Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KERAJAAN TENTERA MESIR PATUT DITUMBANGKAN


Bantah kenyataan UNSC, Turki sindir Mesir
Tanju Bilgic
Tanju Bilgic

ANKARA - TURKI. Turki menyifatkan bantahan Mesir terhadap kenyataan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) berkaitan ‘kerajaan dipilih secara demokrasi’ yang merujuk kepada Turki itu begitu ‘bermakna’, lapor Agensi Anadolu.

Jurucakap Menteri Luarnya, Tanju Bilgic berkata, bantahan Mesir itu perkara biasa memandangkan kerajaan itu mendapat kuasa melalui rampasan kuasa tentera.

“Itu biasa bagi mereka yang mendapat kuasa melalui rampasan kuasa mengelak daripada mengambil pendirian menentang rampasan kuasa itu yang mensasarkan presiden kami dan kerajaannya yang dipilih melalui pilihan raya secara demokrasi,” katanya pada sidang media.

Sebelumnya, UNSC dilaporkan gagal untuk bersuara mengutuk kekejaman yang berlaku di Turki selepas Mesir didakwa membantah kenyataan itu dikeluarkan susulan teks kenyataan berkenaan mengajak semua pihak untuk 'menghormati Turki sebagai kerajaan yang dipilih secara demokrasi melalui pilihan raya'.

Mesir merupakan salah satu daripada 10 anggota tidak tetap UNSC dan majlis itu memerlukan kesepakatan dalam mengeluarkan kenyataan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.