Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PENGKHIANAT TIDAK DIPERLUKAN DALAM PAS


Salahuddin nafi akan kembali sertai Pas
Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub

SHAH ALAM –  Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub hari ini menafikan khabar angin yang mendakwa beliau akan  kembali kepada parti lamanya iaitu Pas.

Menurutnya, beliau tidak mengambil serius terhadap perkara itu dan hanya menganggap ia ibarat mercun yang dimainkan oleh kanak-kanak pada malam Aidilfitri.

“Saya anggap berita ini ibarat letupan mercun oleh budak-budak kecil di malam hari raya. Letupan mercun tidak menakutkan cuma kadang-kadang seronok melihat budak-budak walaupun dilarang tetapi curi- curi bermain mercun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau sebaliknya melahirkan rasa syukur dapat merayakan Aidilfitri dengan lebih bermakna pada tahun ini.

Mengakui kegembiraannya datang daripada keberadaannya dalam Parti Amanah Negara (Amanah), beliau turut melahirkan rasa syukur kerana parti itu semakin mantap bertapak setelah hampir setahun ditubuhkan.

“Jika diukur dari pencapaian dua PRK (Pilihan Raya Kecil) Sungai Besar dan Kuala Kangsar Amanah mampu setanding dengan parti-parti lain yang telah berumur puluhan tahun.

“Lebih menyakinkan saya tidak ada seorang pun ahli dan pimpinan Amanah yang keluar parti. Walaupun diserang dari terbit mentari hingga terbit fajar sidiq Amanah mampu bergerak pantas memahat arca siasah negara,” ujarnya.

Beliau juga mengesahkan tidak akan kembali kepada parti lamanya, sebaliknya mahu lebih memberi tumpuan membantu memperkukuh hubungan luar dengan semua segmen dalam masyarakat.

“Rakan-rakan lama daripada Pas yang berjumpa dengan saya. Ada di kalangan mereka yang masih memegang jawatan dalam Pas.

“Mereka datang bertanya khabar dan ada yang terus terang meluahkan perasaan kecewa kerana perjuangan Pas bukan lagi seperti dulu apatah lagi tanjak dan keris hadhir dalam muktamar Pas yang lalu.

Lain benar rasanya kata mereka. Saya dan rakan-rakan pimpinan yang lain akan buktikan bahawa Amanah adalah parti masa depan generasi muda dan merealisasikan cita-cita Islam adalah Rahmatallillalamin,” katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.