Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERITA HEBAT !!! HANYA TIGA ORANG NAK GULINGKAN PM DAN KERAJAAN MALAYSIA

Pemuda Umno dakwa tiga individu komplot gulingkan PM
Najib
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Pemuda Umno hari ini membuat laporan polis mendakwa seorang pegawai tertinggi kerajaan dan dua bekas pegawai tertinggi kerajaan terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia.

Laporan polis berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 1 tengah hari tadi oleh Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun.

Dalam laporan itu, Khairul Azwan menyatakan nama tiga individu tersebut sama ada secara berseorangan atau bersama terlibat dalam satu konspirasi untuk menggulingkan Najib sebagai perdana menteri dan kerajaan Malaysia yang sah.

Katanya, beliau mempunyai sebab-sebab untuk mempercayai individu-individu tersebut telah memberi maklumat sulit dan dokumen kepada agensi-agensi di Amerika Syarikat termasuk pihak FBI (Biro Siasatan Persekutuan).

"Maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen ini telah diberikan kepada pihak asing tanpa kelulusan yang sah oleh pihak berkuasa Malaysia yang berkenaan termasuk Jabatan Peguam Negara dan sebahagian besar daripada maklumat tersebut adalah direka, dipalsukan serta diputar belit untuk mencapai tujuan-tujuan jahat," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Khairul Azwan berkata, perkara yang beliau laporkan bukanlah dakwaan semata-mata tanpa asas dan beliau meminta pihak polis untuk menyiasat perkara itu dengan segera.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah mengesahkan menerima laporan itu. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.