Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LAQAR SAJAK PARJUANGAN BARUK


Shafie persoal tindakan MT terhadapnya
Mohd Shafie Apdal
Mohd Shafie Apdal

SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempersoalkan tindakan Majlis Tertinggi Umno (MT) yang menggantungnya dari parti berkenaan pada 24 Jun lalu.

Menurut Shafie, beliau merasa pelik mengapa MT tidak memanggilnya untuk membela diri terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk menggantung daripada parti berkenaan.

“Gantung dulu baru siasat? Serahkan pada lembaga disiplin untuk siasat? Kita hukum dulu, baru siasat? Saya dikatakan telah bersekongkol dengan pembangkang? Kenapa tidak panggil saya untuk bela diri?” tulisnya di dalam laman sosial Twitter semalam.

Selain daripada itu, Shafie yang juga merupakan ahli Parlimen Semporna turut memaklumkan bahawa beliau adalah merupakan Naib Presiden Umno Malaysia dan bukannya hanya sekadar Naib Presiden Semporna, maka sudah semestinya menjadi tanggungjawabnya untuk menegur pimpinan parti.

Di samping itu, Shafie turut memanjangkan ucapan terima kasih kepada rakyat Semporna kerana masih percaya dan menyokong perjuangan yang di bawa oleh beliau selama ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Shafie umum keluar Umno]

Hari ini, Shafie mengumumkan untuk keluar dari Umno selepas MT memutuskan untuk menggantungnya daripada parti berkenaan berkuat kuasa pada 24 Jun lalu.

Selain Shafie, bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut dipecat serta-merta.

Dalam pada itu, pengumuman keluar parti oleh Shafie turut mendapat komen yang membina daripada para netizen.

Menerusi laman sosial Facebool Shafie, seorang pelayar yang menggunakan nama Mohd Adam Salam berkata, “Sudah tiba masanya kita semua sebagai rakyat Sabah bersatu dan memperjuangkan hak sebenar rakyat Sabah. Sampai bila kita nak dapat serpihan-serpihan jak sedangkan ada yang dapat keuntungan besar #sabah4Sabahan,” tulisnya.

Selain itu, seorang pengguna Facebook lain, Nurazlin Dan Muhammad Syahrizan berkata, “Biasalah tu Datuk sabar je la rezeki tu turun naik. Bagi saya biarlah kita menjadi cahaya di dalam kegelapan daripada menjadi pejuang keseorangan sabar dengan apa yang di takdirkan ALLAH datuk,” tulisnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.