Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AHLI PAS DI PANDAN AKAN PULAUKAN RAFIZI PADA PRU 14


BIAR PAS MEMPEROLEHI KES DENGAN PAKTA, BUKAN TUDUHAN MELULU ATAU BUKAN SUMBER DARI PARTI YANG MENENTANG PAS PADA PRK, JELASNYA BUKAN DARI PAKTA PKR, AMANAH ATAU DAP - Pak Karamu
 
 
‘Dulu Umno, kini penyokong Pas serang saya'
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM


SHAH ALAM – Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli hari ini mendakwa beliau tidak lagi diserang penyokong Umno sebaliknya ‘tugas’ itu kini sudah beralih kepada penyokong Pas. 

Melalui kemas kini status di Facebooknya, Rafizi yang juga Naib Presiden PKR itu mendedahkan ada pemimpin parti Islam itu yang mempersendakan kerja-kerja pendedahan dalam usaha melawan rasuah yang dilakukannya.

“Kebelakangan ini yang paling kuat serang saya di Facebook ini bukan lagi penyokong Umno tetapi penyokong Pas. Seolah-olah kerja menyerang itu telah di ‘sub-contract’ kepada Pas.

“Malah bila saya dedahkan pembaziran nyata melibatkan penggunaan jet peribadi yang menggunakan wang rakyat oleh Datin Seri Rosmah Mansor (isteri Perdana Menteri), saya tetap diserang oleh penyokong Pas,” katanya.

Menegaskan tidak terkesan dengan serangan sedemikian, Rafizi berkata lebih ramai pengikutnya di Facebook yang menolak politik label melabel ala Pas dan menyokong usaha pihaknya meletakkan keutamaan kepada isu rakyat.

“Malangnya sikap dan pendekatan begini membawa nama buruk kepada ‘tarbiah Pas’ yang selalu disebut-sebut. Saya sertakan satu contoh di bawah.

“Saya juga telah semak profil beliau dan saya percaya ia bukan dibuat-buat oleh musuh Pas untuk merosakkan nama baik Pas,” katanya.

Rafizi sempat menyertakan paparan skrin komen yang diterimanya dari salah seorang pemilik akaun Facebook.

“Saya sepatutnya gembira kerana dengan cara begini, penyokong Pas sendiri yang menyebabkan rakyat atas pagar makin jauh dari Pas.

“Tetapi saya sedih kerana Pas ini membawa nama Islam dan jika akhlaknya itu tidak melambangkan akhlak Islam, ia tidak berlaku adil kepada label ‘Islam’ yang cuba dipamerkan,” katanya.

3 orang berkata:

Koperasi Prihatin Kedah Berhad said...

Takpelah jika PAS pulaukan Rafizi di Pandan kerana sudah pasti selepas ini BN akan berjaya merampas kerusi Pandan. PAS juga tidak akan rugi kerana janji untuk menasihati Umno dalam pentadbiran negara, mungkin selepas ini jawatan-jawatan akan diberi kepada oleh Umno. PAS akan lebih berbangga jika Umno/MCA menang di Pandan berbanding Rafizi. Bagai dikatakan oleh TG Presiden MCA lebih berakhlak berbanding parti pembangkang. Semoga Allah kurniakan pertunjuk kepada kita semua.

Koperasi Prihatin Kedah Berhad said...

Kata-kata Ketua Pemuda PAS bagi mengesahkan gerak kerja dan dasar PAS sekarang.

“Pas cuba faham elok-elok Umno, NGO (pertubuhan bukan kerajaan), kalau mereka tumpu di atas jalan ini (agama), akan sampai satu masa kita boleh bersatu. Kita buat perbincangan, kita akui kita dekati Umno, untuk fahamkan mereka, bukan hanya rakyat, bahawa ada benda yang kita bertengkar (khususnya) soal politik dan nak tukar pemimpin.

“Ada benda kita kena kongsi bersama, iaitu agama. Setakat mana Umno faham agama yang boleh kita yakinkan mereka, kalau mereka terima alhamdulillah, itu baik,” katanya eksklusif kepada Sinar Harian pada satu pertemuan.

Koperasi Prihatin Kedah Berhad said...

Kata-kata Ketua Pemuda PAS bagi mengesahkan gerak kerja dan dasar PAS sekarang.

“Pas cuba faham elok-elok Umno, NGO (pertubuhan bukan kerajaan), kalau mereka tumpu di atas jalan ini (agama), akan sampai satu masa kita boleh bersatu. Kita buat perbincangan, kita akui kita dekati Umno, untuk fahamkan mereka, bukan hanya rakyat, bahawa ada benda yang kita bertengkar (khususnya) soal politik dan nak tukar pemimpin.

“Ada benda kita kena kongsi bersama, iaitu agama. Setakat mana Umno faham agama yang boleh kita yakinkan mereka, kalau mereka terima alhamdulillah, itu baik,” katanya eksklusif kepada Sinar Harian pada satu pertemuan.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.