus niaga yang besar ini mungkin telah melakukan penipuan besar-besaran,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
[ARTIKEL BERKAITAN: Sunting laporan PAC: Hasan patut letak jawatan]

Kelmarin, ahli Parlimen DAP itu telah memfailkan aduan kepada pejabat Speaker Dewan Rakyat, berhubung tindakan Hasan yang membuang beberapa perenggan mengandungi maklumat penting dalam laporan PAC mengenai siasatan 1MDB selepas draf akhir laporan itu telah dipersetujui oleh mesyuarat PAC.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.