Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MACAM PENDATANG ASING

Individu keluar Pas tak ubah pendatang asing'
Pas

PASIR PUTEH - Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh menegaskan, parti Islam itu merupakan satu-satu parti yang masih bertahan dan tidak berpecah berbanding parti seusia dengannya dan parti-parti pembangkang lain.

Beliau berkata, walaupun ada pemimpinnya sebelum ini keluar meninggalkan Pas, namun ia tidak menjejaskan parti, sambil menyifatkan mereka ini sebagai pendatang asing yang datang ke Malaysia untuk sementara waktu.

"Kita perlu sedar bahawa Pas menjadi parti paling tonggak dalam negara ini. Pas tidak berpecah. Umno berpecah, PKR berpecah, DAP berpecah, MCA berpecah, satu-satunya parti yang tidak berpecah hari ini ialah Pas.

"Rakan kita yang keluar itu, bagaikan pendatang asing, datang bekerja di negara ini, ditangkap oleh imigresen, kemudian balik ke negara dia, itu saja.

"Mereka ini tidak berwala' dengan Pas, mereka ini hanya sekadar duduk dalam Pas," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan Dewan Ulamak Pas ke-55 di Sweet Beach Resort, di sini, hari ini.

Mengulas isu lain, beliau juga berharap muktamar sayap Pas itu kali ini membawa makna besar dengan memikul amanah lebih besar untuk menyebarkan kebangkitan Islam ke seluruh negara.

"Ia bukan sahaja untuk masyarakat Islam, bahkan tugas dan tanggungjawab kita menyampaikan risalah Islam ini kepada masyarakat bukan Islam dan masyarakat Islam yang tidak memahami perjuangan Islam.

"Apa yang berlaku ini menjadi hikmah besar kepada perjuangan Islam dalam negara ini untuk kita mencapai kemenangan dalam pemerintahan negara yang menyebabkan kita boleh melaksanakan syariat ALLAH," katanya lagi.

5 orang berkata:

tok janggut said...

Kenyataan yg x buat homework/jahil sejarah...
Nama parti Islam tapi mulut longkang ngutuk sana sini...malukan ISLAM je.Jangan le berselindung dibelakang nama ISLAM. Tapi akhlak x serupa mana Islam nak...

tok janggut said...

Kenyataan yg x buat homework/jahil sejarah...
Nama parti Islam tapi mulut longkang ngutuk sana sini...malukan ISLAM je.Jangan le berselindung dibelakang nama ISLAM. Tapi akhlak x serupa mana Islam nak...

tok janggut said...

Kenyataan yg x buat homework/jahil sejarah...
Nama parti Islam tapi mulut longkang ngutuk sana sini...malukan ISLAM je.Jangan le berselindung dibelakang nama ISLAM. Tapi akhlak x serupa mana Islam nak...

Unknown said...

Jangan salah faham.. kutuk mengutuk berlaku pada mana2 parti politik.. sbg peminat politik tak perlu berasa hati dan memendam rasa kerana sepatutnya kita sudah sedia memahami bhw usaha jatuh2 menjatuhkan antara parti yg bermusuhan adalah adat berpolitik.. kalau kita tgk TGHA yg saban hari dikutuk; saya pun tak holeh tahan jika berada di tempat beliau.. tapi itulah politik.. bila bertindakbalas haruslah dgn bijak dan penuh berstrategi bukannya dgn emosi.. Asalkan selagi tidak diselitkan fitnah kpd individu2 tertentu bersama!

Tok janggut mungkin mengenali PAS hanya sbg parti politik.. sedangkn PAS juga sebenarnya adalah sbg badan utk mentarbiah ahli sendiri serta sbg badan dakwah utk menarik manusia kembali kpd jalan Allah..

Jadi kpd sesiapa yg ingin melihat islam tertegak sebenar2nya di bumi Malaysia, ayuh bersama2 PAS utk bergerak ke arah itu!

Unknown said...

Unsere ersten Worte sollten an Kunden wärmsten Grüße verschickt werden!in kỷ yếu giá rẻ
in phong bì giá rẻ

Aktien der Gesellschaft in Hong Dang seit 2006,mẫu thẻ nhân viên đẹp
In thẻ VIP giá rẻ nach mehr als 10 Jahren der Entwicklung sind wir stolz,mau ky yeu dep
mau phong bi dep die obere Einheit im Bereich der Gestaltung,báo giá in kẹp file
in giấy khen Druck und Werbung in Hanoi zu sein. Im Laufe der Jahre hat sich unser Unternehmen steigen ständig bemüht,in bao li xi
in thiep chuc mung nam moi
in catalogue viele Schwierigkeiten aus dem harten Wettbewerb des Marktes zu überwinden, der Anstieg der Inputpreise für Rohstoffe, .... den Preis und Qualität der Ware erhalten. Die Produkte in immer besser, professioneller. Das ist im Design, Druckvorstufe, Druck und Verarbeitung von Fertigprodukten

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.