Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MASYA ALLAH


Penoreh getah didakwa bunuh suami
Penoreh getah didakwa bunuh suami
Penoreh getah Ladinah Dolah Asli, 33, dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan membunuh suaminya Awang Mohamad, 42, di rumah mereka di Kampung Paya Besar, Chenor pada Khamis lepas. - Foto Bernama
 
TEMERLOH - Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan membunuh suaminya di rumah mereka dekat sini Khamis lalu.     

Tertuduh Ladinah Dolah Asli, 33, yang kelihatan tenang sepanjang prosiding sekadar mengangguk kepala tanda faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya.

Wanita bertubuh kecil itu didakwa membunuh Awang Mohamad, 42, antara pukul 6.30 dan 7 pagi, 30 Jun lalu di rumah tidak bernombor di Kampung Paya Besar, Chenor, dekat sini.     

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Irmawathy Mohamad Yusof mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Ahmad Faizadh membenarkan permohonan pendakwaan untuk menghantar tertuduh menjalani penilaian psikiatri dan menetapkan 3 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula untuk mendapatkan laporan bedah siasat. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.