Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MEREKA FAHAM KEBAIKKAN ISLAM TAPI POLITIK PUNYA PASAL MEREKA SANGGUP JADI KALDAI

Biar Hadi perjelas mengenai RUU
Abdul Hadi Awang
 
Abdul Hadi


KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang Persendirian Pas‎ berkaitan Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang dibentangkan di Dewan Rakyat tidak bercanggah dengan Perlembagaan, kata Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) itu berkata Rang undang-undang tersebut cuma usul yang mudah, semata-mata untuk memperkasakan bidang kuasa mahkamah untuk mengenakan hukuman ke atas orang Islam yang melakukan kesalahan jenayah.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membentangkan sendiri Rang Undang-undang itu telah membuat begitu banyak kenyataan untuk menjelaskannya.

"Malangnya ada pihak tertentu yang bertegas semata-mata "untuk menarik perhatian ramai" kerana mereka fikir mereka boleh menjadi popular pada pandangan bukan Islam.  

“Saya berdoa semoga semua ini dihentikan kerana jika tidak, ia akan mewujudkan jurang yang berbahaya antara masyarakat Islam dan bukan Islam," katanya.

Abdul Kadir berkata, pindaan-pindaan yang dicadangkan oleh Rang Undang-Undang Persendirian itu telah lama tertangguh, satu keperluan bagi masyarakat Islam dan jelas selaras dengan semangat Perlembagaan.  

"Dalam keadaan ini, ia adalah adil bahawa semua pihak yang bertanggungjawab harus menunggu Abdul Hadi memberi penjelasan mengenai Rang Undang-undang itu pada Oktober sebelum membuat apa-apa keputusan.

"Selepas semua penjelasan diberikan dan Rang Undang-Undang itu telah dibahaskan dan hati nurani mereka masih tidak dapat menerimanya, maka mereka boleh menentang Rang Undang-undang itu," katanya.

Pada 26 Mei, Abdul Hadi membentangkan Rang Undang-undang Persendirian, bertujuan meminda Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 untuk menyebut bahawa Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa terhadap orang Islam, dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A, yang menyebut bahawa dalam melaksanakan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2A, Mahkamah Syariah mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman berkaitan kesalahan-kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen berkenaan selain hukuman mati.  - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.