Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADA TUJUAN KENYATAAN KOR MENG TAPI MANA MUNGKIN DIA MENGAKU


‘Kor Ming pamer sikap ekstremis’
 ‘Kor Ming pamer sikap ekstremis’
Khairul Azwan bersama isterinya, Wan Irmawati Idayu Md Rosli memberikan duit raya kepada tetamu yang hadir.

IPOH - Tindakan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming memuat naik ucapan hari raya kontroversi beberapa hari lalu, disifatkan sebagai mainan politik yang berbahaya.

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun berkata, perbuatan itu melambangkan sikap ekstremis, malah dianggap sebagai dalang kepada api perkauman.

Menurut beliau, sekiranya sikap itu diteruskan, Kor Ming tidak layak menjadi pemimpin kerana tidak menunjukkan sikap profesionalisme.

“Ucapan sinis berserta grafik yang digunakan di laman Facebook beliau menyebabkan kemarahan masyarakat Melayu.

“Tindakan itu dalam konteks sosial boleh dianggap sebagai hasutan,” katanya di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia di Jabatan Belia dan Sukan negeri Perak, semalam.

Khairul Azwan menyokong tindakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berhubung isu tersebut.

Tegasnya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan wajar walau apa pun motif Ahli Parlimen Taping itu.

“Pemuda Umno mengecam perbuatan Kor Ming, malah jika tidak ditangani segera mungkin perkara tersebut akan menjadi ikutan individu tidak bertanggungjawab.

“Negara kini berhadapan dengan pengaruh IS, pada masa sama ada pemimpin politik memainkan sentimen mampu menggugat ketenteraman dan keselamatan negara,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Pemuda Umno dan BN berbesar hati untuk menerima dan membantu belia yang terpengaruh dengan fahaman IS kembali ke pangkal jalan.

Jelas beliau, pihaknya menyokong usaha yang dilakukan Kementerian Belia dan Sukan untuk mendekati dan menerima golongan tersebut kerana tidak mahu mana-mana belia ditinggalkan.

“Kita akan dengar apa yang berada di dalam pemikiran dan hati mereka. Kita cuba tangani pemikiran sesat itu supaya mereka dapat kembali kepada  pemikiran progresif dan bertimbang rasa,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.