Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

melayu buta dan jakun berpolitik

Pas nafi akan jalin kerjasama dengan Umno
Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim dan Iskandar menjelaskan perkara itu pada Sidang Media di Markaz Pas Simpang Lima, di sini.

SUNGAI BESAR – Pas menafikan gambar kemesraan antara pemimpin parti itu dan BN pada hari penamaan calon semalam yang tersebar dalam laman sosial menandakan parti itu ke arah menjalin kerjasama dengan Umno dalam soal politik.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, adalah menjadi kebiasaan setiap kali penamaan calon, pemimpin berbeza fahaman politik akan bertemu antara satu sama lain sementara menunggu pengurus pilihan raya mengumumkan calon parti bertanding.

“Kebetulan semalam (penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar) saya pun ada berjumpa dengan (Timbalan Perdana Menteri) Datuk (Ahmad) Zahid Hamidi sambil merakamkan ucapan takziah bagi pihak Pas kepada beliau (Ahmad Zahid) di atas kematian menantunya,” katanya pada Sidang Media di Markaz Pas Simpang Lima, di sini, tengah hari tadi.

Pada hari penamaan calon di Dewan Seri Bernam, semalam, kemesraan calon Pas dan BN yang duduk semeja di khemah BN menjadi tumpuan di media sosial.

Ia dimulakan apabila Tuan Ibrahim dan Datuk Mustafa Ali duduk semeja bersarapan bersama Ahmad Zahid, Pengarah Pilihan Raya Sungai Besar Tan Sri Noh Omar dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor .

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim menegaskan, dalam keadaan media baharu yang terbuka ini, kadang-kadang sekeping gambar boleh mengundang pelbagai fitnah.

Ditanya adakah Pas bimbang jika gambar yang tersebar itu akan menjejaskan sokongan pengundi terhadap parti itu, Tuan Ibrahim menjelaskan mereka perlu memberi penjelasan tentang perkara itu kepada pengundi terutama kepada penyokong atas pagar.

"Pas tak bimbang sebab bagi saya tak ada isu sangat, cuma kalau tak berikan penjelasan ia akan berterusan jadi viral di media sosial," katanya.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad menyifatkan isu yang diviralkan dalam media sosial itu kononnya Pas dan Umno menjalin kerjasama adalah satu politik murahan yang tidak matang.

"Politik yang dibawa Pas ialah politik berdasarkan realiti dan bukan politik  persepsi.

"Politik berdasarkan persepsi seperti inilah yang kita tentang sebab tak selari dengan budaya politik matang dan sejahtera yang dibawa Pas," katanya.

Ditanya adakah Pas akan ditinggalkan PKR selepas parti itu dilihat membantu Parti Amanah Negara (Amanah), Iskandar berkata, Pas menafikan perkara itu.

"Tak boleh kata kita ditinggalkan sebab kita (Pas) pun kerajaan (negeri) juga.

"Kalau PKR dan DAP turun dengan program kerajaan untuk membantu Amanah..ini bermakna, bahawa Pas juga sebagai kerajaan negeri boleh turun juga.

"Kita ada Adun, kita ada ahli majlis (Pihak Berkuasa Tempatan) dan kita ada Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco)," katanya.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.