Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SAMAN JE, KALAU U BETUL, JANGAN CAKAP JE


Najib tak pernah ganggu proses undang-undang
Najib Tun Razak
Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengganggu proses undang-undang atau menggunakan kedudukannya bagi memastikan pelbagai kementerian dan jabatan di dalamnya tidak menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah laku yang didakwa terhadapnya.

Perdana menteri berkata, beliau tidak menyalahgunakan kedudukannya sebagai perdana menteri, menteri kewangan, pengerusi Barisan Nasional (BN) dan presiden Umno untuk meneruskan amalan rasuah seperti yang didakwa terhadapnya dalam saman berhubung dakwaan salah laku membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
 "Selaku Pengerusi BN dan Presiden Umno saya tidak menjalankan tugas sebagai penjawat awam mahupun bertindak sebagai fidusiari seperti yang dikatakan oleh kesemua plaintif," katanya dalam pernyataannya.

Pernyataan pembelaan itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Hafarizam Wan Aisha Mubarak di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini semalam (13 Jun 2016), dan diedarkan kepada media hari ini.
  
Dalam pernyataan pembelaannya, Najib juga menegaskan bahawa beliau tidak  menghalang bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada menjalankan tugas-tugas sebagai Timbalan Presiden Umno semasa perhimpunan Agung Umno atau tugasnya sebagai Timbalan Pengerusi parti komponen BN.

Najib juga menegaskan bahawa pemecatan Muhyiddin adalah satu pelaksanaan prerogatif Diraja menurut Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan yang bertindak atas nasihat perdana menteri, dan tindakan itu bukan tindakannya dalam menjalankan tugasnya yang dikatakan sebagai penjawat awam.

Najib juga tidak mempunyai sebarang kawalan terhadap kuasa dan tugas yang  dijalankan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar serta pegawai-pegawanya kerana tugasan mereka telah digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu perdana menteri juga tidak mempunyai sebarang kawalan terhadap ketua pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta pegawainya memandangkan kedua-dua entiti itu tertakluk kepada akta yang telah ditetapkan.

Berdasarkan alasan-alasan itu, perdana menteri menegaskan bahawa bagi membolehkan kesemua plaintif memulakan tindakan berdasarkan salah laku penjawat awam (tort misfeasans) dalam jawatan awam dan/atau fidusiari dalam jawatan awam,

mereka perlu membuktikan bahawa Najib adalah penjawat awam.

Ketiga-tiga plaintif, Dr Mahathir, Khairuddin dan Anina perlu membuktikan bahawa mereka telah mengalami kerugian akibat daripada tugas yang dijalankan oleh defendan iaitu Najib dan tugas yang dijalannya itu berniat jahat.

Selain itu mereka (plaintif) tidak berhak terhadap kesemua tuntutan dalam maksud yang dikatakan tort misfeasans dalam jawatan awam dan kemungkinan fidusiari kerana plaintif tidak mengalami apa-apa kerugian peribadi.

Najib juga menafikan setiap pernyataan yang terkandung dalam pernyataan tuntutan itu yang seolah-olah dinyatakan secara traversed  seriatim, oleh itu beliau memohon supaya tuntutan plaintif-plaintif ditolak dengan kos. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.