Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

OPERASI DITERUSKAN


Operasi SAR nahas berpindah ke Lingga
Operasi SAR nahas berpindah ke Lingga
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membawa bangkai helikopter yang terhempas di Sungai Batang Lupar ke Jeti Feri Sebuyau hari ini. - Foto Bernama

SEBUYAU - Tumpuan pencarian kini beralih ke kawasan hulu Sungai Batang Lupar berhampiran Lingga bagi mengesan helikopter yang hilang sejak semalam bersama empat penumpang dan seorang juruterbang.    

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Zon II Sarawak, Azman Julaihi yang mengetuai misi mencari dan menyelamat (SAR) JBPM berkata kawasan berkenaan,

kira-kira 250km dari Kuching, dipercayai lebih dekat dengan lokasi tragedi berdasarkan penemuan satu mayat dan serpihan helikopter hari ini.    

Sebelum ini, tumpuan pencarian ialah di Sungai Batang Lupar berhampiran Sebuyau, sebuah pekan kecil terletak 220km dari Kuching.

"Pasukan SAR akan memperluaskan kawasan pencarian sekitar 50 hingga 100 kilometer di kawasan hulu Sungai Batang Lupar bagi mengesan lima lagi yang hilang," katanya kepada Bernama.

Azman berkata, aset pencarian akan ditambah dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan.    
Helikopter jenis Eurocopter AS350 itu dalam penerbangan dari Betong pada 4.12 petang menghala ke Kuching sebelum nahas itu berlaku.    

Azman berkata, operasi SAR itu diteruskan di hulu sungai itu berhampiran Lingga malam ini.   
  
Pos Operasi SAR di Jeti Feri Sebuyau, akan ditutup mulai 8 malam ini dan dipindahkan ke Lingga dekat Sri Aman mulai esok susulan peralihan kawasan pencarian ke Lingga, kira-kira 30km dari Sebuyau.    

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon,  suaminya Asmuni Abdullah dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia turut menaiki helikopter itu.    

Turut berada di dalam pesawat itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina Rudolf Rex Ragas.    

Noriah berada di Betong untuk menjalankan tugas-tugas berkaitan kementeriannya semasa pilihan raya negeri ini. - Bernama
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.