Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PENYEBARAN ISLAM ZAMAN RASULLULLAH


Empat perkara penting pegangan umat Islam
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

MARANG – Rumah terbuka Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Hari Raya Aidilfitri pertama diraikan secara sederhana namun meriah dengan amalan ziarah dan suasana silaturahim sebagaimana dianjurkan Islam.

Majlis rumah terbuka pemimpin nombor satu Pas yang juga Ahli Parlimen Marang itu diadakan di Dewan Tok Guru sejurus selesai solat sunat Aidilfitri di Masjid Rusila, dan turut dikunjungi masyarakat Tionghua dari Terengganu.

Terdahulu, ketika menyampaikan khutbah Hari Raya Aidilfitri, beliau berkata, empat perkara penting menjadi pegangan umat Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW telah menyaksikan cahaya Islam tersebar ke seluruh pelosok dunia.

Menurutnya, selama hanya 80 tahun sahaja, Islam sampai ke perbatasan negara China, berkembang luas di benua Afrika dan menyeberang ke Eropah dan kejayaan besar itu tidak pernah dicapai mana-mana kuasa besar dunia, sejak dahulu hingga sekarang.

“Hanya dalam masa 80 tahun sahaja, Islam sampai ke negara China melalui Asia Tengah menjatuhkan kuasa besar Parsi dan Rom, Islam sampai ke Afrika sehingga lautan Atlantik, menyeberang ke Sepanyol, menyebarkan Islam di bumi Eropah.

“Kehebatan syariat ALLAH yang mesti diketahui oleh umat Islam berlandaskan empat perkara yang penting iaitu akidah tauhid, percaya kepada hari akhirat, bertakwa kepada ALLAH dan mereka menyambung perjuangan Islam,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, dunia hari ini menyaksikan Islam berada dalam keadaan ‘surut’ dan lemah, apabila pemerintah-pemerintah Islam leka dengan kemenangan dan kekayaan.

“Dengan istana yang indah, mahkota yang bertatahkan permata, kehidupan dunia yang mewah, lupa alam akhirat... Tanpa peduli halal dan haram, mereka meninggalkan syariat ALLAH (dan mereka) menjadi bangsa yang lemah.

“Dan berlakulah (apa yang telah diberi) amaran oleh ALLAH, ‘dan sesiapa yang berpaling dari peringatanKu yang ada dalam al-Quran, bagi mereka kehidupan yang pincang, kehidupan yang musnah’,” katanya.

Sehubungan keadaan itu, beliau berkata, umat Islam pada hari ini diratah oleh musuh-musuhnya di seluruh … dalam keadaan lemah dan hina serta mundur dan tidak ada maruah diri.

Beliau berkata, umat Islam dipergunakan oleh umat yang lain, untuk membunuh sesama Islam di antara satu sama lain.

“Walau pun begitu, cahaya Islam tidak boleh dipadamkan sebagaimana dijanjikan ALLAH dan Rasulnya. Islam datang dalam keadaan ‘dagang’ dan akan kembali menjadi ‘dagang’ di akhir zaman...

“Akhirnya akan menang juga mereka yang ‘dagang’… Inilah janji ALLAH dan janji Nabi (Muhammad) SAW,” katanya.

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.