Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ORANG YANG TAK FAHAM TENTANG KAFIR ELOKLAH BELAJAR HABIS, JANGAN JADI ALAT ORANG KAFIR


ORANG YANG MENGAKU ISLAM YANG MENENTANG KENYATAAN MUFTI PAHANG RLOKLAH BELAJAR DULU, JANGAN JADI ALAT ORANG KAFIR ATAU KONON NAK MENGAMBIL HATI, ATAU NAK POPULAR, SETAKAT APA YANG DINYATAKAN OLEH MUFTI PAHANG ITU TIADA YANG TIDAK TEPAT MELAINKAN JIKA ADA GOLONGAN YANG FASIK MEMBUAT ULASAN, UNTUK MUFTI PAHANG :TAKBIIIIR !!! Pak Karamu
 
 
Kafir harbi: Mereka salah faham kenyataan saya
Kafir harbi: Mereka salah faham kenyataan saya
Abdul Rahman mendapat sokongan daripada NGO Islam negeri ini yang hadir di Pejabat Mufti Pahang.

PEKAN - Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menganggap sebarang isu berkaitan kenyataannya berhubung kafir harbi adalah salah faham kerana tidak memahami maksud sebenar.

Abdul Rahman berkata, walaupun umat Islam perlu menentang orang kafir harbi namun  tidak bermakna kita menggunakan kekerasan dan berperang.

Sebaliknya, perlu berlawan  dengan berhemah, hujah yang tepat, perangi dengan bijaksana dan berakhlak mulia.

“Justeru, saya anggap mereka yang tidak bersetuju dengan kenyataan saya adalah mereka yang tidak faham maksud tersirat dan jangan sempitkan fikiran kita.

“Sebagai umat Islam, kita memperjuangkan agama, bukan mencari perbalahan dan memecahbelahkan antara satu sama lain,” katanya kepada media selepas perjumpaan bersama badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Jabatan Mufti Pahang di sini, semalam.

Pada perjumpaan itu, sebanyak 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam Pahang menyatakan sokongan padu kepada beliau  yang dikecam DAP ekoran kenyataan berhubung sesiapa yang berfikiran seperti DAP adalah tergolong dalam kafir harbi.

Yang Dipertua Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah (Aswaja) Pahang , Yunan Abdul Samad yang mewakili NGO itu berkata, sokongan dibuat kerana kenyataan Mufti Pahang adalah benar.

“Itu adalah tanggungjawab kita sebagai orang Islam untuk menyampaikan agama Islam. Kami ucapkan syabas dan tahniah kepada mufti atas keprihatinan dan keberanian beliau dalam menyatakan pandangan,” katanya.

Selain Aswaja,  NGO yang menyatakan sokongan berdiri teguh di belakang Abdul Rahman ialah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Angkatan Sukarelawan al-Quran Pahang, Persatuan Veteran Tentera Pahang, Persatuan Perubatan Islam Pahang, Majlis Ta’lim Pahang dan Institusi Pendidikan Islam Pahang.

Berdasarkan laporan media baru-baru ini, Abdul Rahman dipetik sebagai berkata DAP yang jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk menubuhkan sebuah negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang umat Islam.

Abdul Rahman bagaimanapun menjelaskan kenyataannya itu tidak merujuk kepada DAP, tetapi kepada sesiapa sahaja yang menentang Islam.

Namun, kenyataan itu mendapatkan pelbagai reaksi daripada banyak pihak.
Malah polis negeri telah mengambil keterangan daripada beliau berkaitan istilah kafir harbi.

8 orang berkata:

Anonymous said...

Kau tu karamu bodoh elok pi belajar dulu. Dah tua tapi bodoh. Umur pun 2-3 hari lagi jaa.

Anonymous said...

Masya Allah, tanda tanda orang fasik Allah tutup pintu hatinya dan sentiasa lah berasa dirinya sentiasa dalam kebenaran sedang Allah telah menipu mereka dengan ilmu mereka yang several itu maka jadilah perbuatan percakapan segala galanya menyesatkan. Taubat nasuha semua pengikut PAN sekelian kembalilah pada jalan Allah yang memilih KEBENARAN

Anonymous said...

Dah kafir harbikan semua org, lepas tu suruh peluk islam? Mufti makan upah, berdakwah takde akhlak. Yg sokong mufti pahang ni pun akhlak kurang, buat malu islam saja.

Anonymous said...

duhai mufti pahang...kau islam ke?cuba ko jelaskan sejak bila kau mula yakin dengan islam..kau masuk islam selepas mengkaji atau sebab bapak kau dah islam?

Anonymous said...

penganut AGAMA PAS tak perlu bertaubat kah? ke semua dah radiallahuanhu

Anonymous said...

Bahasa kau mengatakan sebagai alat kapir merupakan ungkapan yg daif. Perlukan definasi yg lebih spesifik bukan sempit. Anda umpama katak bawah tempurung! Arab saudi pun bekerjasama dgn amerika dan israel dalam banyak aspek. Kualiti blog tuan menjurus pd dendam politik. Jgn berkias2 dgn meletakkan tajuk artikel setaraf lutut.
ps barang keperluan apam bini beli jenama asing/kapir lg mau cerita perkauman.

Anonymous said...

Anon 2:11. Mana ko tahu dia mati dulu dari ko..

Anonymous said...

Admin pun Sama gak dengan Mufti Pahang tu,.membuat Tajuk artikel ni berat sebelah,.Adalah lebih Baik Mufti ni letak jawatan dan masuk Umnobn aktif sepenuhnya dalam Politik tak payah lah berpolitik melalui Agama sewenang wenengnya menuduh mereka dikalangan Rakyar Malaysia Sebagi KAFIR HARBI,. bila dah banyak komen daripada lapisan masyarakat tahu pulak U-Turn dengan berbagai alasan dengan menepis kenyataan yg nyata darinya,.kan lebih baik Mufti ni yg paling hampir seNegeri dan se Pekan dengan Najib, datang dan beri nesihat kepadanya kerana dia lah yg menyebabkan punca segala masalah berlaku di Malaysia ini,.apa kah Mufti ni tak terfikir lagi atau masih di buai mimpi berpolitik,.????

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.