Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAYANI DIHENTIKAN

DCA batal Sijil Operasi Udara Rayani Air
Rayani Air
Rayani Air

SHAH ALAM - Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) membatalkan Sijil Operasi Udara (AOC) bagi Rayani Air selepas melakukan siasatan penuh ke atas pentadbiran dan audit keselamatan operasi syarikat berkenaan.

DCA dalam satu kenyataan berkata, menurut Peraturan 193, Peraturan Penerbangan Awam 2016 (AOC) milik Rayani Air bernombor 54 dibatalkan selepas pertimbangan penuh hasil siasatan.

Rayani Air harus memulangkan AOC kepada Ketua Pengarah DCA dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis pembatalan dikeluarkan.

DCA dan Kementerian Pengangkutan bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) berkaitan hal ini dan tidak akan berkompromi tentang isu keselamatan penerbangan negara.

Sementara itu, Mavcom memberitahu Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) Rayani dibatalkan berkuat kuasa Isnin dan tidak lagi dibenarkan beroperasi sebagai sebuah syarikat penerbangan komersial.

"Rayani telah melanggar syarat yang ditetapkan di dalam ASL tersebut serta mempunyai kedudukan kewangan yang lemah untuk terus beroperasi," memetik kenyataan oleh Mavcom.

Walau bagaimanapun, Rayani Air masih bertanggungjawab untuk memulangkan wang kepada pengguna perkhidmatan mereka.

Mavcom berkata, pengguna yang telah membeli tiket dengan Rayani Air tetapi tidak dapat meneruskan perjalanan mereka boleh membuat aduan dan mengemukakan borang tuntutan untuk proses pemulangan wang.

"Sekiranya pengguna gagal mendapat pulangan wang, para pengguna boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat penerbangan tersebut berdasarkan undang-undang sedia ada," petik kenyataan itu lagi.

Selain itu, pengguna yang terjejas dengan pembatalan ASL juga boleh membuat aduan dengan Mavcom.

Mavcom telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pihak Rayani Air pada 25 Mei 2016 hasil daripada penilaian suruhanjaya terhadap daya tahan kewangan serta daya saing syarikat tersebut bagi menentukan keupayaannya untuk terus beroperasi sebagai pemegang ASL.

Dalam surat tunjuk sebab tersebut, Rayani Air dikehendaki untuk membuat representasi secara bertulis kepada Mavcom dalam tempoh 14 hari sebelum sebarang keputusan berhubung ASL mereka dimuktamadkan.

Selepas meneliti representasi bertulis tersebut dan mendapati bahawa Rayani Air telah gagal untuk mengemukakan penjelasan memuaskan dan surat pembatalan ASL kepada syarikat penerbangan tersebut dihantar pada hari ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.