Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LETAK JAWATAN


Naib ketua Umno Bahagian Pagoh letak jawatan
Dr Shahruddin Md Salle
Dr Shahruddin

MUAR - Adun Jorak, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh memutuskan untuk melepaskan jawatannya sebagai naib ketua Umno Bahagian Pagoh berkuat-kuasa hari ini.

Surat peletakan jawatan itu telah pun ditandatangani beliau untuk diserahkan kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Shahruddin ketika dihubungi berkata, tindakan untuk meletakkan jawatan itu adalah kerana menolak keputusan daripada MT Umno yang memecat bekas Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

"Tanpa sebarang amaran atau penjelasan, mereka (MT) memecat Tan Sri Muhyiddin yang merupakan orang kedua terpenting dalam parti. Ia seolah-olah membuat kami berasa seperti tiada harga diri.

"Keputusan yang dibuat langsung tidak menghormati kami selaku ahli Umno bahagian yang selama ini bertungkus-lumus membantu memperjuangkan parti bagi menambat hati rakyat," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, MT Umno seharusnya turun padang untuk bertemu dengan ahli mereka bagi menjelaskan perkara tersebut setelah keputusan itu dibuat.

"Kenapa dalam soal ini, mereka tidak datang bertemu dengan kami untuk menjelaskan perkara tersebut sedangkan orang kedua terpenting telah dipecat? Sebelum ini mereka sanggup datang bagi meraih undi. Tapi setelah menang, kami dianggap seperti sampah.

"Sepatutnya, mereka harus datang dan berbincang dengan kami. Malah jika perlu, kita boleh berdebat berbanding membuat keputusan tanpa mengikut prosedur seperti ini," katanya.

Jelasnya, beliau kini bersedia berhadapan dengan sebarang tindakan disiplin yang bakal dikenakan oleh MT Umno kerana menolak keputusan berkenaan.

"Terus-terang saya katakan, saya kini terima apa saja tindakan disiplin yang akan dikenakan ke atas saya. Malah, saya rasa perjuangan terhadap parti yang saya lakukan selama ini adalah sia-sia setelah mereka (MT) memecat Tan Sri Muhyiddin.

"Mungkin dengan meletakkan jawatan selaku Umno bahagian selepas ini, saya akan mempunyai banyak masa untuk memberi tumpuan terhadap rakyat termasuk mendekatkan diri kepada ALLAH dan mendalami ilmu agama. Selain itu, saya juga berpeluang terus berbakti kepada rakyat selaku Adun Jorak," katanya.

Shahruddin bagaimanapun masih mengekalkan jawatannya sebagai Adun Jorak bagi meneruskan perjuangannya membela nasib rakyat.

Tambah Shahruddin, kesemua ahli Umno Bahagian juga kini masih bersedih atas nasib yang menimpa Muhyiddin dan ekoran itu, majlis tradisi rumah terbuka Aidilfitri yang diadakan Kompleks Seri Pekembar setiap tahun terpaksa dibatalkan pada tahun ini.

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.