Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PKR KENA LA IKUT TELUNJUK DAP

DAP rayu PKR tarik diri di Batu Kitang
DAP

KUCHING - DAP merayu kepada PKR supaya menarik diri daripada bertanding kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Kitang kerana parti sekutu itu tidak mempunyai peluang memenanginya pada pilihan raya negeri, Sabtu ini.

Pengerusi DAP Negeri, Chong Chieng Jen mendakwa maklum balas di lapangan menunjukkan calon PKR, Voon Shiak Ni tidak mempunyai peluang berbanding calon DAP, Abdul Aziz Isa Marindo, yang juga pembantu khasnya.

Justeru, saya minta dan rayu PKR supaya mengisytihar menarik diri daripada bertanding kerusi ini, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP, di sini hari ini.

Selain Voon, Naib Ketua Wanita PKR Kebangsaan dan Abdul Aziz, kerusi Batu Kitang itu menyaksikan pertandingan lima penjuru dengan calon BN, Lo Khere Chiang dan dua calon Bebas - Sulaiman Kadir dan Datuk Seri Othman Bojeng.    

Pada PRN-11, DAP dan PKR mengambil laluan masing-masing selepas gagal mencapai kesepakatan dalam agihan kerusi sehingga menyaksikan kedua-dua parti pembangkang itu bertembung di enam kerusi Dun.
Kerusi berkenaan adalah Batu Kitang, Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong. –Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.