Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BUNUH SANA SINI

Malaysia kutuk serangan di Kabul

24/07/2016 6:48pm

KUALA LUMPUR - Malaysia mengutuk serangan di Kabul, Afghanistan semalam dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan "tiada justifikasi bagi pembunuhan orang yang tidak bersalah".

Najib berkata, doa dan ingatan kami mengiringi rakyat Afghanistan tatkala mereka mengadakan hari berkabung kebangsaan.

"Sedih dengan serangan di Kabul. Tiada justifikasi bagi pembunuhan orang yang tidak bersalah. Ingatan dan doa kami mengiringi rakyat Afghan yang mengadakan hari berkabung kebangsaan pada pagi ini," katanya dalam catatan di akaun twitter beliau @NajibRazak, hari ini.

Media antarabangsa melaporkan dua letupan berlaku semasa komuniti etnik Hazara, Afghanistan sedang mengadakan tunjuk perasaan secara aman di ibu negara Afghanistan itu, menyebabkan sekurang-kurangnya 80 orang terbunuh dan mencederakan lebih 230 yang lain, dalam kejadian serangan bunuh diri yang didakwa dilakukan oleh kumpulan militan IS atau Daesh.

Juga dilaporkan bahawa dua pengebom bunuh diri telah meletupkan bahan letupan di tengah-tengah peserta tunjuk perasaan itu yang berarak bagi menuntut supaya talian bekalan kuasa dibina melalui kawasan perumahan mereka. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.