Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KE SARAWAK KERANA KEMPEN BN UNTUK PRN

'Kakak ke Sarawak, Sabtu patutnya balik'
'Doakan selamat...ke Betong', status sebelum bertolak

SABAK BERNAM - "Kakak nak pergi Sarawak, mungkin hari Sabtu ni kakak balik," itu kata-kata terakhir Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon kepada pembantu rumahnya, Yuliatriyanti, 37.

Yuliatriyanti yang berasal dari Surabaya, Indonesia berkata, Noriah memaklumkan perkara itu semasa berada di kediamannya di Sungai Besar, petang Isnin lalu ketika ingin ke Sarawak bagi membantu kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menurutnya, Noriah yang juga Ahli Parlimen Sungai Besar sempat berpesan supaya dia menyambut Aidilfitri bersama keluarganya pada tahun ini.

"Kakak (Noriah) cakap kita sambut raya sama-sama di sini. Saya doa semuanya selamat dan dapat bertemu kakak.

"Sebelum kakak berangkat ke Sarawak, saya sempat salam dengannya dan dia senyum pada saya," katanya.

Yuliatriyanti bekerja sebagai pembantu rumah Noriah sejak 18 tahun lalu iaitu semasa Noriah menjadi peguam dan menetap di Taman Purnama, Sungai Besar.

2 orang berkata:

obat pelangsing herbal said...

ini di sana itu disini

jamkho said...

semoga terobati dengan pertemuan

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.