Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALAU SUSAH DIBENTERAS BERERTI POLIS GAGAL ?


Pembunuh upahan sukar dibanteras
Kamal Affendi Hashim
Kamal Affendi Hashim
SHAH ALAM - Pembunuh upahan adalah pelaku jenayah yang sukar dikesan selepas perancangan jenayah mereka terlaksana.
Tidak menunggu lama selepas mangsa mereka mati, pembunuh upahan terus melenyapkan diri kerana tugas mereka melaksanakan misi tanpa jejak.
Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim berkata, disebabkan itu, jenayah membabitkan pembunuh upahan sukar dibanteras.
“Secara jujurnya sesuatu yang sukar untuk membanteras atau menghentikan perkhidmatan pembunuh upahan ini.
“Ini kerana ia bergerak secara aktif di bawah radar ataupun dengan kata lain bergerak secara terselindung,” katanya.
Beliau berkata, cara memastikan pembunuh upahan ini dapat diberkas adalah tertakluk kepada individu yang disasarkan sebagai mangsa.
“Cara yang paling mudah adalah mangsa boleh mengelak menjadi mangsa dengan cara membuat laporan polis setiap kali menerima ancaman atau jika berlaku ancaman kepadanya. Dengan demikian, jejak atau penceritaan itu dapat dilihat secara objektif,” katanya.
Ditanya mengapa kes melibatkan pembunuh upahan sukar diselesaikan  oleh polis, Kamal Affendi berkata, ini kerana pembunuh upahan melakukan tugas secara profesional dan penuh rahsia.
“Pembunuh-pembunuh upahan ini tidak pernah mengiklankan perkhidmatan mereka. Ia hanya dikenali menerusi jaringan sosial ketat di antara seseorang dengan yang lain,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, sesiapa sahaja boleh menjadi pembunuh upahan asalkan memiliki ciri-ciri mustahak sebagai  pembunuh upahan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.