Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SUBHANALLAH, MENGAPA JADI BEGINI !


Persiapan Aidilfitri berdarah,125‎ terbunuh
Persiapan Aidilfitri berdarah,125‎ terbunuh
Antara bangunan terjejas adalah pusat beli belah terkenal, al-Hadi Centre

BAGHDAD - IRAQ.Persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri di sebuah kawasan membeli-belah, berubah menjadi tragedi berdarah di Baghdad apabila satu serangan bom kereta membunuh sekurang-kurangnya 125 orang hari ini, semalam, lapor Berita Mediacorp.

Menurut pegawai keselamatan dan perubatan, daripada jumlah itu, 25 adalah kanak-kanak selain turut mencederakan 147 yang lain.

Serangan bom itu dilancarkan di jalan di kawasan Karrada di mana ramai penduduk membeli-belah menjelang sambutan Aidilfitri.

Akibatnya serangan tersebut, bangunan-bangunan di kawasan itu ranap teruk dan hingga sesetengah kedai hangus dijilat api.

Kumpulan militan ISIS mendakwa bertanggungjawab atas serangan itu yang meragut nyawa paling banyak di ibu kota Iraq itu pada tahun ini.

Perkembangan ini berlaku setelah dua bandar yang dikuasai IS sebelum ini jatuh ke tangan tentera Iraq.

ISIS mengeluarkan kenyataan yang mendakwa ia dilancarkan oleh seorang warga Iraq sebagai sebahagian daripada operasi keselamatan kumpulan itu.

Kumpulan tersebut menyatakan serangan berkenaan menyasarkan anggota masyarakat Syiah di Iraq, yang dianggapnya sebagai menyeleweng dan kerap diserangnya di Baghdad dan kawasan lain.

Pada Mei lalu, Baghdad digegarkan dengan siri serangan bom yang membunuh lebih 150 orang dalam masa tujuh hari.

Serangan bom terbaru ini berlaku seminggu selepas pasukan tentera Iraq menawan semula Fallujah, kota terletak 50 kilometer dari barat Baghdad, daripada IS.

Pejuang-pejuang anti-pemerintah merampas Fallujah pada awal 2014 dan ia kemudian menjadi antara kubu kuat IS di negara itu.

Dengan Fallujah kembali dikuasai Iraq, pasukan tentera Iraq kini menyasarkan bandar Mosul, kubu kuat terakhir yang masih dikuasai IS di Iraq.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.