Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SABAR MENUNGGU

Pas syukur Hadi berjaya usul RUU di Dewan Rakyat
Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan

SHAH ALAM - Pemimpin Pas hari ini, menzahirkan rasa syukur di atas kejayaan Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berjaya mengusulkan Rang Undang-undang Persendirian iaitu Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat petang tadi.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, namun Abdul Hadi berjaya mengusulkan Rang Undang-undang itu hari ini.

"Alhamdulillah hari ini adalah hari terakhir sidang Parlimen bagi Penggal Keempat Mesyuarat Kedua, Rang Undang-Undang bernama Suatu Akta telah berjaya dibentang oleh  Ahli Parlimen Marang Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Parlimen hari ini atas usul 412 dari YB Menteri.

"Meskipun terdapat bantahan keras dari Ahli-ahli Parlimen DAP yang cuba menghalang usul pindaan ini dibentang, namun keputusan Tan Sri Speaker Pandikar Amin Mulia membenarkan Ahli Parlimen Marang membentangkan usul pindaan Akta Bidang Kuasa Mahkamah Syariah...Alhamdulillah, semoga ALLAH mempermudah urusan perjuangan ini," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Katanya, perbahasan bagi menyempurnakan bacaan kali pertama ditangguhkan ke persidangan akan datang. Persidangan akan datang yang terdekat bagi penggal keempat ini ialah mesyuarat ketiga yang dijangka berlangsung pada 17 Oktober 2016 akan datang.


Hari ini, Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul itu selepas Parlimen bersidang semula pada sebelah petang.

Usul berkenaan bertujuan meminda Seksyen 2 bagi menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan Undang-undang Persekutuan.

Ia juga bagi memasukkan seksyen 2A iaitu dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan, selain hukuman mati.

Hadi kemudian mencadangkan usul itu dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang di bawah Peraturan Mesyuarat 15 (5).

Peraturan Mesyuarat 15 (5) memperuntukkan usul seseorang yang bukan ahli kerajaan yang telah dicadangkan dalam sesuatu mesyuarat tetapi belum putus, apabila pencadangnya memberitahu hendak disambung dalam mesyuarat akan datang, hendaklah didahulukan daripada usul-usul lain yang hendak dibawa oleh ahli yang bukan ahli kerajaan.
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.