Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAYUAN FIRAUN DI BULAN RAMADHAN

TERINGAT SEMASA DIA MEMPERLEKEH HUKUM TUHAN SEMASA DIA DIKEMUNCAK KUASA, HARI INI DIA BERSAMA KUMPULAM YANG MENCEGAH HUKUM AGAMA ISLAM SUPAYA RAKYAT MENGHILANGKAN WANG PERTARUHAN BN, MOGA ALLAH MAKBULKAN PERMINTAAN FIRAUN INI . HU HU HU - Pak Karamu       
 
 
Mahu BN tewas sehingga hilang wang pertaruhan
Tun Mahathir Mohamed

KUALA KANGSAR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu pengundi di sini memastikan BN bukan sahaja tewas tetapi hilang wang pertaruhan.

Katanya, biarpun Pilihan Raya Kecil (PRK) ini tidak boleh menukar kerajaan tetapi ia mampu memberi mesej kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa rakyat menolak kepimpinannya.

"Dalam PRK ini amat penting untuk kita kalahkan BN. Bukan sahaja tumpaskan tetapi seboleh-bolehnya, kita bagi dia (BN) hilang wang pertaruhannya.

"Jadikan ia sebagai mesej buat Najib bahawa rakyat sekarang ini tidak mahu bersama Najib.

"PRK ini walaupun tidak boleh tukar kerajaan, tetapi dia boleh menjelaskan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia menolak Najib. Menolak seorang yang sudah banyak melakukan kesalahan," katanya dalam ucaptama forum 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Derma Najib di sebuah restoran di sini, hari ini.

Katanya, rakyat faham dengan apa yang berlaku terutamanya melibatkan skandal 1MDB dan ia akan menjadi sebab BN bakal di tolak dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Dalam pada itu, perdana menteri keempat itu turut menyeru pengundi di Kuala Kangsar supaya memberikan sokongan kepada calon Parti Amanah Negara (Amanah), Dr Ahmad Termizi Ramli.

"Saya rayu sokongan diberikan kepada calon. Beliau berkelayakan untuk mewakili Kuala Kangsar.

Beri kemenangan kepada dia supaya kita dapat buktikan Najib sudah tidak dikehendaki oleh rakyat," katanya.

Dalam majlis tersebut, Ahmad Termizi turun menurunkan tandatangan pada Deklarasi Rakyat bagi menyatakan sokongan supaya Najib disingkirkan selaku perdana menteri.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.