Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HUJAN BATU RIBUT KENCANG

Meja terbang' libas kepala suami
Ribut
Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan meluangkan masa menziarahi rumah Abdullah Mohd Nor,78, (berkerusi roda) yang rosak teruk akibat kejadian ribut di Kampung Desa Murni Sabtu lalu, selepas majlis Penyampaian Sumbangan Mangsa Ribut hari ini. - Foto Bernama

TEMERLOH - "Segala-galanya berlaku dengan pantas. Selepas hujan batu turun hampir lima minit, tiba-tiba datang angin kencang dan sebaik saya menoleh, meja makan terbang mengenai kepala saya," kata Saharuddin Abdullah, salah seorang mangsa ribut di Kampung Desa Murni Sanggang.

Turut diterbangkan juadah berbuka puasa. Yang selamat hanya lauk ikan patin masak lemak tempoyak.

Menurut Saharuddin, 42, ketika kejadian beliau bersama isteri Siti Azah Hasim, 42, berada di gerai makan di hadapan rumahnya sedang menyiapkan juadah untuk berbuka puasa.   

"Saya ketika itu sedang membancuh air, apabila hujan batu tiba-tiba berlaku, buat pertama kali di kampung kami. Ini menyebabkan keadaan agak kecoh.   

"Kemudian angin kencang menyebabkan bumbung gerai makan saya tercabut. Ketika menoleh untuk melihat keadaan sekitar itulah meja makan kayu terbang mengenai kepala menyebabkan saya pitam seketika," katanya.

Sementara itu, anak sulung kepada pasangan itu Nor Fatihah Saharuddin, 17, berkata mereka empat beradik yang berada di dalam rumah ketika itu, hanya mampu menjerit 'Allahuakhbar' beberapa kali setelah melihat sekeping demi sekeping atap rumah diterbangkan angin kencang.

"Kami ketika itu agak panik...Habis juadah berbuka puasa kami diterbangkan angin, yang mampu diselamatkan hanya lauk ikan patin masak lemak tempoyak," katanya.

Sementara itu, seorang warga emas, Siti Aminah Yunos, 77, yang membahasakan dirinya 'Wan' menyifatkan kejadian ribut itu sebagai yang terburuk pernah dialami sejak tinggal di Kampung Desa Murni Kerdau 41 tahun lalu.      

"Wan ketika itu baru terkejut daripada tidur apabila tiba-tiba terdengar angin kencang diikuti dengan petir dan kilat. Wan rasa ketika itu rumah bagaikan bergoyang," katanya.

Sementara itu anak perempuan Siti Aminah, Suhana Sulaiman, 40, berkata mereka terpaksa berlindung di antara laluan ke dapur rumah selepas bumbung di bahagian hadapan dan dapur rumah terbang ditiup angin.

"Air hujan masuk mencurah-curah masuk dari bumbung menyebabkan dapur dan ruang tamu banjir.

"Ibu saya ketika itu panik dan meminta kami keluar rumah untuk mengelak sesuatu yang tidak diingini.

"Tetapi apabila melihat atap berterbangan di luar rumah, dengan ribut petir, kami terpaksa berlindung di dalam rumah dan setelah hujan reda, kami hanya dapat berbuka dengan air oren," katanya. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.