Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KEMALANGAN MENINGKAT


6,312 kemalangan dalam tempoh empat hari
Trafik Sesak
Keadaan trafik di lebuhraya berdekatan Seoul ketika orang ramai berpusu-pusu pulang ke kampung sempena perayaan Tahun Baru Cina, di Seoul, Korea Selatan. - Foto EPA

SUNGAI PETANI - Sejumlah 6,312 kemalangan direkod di seluruh negara sepanjang empat hari Ops Selamat 9/2016 yang bermula 29 Jun lalu dengan Selangor mencatat kes paling tinggi iaitu 2,051 kemalangan.

Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mahamad Khir Darus berkata, jumlah itu meningkat 10.7 peratus atau 610 kes berbanding 5,702 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

"Bagi tempoh empat hari ini juga, sebanyak 64 kes kemalangan maut dicatatkan dengan 73 kematian dan bilangan ini menurun berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu 89 kes kemalangan maut dengan 102 kematian. Penurunan sebanyak 25 kes kemalangan maut dan penurunan 28.4 peratus atau 29 kematian.

"Bagi negeri Selangor, daripada 2,051 kemalangan yang direkodkan, 16 daripadanya adalah kemalangan maut. Negeri-negeri lain yang turut mencacatkan kemalangan tinggi termasuk Kuala Lumpur dengan 895 kes, diikuti Johor sebanyak 859 kes, Pulau Pinang 478 kes dan Perak 435 kes," katanya kepada pemberita selepas melawat Sub-Markas Tektikal (Subtek) Ops Selamat Zon Utara di Sekolah Latihan Akademi Polis (SLAK) di sini hari ini.

Beliau berkata sikap pengguna jalan raya dikenal pasti menjadi punca utama yang menyumbang kepada berlakunya kemalangan, iaitu mementingkan diri sendiri.   

"Dari segi jumlah saman yang dikeluarkan, untuk tempoh empat hari operasi, sebanyak 70,775 saman trafik dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan, jumlah itu didapati meningkat lebih 1,000 bagi tempoh sama tahun lalu.

"Untuk operasi kali ini, kita masih menumpukan kepada enam kesalahan utama yang menjurus kepada berlakunya kemalangan iaitu memandu di lorong kecemasan, memotong barisan, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, melanggar lampu isyarat merah dan memandu melebihi had laju selain kesalahan-kesalahan lain," katanya.

Dalam pada itu, Mahamad Khir berkata seramai 8,500 pegawai dan anggota trafik ditugaskan sepanjang 15 hari operasi tersebut.

"Saya ingin menasihatkan pengguna jalan raya supaya memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan selamat sebelum memulakan perjalanan dan mengambil rehat secukupnya sebelum menyambung perjalanan," katanya. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.