Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PEMBUNUHAN TAKUT RAHSIA TERBONGKAR ? ATAU ......


Individu terlatih, mahir guna senjata
Tembak
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Pembunuh upahan merupakan individu yang terlatih, pakar dan mahir dalam menggunakan senjata.

Penganalisis jenayah, Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, berkemungkinan besar, pembunuh upahan itu pernah bekerja dalam bidang beruniform seperti tentera mahupun polis.

“Pembunuh upahan yang membunuh ini adalah mereka yang sudah dilatih untuk membunuh.
“Mereka ini mungkin kadang-kadang bekas tentera, polis dan mungkin juga orang biasa,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, pembunuh upahan melihat sasaran mereka sebagai satu tuntutan kerja dan tidak lebih daripada itu.

“Selepas melakukan tugas, mereka akan menghilangkan diri. Berapa banyak kejadian yang menggunakan pembunuh upahan ini dapat dikesan?

“Kes Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) sebagai contohnya dan terbaharu kes di Miri melibatkan ahli politik PKR. Saya syak ia melibatkan pembunuh upahan walaupun bersenjatakan senapang patah,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, faktor utama individu yang berkemahiran ini menjadi pembunuh upahan adalah faktor kewangan.

Shahul berkata, pembunuh upahan ini dijanjikan pulangan yang lumayan andai sasaran mereka rebah ke bumi.

Katanya, kadar bayaran mungkin melebihi RM10,000 dan ianya juga bergantung kepada faktor mangsa itu sendiri.

“Mereka diupah untuk membunuh. Ia bukan suka-suka nak bunuh orang. Ia dijanjikan dengan jumlah bayaran.

“Mungkin upah yang diperoleh dalam RM10,000 dan kalau mangsa itu high profile, upahnya mungkin lagi mahal. Bergantung pada mangsa,” katanya.

Jelasnya, mangsa yang maut di hujung senjata pembunuh upahan adalah individu yang memberi kesulitan terhadap sesebuah kegiatan si pemberi upah.

“Biasanya berlaku kepada mereka yang menyulitkan keadaan contohnya perniagaan dia. Mungkin juga ada yang melibatkan masalah keluarga, perhubungan. Rata-rata kes yang boleh menyebabkan kerugian pada satu pihak, itu yang mereka lakukan (upah pembunuh),” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.