Polis buka kertas siasatan kes papan iklan
SUNGAI BESAR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
mengesahkan polis telah membuka kertas siasatan terhadap tindakan parti
politik yang bertindak menaikkan papan iklan yang didakwa berbaur
perkauman dan fitnah di Sekinchan, semalam.
Ahmad Zahid berkata, polis telah menjalankan tindakan pemantauan yang
menyeluruh bagi mengelakkan perkara sama daripada berulang.
"Kita harap dalam waktu terdekat ini hingga 18 Jun (hari pengundian)
perkara sama tidak kembali berulang," katanya pada Sidang Media selepas
lawatannya ke Martek PDRM," di sini hari ini.
Semalam, terdapat beberapa papan iklan di Sekinchan dinaikkan pihak
tidak bertanggungjawab dengan menyerang parti politik tertentu dan
pemimpin negara termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Antara papan iklan itu termasuklah perkataan ‘BN Pas sehati sejiwa,
rasis rasuah sama sekali’ dengan memaparkan gambar Najib bersama-sama
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden MCA, Datuk Seri
Liow Tiong Lai.
Di bawah Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, adalah menjadi
satu kesalahan bagi mana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas Pilihan
Raya antaranya apabila melakukan apa-apa perbuatan atau penyataan dengan
tujuan mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau permusuhan.
Sekiranya didapati bersalah boleh dipenjara tidak lebih lima tahun atau didenda a lebih RM10, 000 atau kedua-duanya.
0 orang berkata:
Post a Comment