Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Pasangan warga emas turun awal mengundi
Pasangan warga emas turun awal mengundi
Ah Hon dan isterinya mengundi di PDM SK Seri Utama menunjukkan cap jari sebagai tanda telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemilih.
SUNGAI BESAR - Sepasang suami isteri warga emas yang menetap di Sungai Buloh, Jeram menjadi pengundi pertama membuang undi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Kebangsaan (SK)  Seri Utama, di sini, pagi tadi.
Ham Ah Hon,75, dan isterinya, Kee Ah See, 71, tiba kira-kira jam 7.30 pagi dan menunggu di pintu pagar sekolah berkenaan.
Ah Hon berkata, dia menunaikan tanggungjwabnya sebagai pemilih lebih 10 kali dan pengundian kali ini disifatkannya sebagai sesuatu yang istimewa.
"Saya teruja untuk ke tempat mengundi. Biasanya memang saya antara pengundi terawal sebab tak mahu beratur panjang.
"Biasa saya undi pada Pilihan Raya Umum, tapi kali ini lain sikit sebab kita pilih wakil rakyat untuk ganti rakyat sebelum ini yang meninggal dunia ," katanya.
Guru vokal sebuah pusat nyanyian di Klang itu memberitahu, dia bertolak awal dari rumahnya  disebabkan faktor cuaca dan ingin ke Klang.
"Saya tengok cuaca baik tak panas... saya cakap dengan isteri, kita kena keluar awal... lagi pun saya kena ajar kelas nyanyian tengah hari ini," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.