Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PENCARIAN DITERUSKAN

Fokus pencarian di Sri Aman, Simunjan, Betong
 
 

Fokus pencarian di Sri Aman, Simunjan, Betong 

KUCHING - Fokus pencarian helikopter yang dipercayai hilang akan tertumpu di tiga daerah iaitu Sri Aman, Simunjan dan Betong.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada jam 8.20 malam dan telah menggerakkan pasukan anggota ke beberapa kawasan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Kita telah melancarkan pasukan mencari dan menyelamat untuk ke kawasan Sri Aman, Simunjan dan Betong," katanya dalam sidang media di sini, malam tadi.‎

Katanya lebih 100 anggota pasukan Polis Marin, Bomba, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terlibat dalam operasi SAR ini.

"Tepat jam enam pagi esok pasukan Polis Marin dan unit helicopter PDRM turut akan bergerak ke lokasi bagi meneruskan operasi pencarian," katanya.

Muhammad Sabtu juga menafikan dakwaan pihak tertentu yang mendakwa helikopter berkenaan ditemukan di Sri Aman.

Beliau berkata identiti mereka yang berada di dalam helikopter itu belum boleh didedahkan lagi buat masa ini.

Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong pada 4.12 petang dalam penerbangan ke Kuching sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan dan hilang 20 minit kemudian.

Beliau berkata, cuaca dilaporkan hujan di kawasan Betong petang tadi. - Bernama
 
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.