Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA PARTI BARU SOKONG ISLAM OK,

KALO PARTI BARU TERIMA DAN SOKONG ISLAM OK, BOLEHLAH BUAT KAWAN, KALO TOLAK ISLAM DENGAN MACAM-MACAM ALASAN  PAS TAK BOLEH KAWAN, LAGI SATU JENIS PARTI, MEREKA KATA  PARTI MEREKA ISLAM SEBENAR TAPI DASARNYA TAK ISLAM ITUPUN TAK BOLEH PAKAI SEBAB PARTI TU MUNAFIK, LAGI BAHAYA DARI SEKULAR - Pak Karamu                                                                                                    
Parti baharu: Pendekatan Pas, tunggu dan lihat



Ahmad Yakob
Ahmad Yakob



KOTA BHARU - Pas mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung penubuhan parti baharu yang akan diterajui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, parti itu menghormati tindakan Dr Mahathir menubuhkan parti baharu, namun masih terlalu awal untuknya membuat sebarang keputusan bagi menjalin hubungan dengan parti itu.

"Bagi saya mana-mana parti pun boleh ditubuhkan di Malaysia sebab kita mengamalkan dasar demokrasi berparlimen. Beliau (Dr Mahathir) merasakan ada kekuatan (untuk tubuh parti baharu), apa salahnya.

"Pas ambil pendekatan tunggu dan lihat dasar, hala tuju dan perjuangan parti baharu itu (sebelum membuat keputusan lanjut)," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Mesra Aidilfitri di perkarangan Jameiah al-Asriah, Jalan Tengku Petra Semerak di sini, hari ini.

Khamis lepas, Mahathir mengumumkan satu pakatan pembangkang yang melibatkan sebuah parti baharu, PKR, DAP dan Amanah akan ditubuhkan untuk menentang BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Bagaimanapun, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pakatan baharu itu sebagai sebuah bahtera yang kelam kabut kerana hanya berhasrat mahu menumbangkan kerajaan sedia ada. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.