Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KEWANGAN SELANGOR KEKAL KOKOH


Kekayaan negeri dikongsi bersama rakyat Selangor
Azmin Ali
Azmin Ali

SHAH ALAM - Rakyat Selangor perlu bersyukur kerana negeri ini terus menikmati kemakmuran dan kesejahteraan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Selangor mempunyai pasukan penjawat awam yang gigih bekerja dan melaksanakan dasar-dasar negeri peduli rakyat.

Menurutnya, dalam tempoh 18 bulan melaksanakan amanah sebagai menteri besar, prestasi kewangan negeri semakin kukuh dan rizab negeri dapat terus ditingkatkan sehingga RM4 bilion.

"Pengurusan kewangan yang baik dan telus membolehkan kerajaan negeri memberi tiga insentif kepada 17,528 anggota perkhidmatan awam Selangor iaitu Bantuan Khas Kewangan sempena Aidilfitri, dua kenaikan gaji serta kenaikan baru bayaran Imbuhan Tetap Perumahan bagi penjawat awam Gred 41 ke bawah daripada RM180 kepada RM300.

"Kerajaan negeri bertanggungjawab meneruskan amalan urus tadbir yang baik dengan menjamin keadilan sosial dan pengagihan kekayaan negeri kepada rakyat melalui pembangunan mampan," katanya menerusi ucapan video Selangor Kini.

Beliau berkata, golongan berpendapatan rendah terus diupayakan dengan pembiayaan oleh kerajaan negeri sebanyak RM100 juta bagi program mikrokredit Hijrah.

"Perkhidmatan Bas Percuma Smart Selangor pula diwujudkan bertujuan mewujudkan 'connectivity' bandar dan desa.

"WiFi percuma Smart Selangor pula adalah untuk memastikan tidak berlaku kesenjangan digital, pembahagian digital antara kawasan bandar dan desa.

"Melalui dua perkhidmatan ini, kawasan desa akan disuntik dengan dinamisme baru, memiliki dinamo ekonomi, mempunyai tahap prasarana yang setara dengan masyarakat bandar tetapi mengekalkan ciri-ciri kehidupan desa; khusus persekitaran hijau dan semangat hidup bermasyarakat," katanya.

Beliau berkata, kegawatan ekonomi negara dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) membebankan rakyat.

"Sebagai kerajaan negeri yang prihatin dan merasai setiap denyutan nadi keperitan hidup rakyat, kita terpanggil meringankan beban hidup rakyat Selangor.

"Untuk itu, kita mengecualikan cukai taksiran bagi 2016 untuk pemilik rumah kos rendah dan rumah di kampung tradisi Melayu dan kampung baru Cina serta mengecualikan fi lesen perniagaan untuk penjaja, peniaga gerai dan pasar.

"Lebih RM64 juta dinikmati rakyat daripada pengecualian ini. Malahan, bagi meringankan beban golongan termiskin di Selangor, kerajaan negeri melaksanakan Program Bantuan Makanan Asas atau Smart Selangor Food Stamp mulai 1 Jun lalu," katanya.

Dalam pada itu, beliau sekeluarga serta seluruh pentadbiran Selangor  mengucapkan Selamat Hari Raya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.