Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERBOHONG D BULAN RAMADHAN.MUHYIDDIN PATAT SAMAN FITNAH


Azwanddin bohong, mahu jatuhkan reputasi saya
Muhyiddin
Muhyiddin. - Foto Sinar Harian Oleh AFIQ RAZALI



SHAH ALAM – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berbohong mengenai persetujuannya untuk hadir ke program anjuran NGO tersebut, ‘Nothing to Hide 2.0’ di Kuala Lumpur, semalam. 
Muhyiddin turut menafikan beliau pernah berjumpa dengan Azwanddin dan menerima sebarang jemputan daripada JMM seperti yang didakwa NGO tersebut.

“Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan JMM menganjurkan program ‘Nothing to Hide 2.0’ semalam di Kelab Darul Ehsan. Azwanddin, jelas berbohong apabila mengatakan saya telah menyatakan persetujuan untuk hadir ke program tersebut dalam pertemuan empat mata antara saya dengan beliau.

[ARTIKEL BERKAITAN: JMM ugut Muhyiddin dedah orang tengah]

[ARTIKEL BERKAITAN: Penonton berang, turunkan kain rentang]

“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah berjumpa dengan beliau, tidak pernah menyatakan persetujuan untuk menghadiri program itu dan tidak pernah menerima apa-apa jemputan daripada JMM. Kenyataan Azwanddin adalah satu pembohongan besar yang bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dan menjatuhkan reputasi saya,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Semalam, Muhyiddin tidak muncul pada program tersebut sehingga majlis tamat dan Azwanddin bertindak menyerang bekas pemimpin Umno itu dalam ucapannya manakala sebahagian penonton bangun meninggalkan majlis selepas pasti pemimpin yang dinanti tidak akan hadir.

Dalam kenyataan sama, Muhyiddin menegaskan beliau telah mengarahkan pegawainya membuat penafian mengenai penyertaan beliau dalam program tersebut di laman Facebook rasminya selepas mendapati JMM terus mengedarkan hebahan mengenai program itu dan menjemput orang ramai untuk hadir.

“Saya juga telah meminta pegawai saya menghubungi JMM secara terus untuk menafikan penglibatan saya, namun beberapa panggilan yang dibuat kepada Azwanddin tidak dijawab oleh beliau.

“Saya mengetahui melalui laporan media bahawa JMM tetap menganjurkan program tersebut walaupun penafian telah dibuat oleh pihak saya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau sempat melahirkan rasa sedih dan kecewa susulan ada pemimpin NGO Melayu yang sanggup berbohong dan menabur fitnah di penghujung Ramadan.

“Malah program itu telah dijadikan pentas untuk mengecam saya dan membohongi hadirin kononnya saya telah mungkir janji untuk menghadirinya. Saya diberitahu ramai hadirin bertindak meninggalkan majlis selepas mendapati pihak penganjur berbohong mengenai kehadiran saya.

“Tindak tanduk JMM jelas menunjukkan mereka sebenarnya berkomplot untuk menjatuhkan reputasi saya dengan membayangkan saya sebagai seorang pengecut dan tidak boleh dipercayai kerana gagal menghadiri program tersebut,” katanya.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.