Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENTERI JANGAN JADI PONDAN, JIKA RAFIZI FITNAH MENGAPA TAK SAMAN ?

Rafizi memang suka menabur fitnah'
Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri

SUNGAI BESAR - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menempelak Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang sengaja memfitnah Majlis Amanah Rakyat (Mara) apabila mendakwa elaun pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) dikurangkan daripada RM250 kepada RM125.

Tegasnya Mara tiada melakukan sebarang pengurangan bayaran elaun bulanan kepada pelajar di institut pengajiannya di seluruh negara dan semua elaun pelajar dikekalkan pada kadar sedia ada.

"Dakwaan itu fitnah semata-mata, Mara tidak mengurangkan jumlah elaun yang diberi kepada pelajar kami, malah untuk tahun ini Mara mengeluarkan kira-kira RM700 juta untuk tajaan pelajar cemerlang bagi melanjutkan pelajaran di dalam dan di luar negara.

"Dia (Rafizi) memang suka menabur fitnah," katanya yang mengulas dakwaan itu dalam sidang akhbar selepas membuat tinjauan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, di sini hari ini.

Mengenai MRSM berkenaan, Ismail Sabri berkata ia akan dapat beroperasi sepenuhnya pada 16 Julai ini.

"MRSM yang dibina dengan kos RM48.2 juta ini hanya menunggu kelulusan daripada Indah Water Konsortium (IWK) bagi sistem pembentungannya.

"Difahamkan IWK akan datang ke sini pada minggu hadapan, sekiranya tiada masalah kelulusan beroperasi akan dapat diperoleh," katanya. - Bernama

1 orang berkata:

Anonymous said...

Sekarang saya tak tahu apa pendirian mereka tetapi jika mereka masih fikir mahukan perubahan kerajaan, saya nasihatkan supata tak payahlah balik mengundi.

“Sebab menang atau kalah, kerajaan BN tetap tidak akan berubah malah tida memberi apa-apa kesan pun,” kata Ahmad Maslan

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.